CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

November 20, 2009

CAKAP-CAKAP BELAKANG

Salam buat semua..hari ni aku sebenarnya nak luahkan rasa sikit..hehehe..entahlah kenapa manusia niii kalau tak puas hati sure suka cakap-cakap kat belakang..Kenapa tak nak cakap depan-depan ..kan ke senang. Ini tak, bila di depan baik sangat-sangat...mesraaa jer..tapi bila di belakang kita, kutuk tak hingat dunia..

Aku nii bukanlah SEMPURNA juga...tapi aku manusia yang suka terus terang. Sebab bagi aku bila berterus terang baru dapat selesaikan masalah. Tapi adat melayu...bila terlalu berterus terang nampak bagai seorang yang kurang ajar..tidak hormati orang lain..oleh itu..budaya cakap belakang berterusan....Sedih rasanya hati ini....


errrrmmmmm....ntahlah....

4 comments:

Mak Su said...

maksu rajin cakap depan tapi orang payah nak terima, padahal kita ikhlas sebab tak mo ada permusuhan di dalam hati... so maksu cakap depan belakang.. oops!

kakLuna said...

ada banyak faktor mnyebabkan sikap kita begini. maybe didikan keluarga, faktor pengaruh kawan2 perangai yg sama, faktor pendidikan dan faktor org tu sendiri tak nak mengubah cara pikiran.

org kita susah nak terima kritik tetapi mudah pula mengkritik orang tanpa berfikir2 terlebih dahulu...

Kaktiny said...

hahahaa... situasi yg SELALU SANGAT DI ALAMI.. dah jadi LUMRAH PULAK.. hahahah

nak cakap depan?.. hmm.. macam mana mereka tak buleh terima orang tegur depan2, maka sebab tu la mereka tak buleh nak cakap depan2..

betull.. bila kita 'sergah' depan-depan.. LAGGGIIII BANYAK DIAORANG CAKAP BELAKANG..

sudahnya.. "DIAM LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP".. (kalau diorang nak jugak cakap.. katakan "terima kasih sebab bagi pahala free kat aku.. tapi aku kedekut skit, taknak bagi pahala kat korang.. sbb tu aku tak mau kutuk korang.. hihihihi)

Unknown said...

ahmoi,

yang suka cakap2 belakang ni... bukan melayu aje. semua bangsa sama. betul... k zan duduk kat ofis sini dah setahun. kat sini ... k zan sorang melayu. budaya cakap belakang ni bukan khusus buat org melayu semata... bangsa lain pun sama... sungguh k zan x bohong.

tapi sikap k zan bila org mula soseh... k zan x dekat. buat hal sendiri aje. habiskan kerja sendiri aje. samada dia cakap hal k zan ataupun orang lain... langsung tak ambik kisah.

sebab... mulut tempayan kita boleh tutup. mulut insan yang suka bercakap hal orang dibelakang ini kita tak boleh tutup. lumrah. semulajadi mereka memang suka begitu.... "mencari kesilapan orang lain"...

bagi k zan bila diri masih boleh tersenyum ... masih mampu gembira dan ceria... k zan tak ambik kisah apa yang orang lain kata tentang k zan dibelakang. kerana jika diperhatikan semula... apa yang mereka ceritakan itu pasti diterbalikkan keatas mereka. bermakna.... mereka juga akan mengalami apa yang mereka perkatakan tentang orang lain... kerana Allah itu Adil.

walaupun perkara itu sekadar gurauan buat mereka.

sebab itu kita pernah dengar orang cakap macam ni "HAAA... TU LAR, SUKA CAKAP ORANG LAGI. KAN AWAK DAH KENA PULAK"... apa pun semoga Ahmoi kuat menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.