CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

March 30, 2009

EaRTH HOUR...




Earth Hour...pertama kali di buat di Malaysia..Hampir semua tempat di seluruh dunia ini bergelap selama sejam untuk dari 8.30 mlm sampai lah 9.30 mlm..so u all sapa ada sahut kempen ini??...aku..yaaaa..aku pun turut serta bergelap masa tu..anak sedara aku lah yang cukup bersemangatnya.Belum 8.30 mlm lagi dia dah ready nak tutup semua lampu di rumah...Cukup bersemangat budak ni...hehehe....

Cukup 8.30mlm..yaaaa....lampu dirumahku tutup. Tapi bila diluar rumah..aduh..sedihnyaaaa...tak ramai yang sahut seruan ini...adalah beberapa rumah yang turut serta...So u all rasa kempen ni berjaya ker???

Aku rasa....kurang berjaya lah kempen ni. ramai yang tidak tahu apa pentingnya kempen ini. Kalau yang menyahut tu pun setengah nya hanya suka-suka saja. Macam nak sambut tahun baru pun ada juga...langsung tak tau apa maknanya kempen tersebut.
Ada yang tutup lampu...tapi kipas dan television tak tutuplak...so still lagi lah tidak menyahut seruan kempen bagi aku...betul tak??so hope tahun depan kempen sebegini diteruskan dan diberi informasi dari awal apa itu Earth Hour ini..Dan aku harap juga agar banyak lagi badan-badan swasta yang turut serta lagi. bukan sekadar kempen tetapi turut bergelap selama sejam........

psst...apa u all buat hari minggu..aku berkumpul satu keluarga. Mak aku ada operation sabtu lepas..operation apa??besok aku story ek..byeeee...

March 24, 2009

SI LURUS...

Bercermin mata tebal...mata terkebil-kebil..rambut gaya budak baik dan berjalan penuh mesra...sentiasa menyapa sesiapa sahaja yang dia bertemu. Baik sangat dia ni..tapi kasihannya sidia ini seorang yang lurus.

Tak tahu menipu atau kelentong..asyik dia saja yang kena kelentong. Asyik dia sahaja yang terkena dengan teman-teman sekerja. Bukan dia tak bijak tapi dia ni jenis yang blur. Kalau berborak dengan dia pun kena sembang baik..tidak boleh merapu. Kasihan aku lihat akan sahabat aku yang sorang ni....

Semalam dia terkena dengan kawan baik dia. Si A ni memang kaki mengusik. Dia bagitau pada mamat ni yang bos nak jumpa. Mamat ni pun dengan kelam kabutnya terus ke bilik bos. Sampai di bilik bos..bos bagitau yang dia tak der nak jumpa Mamat ni pun. Malu dia...jalan tunduk sahaja keluar dari bilik bos.

Bila aku tengok mamat ni...tertanya aku, kenapa mereka ni terlalu lurus. Kenapa orang lurus ini tak tau bezakan yang mana tipu dan betul. Nak kata pendidikan kurang...rasanya kebanyakan mereka berpendidikan. Kurang pergaulan..aku rasa mereka ni pun ramai kawan juga...tapi mereka ini memang baik...

Ada tak teman-teman blog ku yang lurus...bagi pandangan sikit tentang orang bersikap lurus ni..baik tak sikap ni bila berterusan...

March 16, 2009

KEJAMNYA MANUSIA....



Hai salam...cuba lihat gambar di atas ini betul-betul...aku ambil pic ni dari surat khabar Berita Minggu...sedihnya hati bila melihat cebisan janin di atas jalan...Aduhhhh..kejamnya manusia..Sanggup buang anak yang tak berdosa itu. Apakah perasaan si ibu itu masa membuang janin yang dah cukup sifat itu???...

Setau aku lah..bukan senang nak lahirkan anak..tapi manusia zaman moden sekarang ni mudahnya buang anak sesuka hati. Dah macam zaman Jahiliah pulak aku lihat.Kalau zaman Jahiliah dulu buang anak sebab tiada agama yang dipegang..tapi kini sudah ada agama yang diikuti..tapi....tak kisahlah agama apa yang diikuti, tapi apa-apa agama pun setahu aku memang tak benarkan buang anak. Betultak??...

Tapi ntahlah..manusia..tak pernah ingat adanya dosa dan pahala. Time buat maksiat langsung tak tau malu..tapi bila dah boyot mulalah pikir buang anak tu..Anak yang tak berdosa jadi mangsa...

