CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 31, 2008

SEMINGGU AKU MENYEPI..

I'M BACK...tapi buat sementara sahaja..rindu sangat-sangat pada u all semua..hehe..Seminggu aku menyepi dari blog semua tahu aku dapat offer kerja di "GOMEN" @ Kerajaan..tapi lapor diri tu di tangguh ke 5 JAN lak..Lupakan sebentar kes tangguh yang menyakit hati itu..NYAMPAH rasanya..sekali fikir macam malas lak nak masuk kerja kerajaan ni..tapi besok tahun baru aku nak berfikiran POSITIF...yeaaaa...

Pada 25hb..hari aku pergi ke KL..maaf kak ungku n kak tiny..hati nak jumpa u all..tapi tak dapet ler pulak sebab teman diserang demam kuat..Malam 25hb tu aku jadi seperti lumpuh..hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit itu..sakit sangat-sangat..aku memang tak mampu berjalan langsung..kena papah. Masa tu aku rasa macam aku ni dah lumpuh saja..Pagi 25hb ayah dan mak bawa aku ke Hospital...masa tu cuti Khrismas..so hospital hanya ada sorang doktor ja...Ya Allah..tension sangat masa tu. Nama ja aku pergi di bahagian Kecemasan tapi suasananya macam aku ke Hospital bahagian pesakit luar yang sakit biasa sahaja. Sepanjang menunggu tu ramai rupanya yang kena demam sepertiku. Ada sorang makcik tu dia perlu di papah oleh suaminya..U all tau..si Nurse Hospital tu boleh tengok jer...eeeeeeeeeee...sakit hati aku tengok Nurse yang BENGAP TU..sekurang-kurangnya bagilah kerusi roda untuk makcik tu. Ini tak hanya TENGOK jer. ini kah sikap pihak hospital. Fuh..sabar jer lah. Bila turn aku lak..ok lah..aku muda masih boleh gagahkan diri ini lagi..Nurse hanya ambil bacaan darah lepas tu minta aku nunggu lagi. Aku habiskan masa ku hampir 3 jam di Hospital lembap tu. Waktu yang sepatutnya aku dah bertolak ke KL. tapi demi kesihatan ku sabarkan saja. Doktor cakap aku disyaki denggi. Tapi nak tahan aku masalahnya demam denggi ku tak comferm sahih lagi. kena datang sehari lagi baru tau sebab hari ke-2 baru boleh buat ujian darah. Aku ada banyak urusan lain, so aku balik dengan ubat yang dibekalkan.

Sakit badan masih terasa perit lagi..sian Ayah ku. dia lah yang kena bawa kereta ke KL. Aku, mak dan ayah WAJIB ke sana sebab nak jumpa abang ipar ku yang duduk di Jepun. Dia balik sekejap sebab beberapa urusan. Kalau nak tau sebab dia balik u all baca kat blog anizakri. Di sana ada diterangkan. Sepanjang perjalanan aku tidor sajalah...tu jer yang mampu aku buat. Sampai rumah abang ku dah petang. Rupanya aku ada geng demam..hehe..anak buah ku Nadia demam juga. so lawan tidor dengan dia lah..hehe..Hingga kini sengal badan masih belum hilang lagi..tapi agak kurang ler dah cikit.

Happy sangat mak aku bila menantu kesayangan pulang. Aku pun happy gak tapi aku rindu pada kakak ku. Dia tak dapat pulang..tak perlah kak..bulan 6 nanti kita jumpa yer..hehe..Macam-macam hadiah dapat dari Jepun..tq so much akak...kain akak bagi cun..nanti I buat baju kurung..

Fasal kerja lak..aku bengang sangat. Last minute dibatalkan. Tapi salah aku juga sebab aku tak buka internet langsung tuk buat follow up. So hari sepatutnya tu aku telah pergi dengan sia-sia jer lah. SABAR-SABAR....tapi aku redha jer lah.

