CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

November 25, 2009

HARI INI BALIK KAMPUNG..YAHOOOOOO..

Salam buat semua teman..n SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman beragama islam yang menyambutnya pada hari Jumaat ini...harap dalam kita bergumbira menyambut raya janganlah kita lupa akan sejarah terjadinya Hari RAYA Korban ini.

So untuk sambut hari raya ni aku tak sangguplaaa nak raya kat KL ni...tambahan lak bujang surelah aku nak balik kampung gak..walaumacam mana sekali pun..hehhehee..Malam ni aku gerak balik naik keretapi..Ramai yang tanya kenapa keretapi ..jawapan ringkasnya..SENANG..senang sebab aku turun teruussss dekat Sungai Siput. Kalau turun Ipoh aku perlu nyusahkan ramai orang so baik pilih Keretapi...Denagr-dengar tahun depan keretapi dah naik taraf dari dari slow ke keretapi laju...ambil masa 1jam setengah jer untuk sampai perak...harap ianya benar-benar terjadi...

Cepatlah pukul 5 petang sebab tak sabar nak balik dah ni..hehehehe...so SELAMAT HARI RAYA...

November 20, 2009

CAKAP-CAKAP BELAKANG

Salam buat semua..hari ni aku sebenarnya nak luahkan rasa sikit..hehehe..entahlah kenapa manusia niii kalau tak puas hati sure suka cakap-cakap kat belakang..Kenapa tak nak cakap depan-depan ..kan ke senang. Ini tak, bila di depan baik sangat-sangat...mesraaa jer..tapi bila di belakang kita, kutuk tak hingat dunia..

Aku nii bukanlah SEMPURNA juga...tapi aku manusia yang suka terus terang. Sebab bagi aku bila berterus terang baru dapat selesaikan masalah. Tapi adat melayu...bila terlalu berterus terang nampak bagai seorang yang kurang ajar..tidak hormati orang lain..oleh itu..budaya cakap belakang berterusan....Sedih rasanya hati ini....


errrrmmmmm....ntahlah....

November 10, 2009

UJIAN DARI ALLAH...

Salam buat semua...sudah lama kau tidak melayari blog dan mengupdate blog aku sendiri. Bukan aku sudah melupai blog tapi tak ada idea...

4hb November 2009 adalah hari yang cukup menguji aku. di saat itu aku hanya mampu bersabar jer lah. sikap rakus manusia dan sikap kealpaan aku menyebabkan aku hilang wang simpanan di bank...

Kecanggihan yang memudahkan segala urusan telah disalah gunakan oleh insan yang tak bertanggungjawab...Pasti kalian tertanya-tanya apa yang telah berlakukan..ceritanya begini..pada 4/11/2009 aku membuka internet banking aku untuk cek akaun aku..bercadang nak beli camera baru..masa tu aku tak leh buka internet banking..dua kali mencuba aku biarkan saja..tidak bercadang untuk bertanya kenapa...sambil lihat e-mai ada satu spam masuk dalam e-mail aku. e-mail spam tu nyatakan akaun aku kena block..untuk membukanya kembali ikut link yang disediakan..aku terlalu cuai..ikut sahaja arahan yang diberi tanpa berfikir akan kesan sebaliknya..akhirnya duit aku hilang. frust sangat..tapi itulah yang berlaku...walaunpun duit yang hilang itu tak bernilai jutaan ringgit tapi ia tetap hasil titik peluhku..sampai hati betul pada insan yang telah cerobohi akaun ku itu dan mengambil duit aku itu juga...Walaupun sedih + geram..tetapi aku meredhainya...seperti pesanan ibuku..andai wang itu adalah hak kau..ia akan kembali..tapi andai ia hanya singgahan semata-mata biarkan sahaja...anggap sebagai ujian allah...

Buat semua teman..berhati-hatilah pada jenayah kolar putih ini..ia ada di mana-mana sahaja..