Aku ingat pada seorang temanku..Dia punya kawan yang telah mengandung anak luar nikah. Cukup ku letak S pada perempuan itu. S masa tu dah memikirkan untuk gugurkan kandungannya...tapi syukur sahabatku itu cepat halangnya. Tapi S tetap tidak mahu anak itu..sebabnya adalah malu..Sekali lagi sahabatku selamatkan dengan setuju menerima anaknya.S langsung tidak pernah ambil tahu akan anaknya itu...sampailah anak itu berusia setahun..S kembali menuntut anak itu..dia hadir bersama keluarga. Tapi disebabkan dia dah tandatangan setuju beri terus anak itu pada sahabatku, akhirnya dia sudah tak perolehi kembali anak itu. Alasan yang diberi masa tuntut anak itu hanya kerana ibu bapanya dah tahu akan kewujudan anaknya.Hanya kerana itu saja dia nak ambil anak itu..bukan kerana sayang atau kasih pada sikecil yang comel itu. Tapi kerana keluarganya.. manusia apa kah ini???Sedih sangat..aku rasa sedih sangat-sangat pada anak tak berdosa itu. Buat remaja yang bercita-cita nak gugurkan anak atau buang anak...sebelum buang tu lihat dulu anak comel itu...lepas tu fikir pula kesakitan masa u all mengandung dahulu. Dan ingatlah akan dosa dan pahala..

March 11, 2009

BALIK KAMPUNG....

Salam buat semua...dan selamat menyambut Maulidurrasul.Lama dah aku tak up-date blog ni...Bersawang dan bermacam benda dah ada..hehehe...Aku agak busy sikit dengan kerja di pejabat..baru hari ni aku agak kelapangan.

Sempena Maulidurrasul, Aku ambil kesempatan balik kampung...Yahooooo..best tau. First plan aku nak balik hari jumaat..Tak sabar punya fasal..tapi bila kenang balik time sampai ipoh jam 12 tengah malam so aku tukar fikiran balik keesokan harinya..Ambik bas kul 7.30 pagi tuuuu..hehehehe...

Keesokannya..hari sabtu jam 6 pagi lagi aku dah keluar rumah. Tapi bas tak ada. Nasib baik lah rumah aku dengan PutraERL dekat je so aku ambik keputusan jalan kaki sajalah...Nasib baiklah pagi..kalau tengah hari sure aku tangguh perjalananku ini..6.30 pagi aku naik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Tapi kan....agak malang sikit buat ku, Aku terlajak terussssss ke KL Sentrel. Adoi laaaaa.....tu lah fasal..sapa suruh tido dalam ERL tuuu..kan dah terlajak...

Nak naik train lain aku rasa lagi lambat..so ambik keputusan naik train yang sama juga lah. Aku bersyukur sebab masa sampai di Bandar Tasik Selatan jam masih awal lagi dan LRT ke Stesen bas PUDU pun sampai awal. So alhamdulillah..maraton ku tidak sia-sia sebab aku sempat kejar bas balik Perak. Syukur sangat-sangat sebab bas belum gerak lagi...

Lama dah tak naik bas..so agak penat jugalah. Aku kena naik sampai 3 buah bas baru lah sampai ke KAMPUNGKU SNAIL RIVER a.k.a SUNGAI SIPUT....apa-apa sajalah janji aku dapat bertemu dengan ibu bapa ku...

Ahad...aku tak da aktiviti sangat..duduk di rumah jer. Petang baru aku keluar jumpa kawan-kawanku. Ada sorang kawan ku bela ikan talapia merah. So petang tu lepak kat kolam dia lah. Best sangat lepak situ..angin sempoi dan dapat ikan freeeee...hahaha...aku sauk sendiri ikan tau..best lah kiranya..

Bila balik kampung benda wajib aku cari ialah LAKSA..yaaa..laksa gerai bawah pokok tu lah aku cari. Isnin petang aku dengan geng old school lepak gerai laksa tu. Sedappppp sangant-sangat dan lepas rindu ku ini...rasa time tu macam tak mau jerr balik Putrajaya. tapi kerja tetap kerja. aku terpaksa akur pulang ke Putrajaya. Selasa aku pun balik dan hari ni aku mula kerja balik....apa-apa lah...aku harus kerjaaaa....