CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 3, 2011

SELAMAT TAHUN BARU....

Salam buat semua teman blogku...dah lama sangat aku tinggalkan dunia blog..asal nak tulis jer kejer datang bertimbun...asal aku free lak idea nak tulis tak der...so lama-lama aku nyepi kejap ler dunia blog ni...

Now dah masuk 2011...kejap jer masa berlalu..apakah azam u all semua?..aku tak der azam.Macam tahun-tahun yang lepas aku hanya akan buat yang terbaik buat diri ku dan keluargaku...itu sahaja...kenapa aku tak der azam...jawapan senang jer..aku tak nak berazam sebab aku tak nak frust biler hajat tak capai...so baik aku tak payah ada azam...hehehe

Tahun 2010 aku tutup dengan pertukaran status dari anak dara kepada isteri orang. Alhamdulillah...impian mak aku untuk lihat aku naik pelamin tercapai. Best jugak pegang status isteri ni...rasa lain bila dah jadi isteri nih...tapi aku juga harus ingat bahawa tanggung jawab jadi isteri bukan mudah.. silap sikit jer kita pada suami maka berdosalah kita...so aku akan cuba jadi yang terbaik buat suami ku...dan aku juga berharap agar aku perolehi anak2 yang soleh & soleha..bukan apa...dunia kini dah makin runcing...sedih aku tengok bila remaja sekarang makin hanyut dengan gejala sosial yang teruk...dengan mat rempitnya...dengan masalah lesbian lah...gay lah...aduuuuuhhh cukup menakutkan...

Semoga tahun 2011 ini kita semua dapat menjadi manusia yang berjaya...berjaya pada diri sendiri...berjaya pada keluarga n berjaya pada bangsa kita.