CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

February 25, 2009

MANUSIA DAN HUTANG...

"Kain ni murah jerr...rm200 boleh bayar 2 kali"...kata sipenjual
Kata pembeli.."Alaaaa...aku nak tapikan ..ermmm...tak mampu laaa..."
Penjual..."Ok..ok...ko aku bagi 3 kali bayar..amacam??"
Pembeli.."ok gak tu.."
(Ha..kan dah berhutang)

Tu lah manusia..kalau tak berhutang memang tak sah..Aku pun sama gak..hutang kereta..hutang belajar...ermmm...tu aku.Tapi alhamdulillah...setakat ni masih mampu lagi bernyawa dan berbelanja lagi..

Tapi ada juga setengah tu seumur hidupnya hutang jerrr...sampailah tak termampu nak bayar..lepas tu pinjam duit lak pada ALONG..bertambah-tambah lagi hutang ada laaaa...
Manusia berhutang yang aku nampak sebab habit..dan kebanyakan yang suka berhutang ni kakitangan kerajaan..bukan aku nak ngutuk teman sekerja tapi tu lah kenyataannya...Pantang ada teman-teman yang jual barang macam Kasut, Baju, perabotlah & macam-macam lagi lah..tak pernah nak tolak walaupun duit dah pokai..pasti nak juga belinya...Tulah yang aku lihat di kalangan kakitangan gomen ni..Akhirnya bila sampai gaji tolak hutang saja lah..tu lah yang berlaku...
Kalau mengomel pun pasti fasal hutang saja..tiada yang lain.

Aku masih muda lagi..tapi aku akan cuba pegang nasihat ibuku...katanya"kalau tak terdesak jangan nak biasakan diri berhutang..hutang hanya akan makan diri saja"..

February 23, 2009

KERANA AWEK...




Semalam dalam akhbar telah terpampang kisah kematian seorang remaja yang telah dibelasah 24 orang remaja lain hanya kerana rebut seorang awek...

Fuh..dahsyat sungguh..hanya kerana cinta monyet bin kera sanggup bunuh membunuh tanpa fikirkan masa depan sendiri...Apa nak jadi lah dengan remaja sekarang ni..Buat remaja sekelian..u all tak fikir ker yang cinta zaman sekolah ni tak kemana pun..Memang lah ada yang kahwin lepas sekolah ..kawan-kawan aku pun ada juga ikut jejak tu tapi sebelum tu mereka masih fikirkan masa depan dulu.

Awek@ makwe zaman sekarang ni tak pandang cinta jer semata-semata...baik yang dok sekolah menengah sampailah dah tua ni pun rata-ratanya pandang duit juga..sebabnya tanpa duit tanpalah kebahagiaan...

Sepatutnya masa sekolah ni tak payahlah bergaduh kerana perempuan..buat malu jer..Tengok macam kes yang masuk paper tu...aleh-aleh diri sendiri juga yang susah..dah kena tahan polis dan masa depan pun gelap..Kasihan sungguh aku dengan remaja-remaja sekarang ni..

Dulu aku ingat bila dah masuk zaman serba serbi canggih ni insyaallah remaja banyak yang baik tapi sayang lagi bertambah buruk pula perangai anak remaja kini...Yang paling aku kesali ialah yang sesat barat ni kebanyakan adalah remaja melayu..Buat anak remaja jadilah dunia remaja mu ini indah..jangan hancurkan dunia remaja mu..memang dunia remaja sekali aja..so disebabkan sekali itulah kita kena hargainya..jangan lukiskan masa depan kita dengan kesedihan sahaja....

February 18, 2009

AWARD




Ni award dari akak tomei ku kak ieba..tq so much akak tomei yg kebelakangan ni tak brapa nak sihat....so aku pun nk panjang gak award ni pada member blog yang lain..so kalau singgah, jang malu..jangan segan..ambil yerrr..

February 16, 2009

KURSUS KAHWIN...

Wow tajuk....ish..biar betul..hehehe...

(Bualan aku dengan mak aku melalui telefon jumaat lepas)
Mak : "Minggu ni ko pergi mana...merayo lah tu..."
Aku : "Tak...minggu ni nak gi kursus kahwin."
Mak : "Ha..!!kursus kahwin..ko nak kahwin ker??ish..ko kawan dengan sapa nih..
Aku : saja jerrr......