Apa saja yang telah berlaku...aku anggap ia sebagai ujian mematangkan aku. So aku harap lepas ni kesihatan aku bertambah sihat dan aku akan jalani perjalanan hidup baru ku dengan penuh kegembiranaan...

Besok tahun 2009..kejap jer kan. 12 tengah malam ni tutuplah tahun 2008. Segala pahit 2008 aku ingin lupakan. aku nak bukan buku baru dan azam baru. Aku harap aku lebih berjaya di tahun 2009. Begitu juga dengan u all semua. Semoga u all akan terus berjaya...Yeaaaaaaaa....

December 24, 2008

AKU DAN KERJA...

Salam buat semua...lama aku biar blog aku bersawang. Bukan apa now aku dah berhenti kerja so banyak aku habiskan masa dirumah dengan makan dan tengok tv..hehehee...nak belek internet baru hari ni aku ada masa...Tapi lepas hari ni dan mulai besok akan ku biarkan bersawang lagi blog ini..

Aku berhenti??kenapa??..hahahaha..jangan bimbang..aku berhenti sebab aku dapat kerja baru. Sayang memang sayang dengan kerja aku yang sedia ada ini. Yer lah banyak benda aku perolehi sepanjang kerja dengan syarikat kontraktor ini. Bos yang baik...gaji yang agak bagus...percutian..bonus dan macam lagi lah...Tapi demi masa panjang ku aku perlu berhenti juga..walaupun kerja baru ini bergaji agak kecil tapi demi masa panjang aku nanti aku rasa kerja kerajaan sajalah yang terbaik...

Sepanjang 4 tahun aku berkhidmat dengan syarikat swasta banyak pengalaman manis dan pahit aku perolehi..tapi pahit tu tak lah banyak mana pun...aku boleh lupakan saja. Seperti catatan ku sebelum ini..bos aku seorang yang cukup baik dan sporting..tapi aku tahu aku juga perlu majukan diri..yer ker??ermmm.....

Mulai besok aku akan mulai kehidupan baru. Besok aku akan pergi KL dan NEGERI SEMBILAN..mau cuti sakan-sakan.hehehe...30hb Dis 2008 barulah aku mula kerja baru. Kerja dengan suasana baru..Bagaimanalah agaknya keadaan kerja kerajaan yer??hope kerja baru ini membahagiakan aku...

So sementara tunggu 30hb aku cuti sakan..so sapa2 nak jumpa aku call-call lah aku yer..Tapi aku habiskan banyak masa cuti ni di Seremban n Shah alam jerrr..lama tak lepak di seremban 2 dan kedai rojak best di Pilah...so sapa nak join ..meh cini meh..hahahha...

Ok lah..doakan aku berjaya di tempat baru ya..bye...

December 18, 2008

ILMU HITAM...

Ilmu hitam suatu yang menakutkan. Tadi aku sempat serch kat google makna ilmu hitam nih. Ia adalah suatu ilmu ghaib yang digunakan untuk menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri.

Dulu aku tak percaya langsung perkara ni semua...bagi aku zaman moden macam ni mana ada lagi orang yang mengamalkan ilmu sebegini...Tapi aku salah, makin moden kita ini..makin banyak yang mengamal ilmu hitam ini..Terbukti bila ada ahli keluargaku turut terkena penangan ilmu hitam ini..

Aku tak sangka sangat-sangat bila di arus kemodenan ini masih ada yang berminat mengamalnya..kenapa yer..tak tahukah mereka perbutan itu salah dari sisi agama dan cukup dilaknati oleh ALLAH..Hanya kerana dengki sanggup lakukan dosa yang cukup besar ini...NAUZUBILLAH ...

Penyakit dengki ni aku lihat cukup dekat dengan orang melayu. Bukan aku nak kutuk bangsaku sendiri..bukan..tapi cuba lihat sekeliling..Kalau lihat bangsa asing mereka berdengki juga tapi cara mereka adalah cara baik dan sihat..tidak seperti bangsa kita..Tak boleh ada orang lebih sikit pasti macam-macam yang akan dia buat untuk penuhi keinginan...

