CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 20, 2010

KERANA FITNAH...

Manusia oh manusia...sanggup membuat fitnah demi kepentingan diri..sedih sekali..Semala aku telah melihat hanya kerana Fitnah yang tiada kesahihan membuatkan sebuah keluarga hampir hancur...menyebabkan seseorang sanggup jadi pembunuh hanya kerana sebuah fitnah....

Seorang insan yang baik dengan ku telah difitnah. Fitnah yang cukup berat...kerana fitnah itu dua insan yang sebelum ini baik sebagai kenalan telah bergaduh...bukan sahaja bergaduh tetapi juga hingga sanggup mencabut nyawa insan yang aku kenali. Nasib umur masih panjang....

Masa buat tak ingat langsung anak bini di rumah...tak fikir langsung apa akan berlaku pada dirinya...bila dah berlaku baru lah nak rayu...minta tarik kembali report polis...ini lah manusia...bila tidak berpaksikan pada keimanan maka macam-macam benda buruk yang dilakukan. Masa bergaduh sanggup nak bunuh...sebab sudah rasuk dengan hasutan syaitan yang sentiasa cuba sesatkan umatnya...akhirnya siapa yang rugi...diri sendiri juga yang rugi...syaitan pula bertepuk gembira kerana ada seorang anak adam telah ikut telunjuknya.

KERANA FITNAH...