Tu mak aku nyer kejut bada...kakak aku pun sama jugak..yerlah aku ni pakwe tak der tetibalak nak gi kursus kahwin..tak ke haru..hehe

Tapi tu lah kenyataannya...Sekarang ni kan ke wajib. dan sijil kahwin tu pulak laku hingga akhir nyawa kita..aku ni boleh pergi pun sebab temani kawan aku yang nak kahwin tak lama lagi. So dah alang-alang neman tu per lagi ambil lah sekali...

Kursus dua hari tu memang bagus sekali. Bagi yang nak berkahwin ia banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga...untuk pastikan kebahagiaan buat selamanya..bagi yang belum bertunang atau ada sesiapa lagi macam aku nih...status bujang maa..kursus tu dapat bantu dalam pilih pasangan..

Bila aku di sana aku baru sedar betapa pentingnya perkahwinan dan ciri-ciri lelaki yang boleh dibuat suami..Satu infomation yang aku dapat di sana yang amat penting sekali ialah dalam hidup ini nakkan kebahagiaan perlulah patuhi arahan Allah..dan cintailah Allah dahulu sebelum cintai manusia...

Lagi satu ialah..pegangan tangan..sebab kenapa diharamkan pegang tangan. U all rasa apa ek? sebab memang haram..Ustazah di sana bagitau aku kalau pegang tangan sebelum kahwin auranya bila sudah berkahwin akan berkurangan. Kita tidak akan rasai fell kahwin yang sebenar..tu kata penceramah kursus tu lah...

Tambahan lagi satu tuk kebahagiaan ialah SOLAT..solat tu cukup penting. Baik nak berkahwin atau masih bujang solat kena jaga (tapikan aku pun kekadang terbabas gak...)solat tulah yang akan beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Jika marah pun solat juga yang dianjur..maknanya betapa banyaknya nikmat solat tu kan...

So aku rasa..sapa-sapa yang belum hadiri kursus kahwin tu baik pergi..banyak ilmu kita akan perolehi tuk diri sendiri dan kehidupan kita...

February 13, 2009

AKU DAN DR. GIGI..

Hari ni jumaat..yeaayyy..esok cuti.hehehe...boleh layan mata...jazzz...

Last week cuti taipusam..so aku cuti 4 hari. ish..ish..dah masuk kejer banyak hari baru nak story bab cuti lepas..hehe..baca sajalah yerrr..bukan perrr cik moi terlalu sibuk kebelakangan ni...malam-malam tak online so time rehat cam ni jer lah aku nak update blog ni pun...

Ok..sambung balik...last week walaupun cuti tapi aku kurang happy cikit. Sebab aku sakit gigi..HUWAAAAAAAAAAA....tapikan dalam dok sakit gigi tu sempat lagi aku berjalan.hehehe..dari putrajaya ke Seremban. Dari Seremban lak ke Teluk Intan..hehehe...tapi jalan time sakit-sakit ni nikmatnya kureng sikit..Aku pergi Teluk Intan pun sebab nak jumpa abang ku dan mak ayah ku..tu saja..sempatgak lah jalan-jalan tengok menara condong tu..tapi gambar nanti-nanti lah aku upload kan yerrr..faham-faham sajalah keadaan ku di sini yerrr..hehe..

Aku ke Seremban hari sabtu..time tu gigi aku dah kurang sakit sikit..Ahad pun kurang jugak lah tapi bila dah balik dari berjalan sakan ku itu..ADEHHHHHHHH....aku tak leh tido malam...huhuu..gigi aku sakit sangat..last-last isnin aku pergi jugalah cabut. Aku ni memang penakut dengan dr.gigi..ntahlah kenapa..masa aku sekolah rendah lagi aku selalu lari dari jumpa doktor gigi. Pernah sekali masa sekolah rendah dulu aku perlu cabut gigi geraham..tapikan aku lari..ewah..ingat tak kena dah..aleh-aleh masa aku sekolah menengah aku kena juga..lagi malu sebab dalam rekod tertera aku lari dari pemeriksaan doktor..hehehe...

Hari isnin hari tu dengan hati tak syoknyer pergi gak lah...selamat sudah gigi aku ni di cabut. Tapikan sampai laaa ni belum baik lagi..adehhh..apa nasib lerr aku nih..

February 5, 2009

KUASA KAWAN....