Aku ingat lagi..masa tahun 2006, Kuala Kangsar digemparkan dengan ilmu santau..ia sebahagian dari ilmu hitam yang diguna oleh manusia berhati iblis..Kecoh masa tu..tapi masa tu aku kurang percaya akan kewujudan ilmu ini sebab tak berlaku depan mata..tapi tak percayapun aku masih mengambil jalan berjaga-jaga..Masa tu banyak kedai makan tutup sebab pelanggan tak ramai..puncanya takut terkena SANTAU ANGIN yang dikatakan boleh membawa maut..Kasihan kulihat peniaga kedai makan..terpaksa tanggung kerugian yang besar. Apa pulalah untung yang pengamal ilmu hitam ini perolehi..

Aku harap aku dilindungi dari perkara terkutuk ini..Buat saudaraku tabahkan hati hadapi ujian ini...Allah menyayangi hambanya yang ditindas dan disakiti....

December 16, 2008

RAGAM SAHABAT..

Sahabat..nama yang cukup senang didengar..bila ada yang kata kita adalah sahabat..kita pasti rasa diri ini special sangat kan. Tapi dalam bersahabat ni ada macam-macam ragam...Aku dah 25 tahun punya banyak kenalan yang menganggap diri mereka ini adalah sahabat buatku..Tapi dalam banyak-banyak ini, ada yang menghappykan aku dan ada juga yang menyedihkan aku...

Bila kenang balik..ragam berkawan ni macam-macam...

* Ada sahabat kata aku kan sentiasa di sisimu susah atau senang..tapi aleh-aleh bila kita susah haram muka dia wujud..macam chips more pun der..yer lah..time kita susah dia hilang..lepas tu bila kita senang muncul lak dia dari celah mana aku pun tak pasti..

* Ada pula sahabat yang jenis talam 2,3 muka..depan kita punnnnyaaaaaaalah baik..tapi bila kat belakang kita nii...nauzubillah..dia punya kutuk kita tak hingat dunia..tapi jenis ni aku selalunya buat bodo jaaa..bila tau aku akan jarak-jarak kan persahabatan itu.

* Sahabat selalu di anggap orang yang tahu simpan rahsia kita..kira boleh harap lah..tapi ada pula yang bila kita cerita masalah pada dia..aleh-aleh dia hebahkan pula pada orang lain..silap hari bulan pada musuh kita pun dia akan story beb..Aku penah juga jumpa jenis ni..u all tau per alasan dia bagi dekat aku..dia kata " laaaa..tak tau lak yang tu tak leh cerita kat orang" kalau u all dalam situasi ku itu..apa akan u all lakukan???

* Ada juga sahabat yang aku jumpa dia ni jenis ambil kesempatan. Pantang kita kata nak belanja o bawa jenjalan..lajuuuuuuuuuuu ja dia on..tapi kalau kita kata jom gi shopping but tumpang keta ko..conferm dia akan bagi alasan sejuta kat u all..Tapi kalau insan begini aku jumpa..aku masih boleh maafkan dia dan aku boleh buat tak kesah lagi..

* Sahabat ni ada juga yang perangainya dalam diam tikam kita dari belakang..Yang ni paling aku rasa sakit sangat-sangat...kalau ada pisau dah lama aku tikam-tikam n cincang-cincang dia..bukan apa..kita anggap dia adalah sahabat yang baik..tapi kalau perangai macam ni baik tak yah jadi sahabat..betul tak??

* Ada pula sahabat ku jumpa yang mana dia ni baik gak..tapiiiiiiii..suka buat harta aku seperti hartanya..kiranya harta ku harta mu jua..aku ingat lagi..ada sorang sahabat ku ini pinjam baju yang baru sekali aku pakai..u all tau lepas dia pinjam terus dia buat macam harta mak bapa dia jaaa.dah tak reti-reti nak pulangkan balik dah..tapi aku dah halalkan dah pun..