Hidup ni perlu ada kawan..tiada kawan sunyi sepilah hidup ini umpama kera di hutan..Kawan ini seperti magnet..dia boleh tarik kita sama ada nak jadi baik atau jahat...

Ada setengah orang kata...kawanlah dengan siapa sahaja..tapi jangan ikut. Tapi....kita manusia. Baik macam mana kita ni kalau jumpa kawan yang hampeh kita pun pasti jadi macam dia juga..Yang pasti iman didada yang tak kuat sebenarnya...

Aku percaya benda ini..sebab sahabatku dan aku sendiri pernah alaminya.Dulu aku pernah jumpa kawan yang perangainya nakal...dan aku akui yang aku juga turut terpengaruh..Walaupun tak seteruk mereka..tapi sikit-sikit ada juga sikap nakal ituuuuuuuu....Aku mudah terpengaruh mungkin kerana sikap diriku yang agak memberontak dan masih mencari sesuatu...

Tapi kini..bila usiaku makin "muda"...aku baru sedar akan silapku..Mungkin juga kerana aku jumpa sahabat-sahabat yang berperangai baik pula di kota batu ini...Ibu ku juga terkejut bila sepanjang cuti 4 hari aku hanya duduk di rumah bersama teman-teman rumahku...Kawan-kawan aku juga berasa heran...Yerlah..selalunya kalau cuti akulah manusia yang tak pernah duduk di rumah..pasti aku akan merayau ikut teman-teman dan pulang lewat malam...

Kini semua aku tinggalkan..kalau keluarpun hanya sesekali sahaja...itupun keluar shopping atau jumpa teman pergi minum di kedai-kedai sahaja. Banyak masaku kini habiskan bersama teman di rumah atau rumah kakak dan abangku andai aku tak pulang ke Perak. Bila di rumah..aku sudah ada hobi baru..iaitu memasak..hehhe..walaupun tak pandai sangat memasak..tapi aku suka buat..nasib baiklah teman-teman rumahku pula suka makan..so tak sedap sangat pun mereka tetap makan habis punya..hehehe...lagi satu yang aku suka buat adalah hias bilikku dan kemas rumah...mungkin ini adalah rumah ku tinggal so aku sure nak yang cun lah..hehhe

Aku berazam...bila berada di Putrajaya ini aku nak bekerja bersungguh-sungguh...aku nak capai satu jawatan sebelum usiaku jangkau 35 tahun..aku tahu..Putrajaya walaupun sebuah bandar yang agak bosan tapi ada sesuatu di sini yang akan aku perolehi...Pasti ku perolehi dengan berusaha...

Kawan sebolehnya kita carilah yang terbaik...jangan sesekali cuba dekati kawan-kawan yang perangai kurang baik..kerana sekali terjebak kita pasti akan sesat bersama mereka..

February 3, 2009

SUDAH KETENTUANNYA...

Aku baca satu novel..dalam novel ada sebut "cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan" Yap..aku akui ayat itu..Aku juga telah laluinya...Aku pernah cintai dan dicintai..tapi ianya hanya separuh jalan saja...mungkin itu bukan jodohku.

Tapi dalam banyak kegagalan aku bercinta..Paling ku rasai adalah bila aku cintai "A". Dia adalah cinta pertamaku..Dari kecik aku sudah minati dia. Ntahlah kenapa??nak kata baik sangat..aku rasa tak pun. Nak kata hensem pun tidaklah sangat...Tapi aku cukup selesa bila bersama dengannya.

Setiap detik bila bersama aku rasa cukup bahagia. Banyak perkara dapat dibualkan dan dikongsi. Aku cukup sayang pada dia. Tapi Sayang sahaja belum cukup andai ia tak terluah dari bibir masing-masing. Cinta yang selama ini hanya berada dalam hati akhirnya terkubur disitu jua..Kerana masing-masing malu meluahkan akhirnya ia terbiar begitu sahaja....

Ada yang minta ku akui apa dalam hati ini pada dia..Tapi aku bukanlah manusia yang akan musnahkan kebahagiaan insan lain..Biarlah ia berada dalam hati ku sahaja..Aku hanya mampu doa agar dia bahagia dengan pilihannya itu. Aku yakin gadis pilihannya itu mampu menjadikan dia sebagai manusia lebih berguna lagi kelak..

Aku yakin apa sahaja yang dicipta oleh Allah itu adalah yang terbaik...Aku redha dengan semua ketentuan ilahi ini...