* Walaupun banyak aku temui adalah yang menyakitkan. Aku masih ada juga sahabat yang benar-benar bernama sahabat. Dialah insan yang sentiasa berada di sisi ku tika susah dan senang..dia jugalah pemberi dorongan buatku untuk hadapi setiap ujian dan selesa lalui kehidupan bersama dan boleh terima baik dan burukku..inilah yang aku fahami insan bernama sahabat..


Walaupun aku temui beribu-ribu mahupun berjuta-juta insan bernama kawan atau sahabat...Walaupun dia tak memberi kebahagiaan padaku..tapi aku tetap hargai mereka ini..Aku yakin dalam keburukan pasti ada kebaikan..Mungkin golongan yang tak tau hargai erti sahabat ini punya masalah sosialnya sendiri..Buat teman blog..u all pun aku kira sebagai sahabat..sentiasa berada di sisi walaupun tak mengenali...

December 11, 2008

LESEN...

Salam buat semua..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...amacam u all punya raya..banyak buat korban??ermmm..aku baru rini masuk kerjanya..

Masa nak pergi pejabat tadi..jalan jem sikit..heran selalunya tak Jem cam ni..lepas 10 minit baru ok balik..tengo-tengo..laaaa....ada keta problem..ada orang ambil lesen n kereta tu stuck tengah jalan...sian budak tu..aku nampak dia kena marah dengan pegawai JPJ tu.conferm kena ambik lesen sekali lagi..

Dulu masa aku ambik lesen..aku rasa akulah budak yang LOYAR CUN..hehe...apa taknya aku tengok pegawai JPJ tu berapa kali geleng pala tengok aku...

Kalau ambil lesen sure ada jalan yang ditetapkan kan??aku ambil lesen kat ipoh..jalan memang banyak..aku memang tak hafal..mana satu jalan A ker..F ker..hampeh..tak ambil pot langsung..sekali pegawai JPJ tu minta saya bawa jalan..ermm..tak ingat lah kod jalan tu..aku bagitau aku tak ingat..dah sekali geleng dah..last dia tanya ingat jalan apa..aku geleng..dia geleng lagiii..hehee..last dia kata bawa ja laaa..

aku pun bawa lah...ok..no problem..tengah dok bawa tu..aku ternampak Hospital specialist Ipoh n tetiba jugalah aku teringat jalan yang dia suruh tuu..pa lagi brek mengejutlah aku...pegawai JPJ tu pun terhenjut ke depan..ALAMAKKKK..sure aku kantoi niii..berapa kali aku minta maaf dengan dia..takut gak lah aku tengok muka pegawai laki tu..tak senyum pun dah..

Tapi alhamdullillah..mungkin rezeki aku sama..pegawai tu tetap meluluskan aku..heheh..sukaaaa sangat aku masa tu..mungkin dia tak mo tengok aku ambik lesen lagi dah kot..tak pun dia takut naik dengan aku kot.hehe...

Untuk adik-adik n teman-teman yang baru nak ambil lesen tu..korang jangan lah amalkan perangai aku tu yer..bahaya...hehe..

December 5, 2008

ANAK-ANAK PART 2

Harini aku nak sambung story semalam..bila tengok anak sedara ku itu, memang ku teringat bagaimana aku didik oleh ibuku...Mak aku seorang yang cukup tegas..kalau "A" katanya..maka "A" lah juga yang dimahukan.

Dulu kalau kerja rumah Mak akan agihkan setiap kerja pada aku dan kakak ku yang lain..Aku selalunya diberi tugas mengemas..sebab kalau suruh masak..HARAP MAAF LAH YERR..memang aku malas..hehehe...aku tak minat laaa memasak niii..aku rasa kerja ni hanya boleh untuk gadis ayu jer..tapi tu DULU lah..lepas-lepas tu barulah aku belajar memasak..hehee..

Aku selalu usik kakak-kakak ku..so selalulah aku kena marah dengan mak aku..Mak aku punya peraturan tersendiri...so rule yang dia buat tu perlu di patuhi...Kini 2 anak buah aku tu lah yang perlu patuhi rule mak aku tu..Mereka ni biasalah budak bandar, kalau tengok TV ikut suka saja..boleh hadap dari pagi sampai malam. Bila duduk dengan mak aku..Haaa..TV hanya 2 jam saja boleh tonton..lepas tu buat aktiviti lain..

Awal-awal monyok jugalah muka budak-budak niii...tapi lama-lama ok pun dah. Mereka boleh terima aturan yang di buat.. Aku harap budak-budak ni akan happy dan menjadi anak yang berguna suatu masa nanti...

December 4, 2008

ANAK-ANAK KU...

Anak-anak ku???ish..bila lak laaa ahmoi ada anak ni..hahaha..bukanlahh anak Moi..tapi anak-anak sedara Moi yang dah di anggap sebagai anak-anak ku juga...

Seminggu ni rumah aku tak sunyi sangat, sebabnya 2 orang anak buahku balik..Sorang Baru habis PMR bernama Nadia dan sorang lagi lak bakal ambik UPSR tahun hadapan bernama Amir...Diorang datang hari Selasa ritu..Naik bastuuuu..hehehe...

Abang aku yang suruh mereka balik kampung naik bas..Bukan apa, abang ku nak suruh mereka belajar guna kemudahan awam dan berdikari..terutamanya Nadia. Naiklah bas 2 beradikni dari Shah Alam jam 1.30 petang..Kesian sungguh diorang ni..apa taknya dah lah tak pernah naik bas kenalak bas tu slow sangat..U all tau..depa sampai Ipoh jam 5.30 ptg..hehehe...Turun jer dari bas semuanya dengan muka penat gilerrrr..hahaha...
Aku pun sejam nunggu depa ni..bimbang dan macam-macam perasaan ada pada ku..yer lah, riso gak dengan depa nii..dah tak penah naik bas pas tu lak langsung tak tau jalan. Aku call tanya sampai mana..yang Nadia tau atas jalan..tu jer lah jawapan dia..

Bas ada berhenti di Bikam tempat hentian...deme nasiblerrr tanya drebar bas tu..kalau tak dua orang tu mati-mati ingat dah sampai dan nak turun dah..kalau tak tanya harus aku rasa aku kena p ambik depa kat sana lerrr..Itu satu hal..pas tu lak dua-dua takut nak p toilet..so tahan laaaa dua orang tu sampai jumpa aku..takut p toilet sebab takut nanti kena tinggal bas...hehehe...nampak aku soalan pertama ialah"acu toilet dekat mana??"pas tu lari lerr cam lipas kudung..hahaha..baru depa tau macam mana rasanya naik bas...heheheh

Mulai semalam sampailah next week..mereka kena ikut arahan ibuku..kartun just 2 jam boleh tengok tu pun siang saja..kena ikut ayah ku pergi masjid dan kena buat kerja rumah..hehehe...Tu lah yang abang ku pinta dari ibuku..minta ibuku didik mereka sekejap..Kalau di rumah mereka ada orang gaji melayan..so payah sikit nak ajar mereka ni..di Snail River..no maid ..semua kena buat sendiri..Bila aku tengok arahan mak aku bagi..teringat aku zaman aku dulu-dulu..sejibi macam aku dan akak aku kena dulu..hehehe...
Nak tau macammana aku didik oleh mak aku dulu..besok aku storykan..daaa

December 3, 2008

DI MANA AKU??

Sana sini cerita Indon..lagu pun dari sana juga. Semua TV berebut-rebut nak tayang rancangan dari seberang itu..BUkalah TV dari pagi sampai malam..pastilah cerita dari sana yang banyak penuhi ruang...

Begitu juga dengan Radio..baik dari Radio no.1 sampailah yang tak bernombor pastinya lagu0lagu dari INDON ni gak lah yang penuhi ruang..Hanya ada satu RADIO saja yang memainkan lagu-lagu dari Malaysia sepenuhnya..Jangan lah u all ambil kira radio Omputih..aku now kira radio yang selama ni mainkan lagu-lagu Melayu..Katanya mainkan lagu Melayu..tapi kebanyakannya adalah lagu dari Indonesia jerr...

Jangan ambil kira lagi dengan kebanjiran rakyat sana yang mencari rezeki di sini..Kalau hari cuti umum, cuba u all pergi KLCC, Pulau Pinang atau mana-mana shopping mall sure muka-muka seberang ni lah juga yang banyak penuhi ruang...

KENAPA INI SEMUA TERJADI?? tiada kawalan kah pada lambakan ini semua. Bukan aku ni anti INDONESIA..aku dengar juga lagu sana, Cerita sana pun ada juga aku tonton..tapi kalau dah melambak sangat aku rasa macam rimas juga..Aku rasa macam aku ni bukan berada di Malaysia.

Mana perginya orang Malaysia..kenapa orang seberang sana juga yang banyak penuhi ruang kerja di sini..Begitu juga dengan ruang hiburan..Malaysia ni dah tak ada ker drama dan lagu-lagu yang hebat..Aku rasa masih banyak lagi drama-drama atau lagu-lagu hebat milik Malaysia ini lagi...

Kalau u all pergi Indonesia..ada kerrr depa tuuu nak pasang lagu-lagu atau drama-drama Malaysia sehebat di sini...Aku tak nampak pun mereka lakukan sebegitu pada kita ini..Kalau tanya orang sana pun artis Malaysia mana yang mereka kenal..beberapa nama saja yang mereka kenali..dan asyik nama tu juga lah yang mereka ingat..SITI NURHALIZA, SHILA MAJID, SALLEM, SERCH...dan lagu pun lagu-lagu artis ni sahaja mereka ingat dan kenali..

Mereka cukup bangga dengan apa yang mereka ada..tapi di sini..kita terlalu agung-agung kan ciptaan mereka...Buat Video Klip pun kita guna khidmat orang Seberang...Lagu pun kita beli dari pencipta lagu sana...Malaysia???Orang sini seperti tiada apa-apa yang istimewa..Memang ada artis Malaysia yang berlakon di sana..tapi watak yang diberi hanyalah sampingan yang tak beri apa-apa makna pada cerita..

Kalau lah tiada pembendungan yang dilakukan..aku pasti..lama-lama Malaysia akan jadi Indonesia..sebab dah semua benda mula di kuasai oleh orang sana...Kejadian buruk pasti banyak yang akan berlaku. Kalau semua mulai di kuasai oleh orang dari seberang, apa akan berlaku pada kita yer??ermmm....bimbang aku..

Ini hanyalah luahan apa ku rasai..Pandangan ku dengan apa yang ku lihat kini..Tiada niat Provok atau apa saja..aku tak anti INDONESIA..sebaliknya aku hanya berharap agar akan ada pengurangan pada kepincangan ini..itu sahaja...

NEW HOUSE..

Salam semua...pejam ...celik pejam ...celik tak lama lagi dah nak masuk NEW YEAR 2009...dan di penghujung 2008 inilah cik Ahmoi gatai nak pindah Rumah.ehehe... Amacam Rumah baru ku ini..ok tak??

Sure u all heran kan..kenapa ler aku nak pindah rumah baru ni kan..Sebenarnya aku rasa dah tak best sikit guna blogdrive..Ntah lah kenapa..Kadang-kadang macam payah cikit lerr nak up date..so aku rasa baik aku pindah guna blogspot lak..Yang agak coollllll cikit.

Aku ni dah lah kurang ilmu IT cikit..so guna lah yang simple jer..hehee..BINGKISAN DARI HATI..itulah tag line baru ku..aku nak share ngan u all apa ku rasa dengan u all..baik happy atau sebaliknya...

Buat semua peminat blog..WELCOME MY NEW HOME...