CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 22, 2009

tambahan blog..

Salam buat semua..aku nak hebah di sini tambahan BLOG ku...so sapa2 yang nak kawen tuu n tengah mencari photographer tuk wedding u all..aku ada sediakan. Harga menarik dan boleh runding lagi...Mak Andam pun aku ada juga..so layarilah blog ku yang satu ini



http://daracome.blogspot.com

December 3, 2009

BEREHAT BERSAMA KELUARGA...

Salam buat semua...tiada apa isu yang nak ku kongsi bersama teman-teman sekelian. hanya ingin bercerita tentang cuti raya haji ku baru-baru ini. Sudah lama tidak membawa ibuku berjalan...so aku dan kakak ku buatlah plan pergi Bukit Merah. Mak and Ayah ku dalam Malaysia ni jarang sekali berjalan. Bukit Merah yang dekat pun belum lagi dia sampai..sebabnya anak-anak dia tak bawa...hehehe..so kali ni aku rasa adalah hari yang terbaik untuk bawa family aku berjalan. Sabtu (29/11/09)pagi kami gerak ke Bukit Merah. Plan nak tido sana tapi atas sebab-sebab tertentu..terpaksa dibatalkan. Satu hari di Bukit Merah Laketown kitorang bawa mak n ayah pusing sampai mak kata PENATTTTT..hehehhe...Mak n Ayah aku beruntung sebab mereka pernah juga melancong keluar negara..so mereka boleh bandingkan apa yang best di sini dan apa yang best di sana. Mak aku nasib baik lah pada hari itu kaki dia tak sakit sangat...kalau tak aku rasa sure dia tobat nak ikut anak-anak dia berjalan...hehehe...Apa-apa pun aku happy sangat pergi ke Bikit Merah Laketown...

Korang layan je lah pic kat bawah ni...





November 25, 2009

HARI INI BALIK KAMPUNG..YAHOOOOOO..

Salam buat semua teman..n SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman beragama islam yang menyambutnya pada hari Jumaat ini...harap dalam kita bergumbira menyambut raya janganlah kita lupa akan sejarah terjadinya Hari RAYA Korban ini.

So untuk sambut hari raya ni aku tak sangguplaaa nak raya kat KL ni...tambahan lak bujang surelah aku nak balik kampung gak..walaumacam mana sekali pun..hehhehee..Malam ni aku gerak balik naik keretapi..Ramai yang tanya kenapa keretapi ..jawapan ringkasnya..SENANG..senang sebab aku turun teruussss dekat Sungai Siput. Kalau turun Ipoh aku perlu nyusahkan ramai orang so baik pilih Keretapi...Denagr-dengar tahun depan keretapi dah naik taraf dari dari slow ke keretapi laju...ambil masa 1jam setengah jer untuk sampai perak...harap ianya benar-benar terjadi...

Cepatlah pukul 5 petang sebab tak sabar nak balik dah ni..hehehehe...so SELAMAT HARI RAYA...

November 20, 2009

CAKAP-CAKAP BELAKANG

Salam buat semua..hari ni aku sebenarnya nak luahkan rasa sikit..hehehe..entahlah kenapa manusia niii kalau tak puas hati sure suka cakap-cakap kat belakang..Kenapa tak nak cakap depan-depan ..kan ke senang. Ini tak, bila di depan baik sangat-sangat...mesraaa jer..tapi bila di belakang kita, kutuk tak hingat dunia..

Aku nii bukanlah SEMPURNA juga...tapi aku manusia yang suka terus terang. Sebab bagi aku bila berterus terang baru dapat selesaikan masalah. Tapi adat melayu...bila terlalu berterus terang nampak bagai seorang yang kurang ajar..tidak hormati orang lain..oleh itu..budaya cakap belakang berterusan....Sedih rasanya hati ini....


errrrmmmmm....ntahlah....

November 10, 2009

UJIAN DARI ALLAH...

Salam buat semua...sudah lama kau tidak melayari blog dan mengupdate blog aku sendiri. Bukan aku sudah melupai blog tapi tak ada idea...

4hb November 2009 adalah hari yang cukup menguji aku. di saat itu aku hanya mampu bersabar jer lah. sikap rakus manusia dan sikap kealpaan aku menyebabkan aku hilang wang simpanan di bank...

Kecanggihan yang memudahkan segala urusan telah disalah gunakan oleh insan yang tak bertanggungjawab...Pasti kalian tertanya-tanya apa yang telah berlakukan..ceritanya begini..pada 4/11/2009 aku membuka internet banking aku untuk cek akaun aku..bercadang nak beli camera baru..masa tu aku tak leh buka internet banking..dua kali mencuba aku biarkan saja..tidak bercadang untuk bertanya kenapa...sambil lihat e-mai ada satu spam masuk dalam e-mail aku. e-mail spam tu nyatakan akaun aku kena block..untuk membukanya kembali ikut link yang disediakan..aku terlalu cuai..ikut sahaja arahan yang diberi tanpa berfikir akan kesan sebaliknya..akhirnya duit aku hilang. frust sangat..tapi itulah yang berlaku...walaunpun duit yang hilang itu tak bernilai jutaan ringgit tapi ia tetap hasil titik peluhku..sampai hati betul pada insan yang telah cerobohi akaun ku itu dan mengambil duit aku itu juga...Walaupun sedih + geram..tetapi aku meredhainya...seperti pesanan ibuku..andai wang itu adalah hak kau..ia akan kembali..tapi andai ia hanya singgahan semata-mata biarkan sahaja...anggap sebagai ujian allah...

Buat semua teman..berhati-hatilah pada jenayah kolar putih ini..ia ada di mana-mana sahaja..

October 22, 2009

MANUSIA MUDAH LUPA..

Salam buat semua...sihat ker teman-teman sekelian...Hari ni just nak share jer apa berita terbaru n hangat diperkatakan..Dah dekat seminggu di Surat khabar memperkatakan tentang sejadah berdiri.. betul ke ada manusia yang cuba memesongkan agama kita ini..almaklumlah ...dalam masa dua hari ni jer ada 3 tempat mempunyai kejadian seperti ini..bagaimana yer dia buat bagi sejadah tu berdiri..aku try gak buat semalam dengan member rumah..just nak buat eksperimen jer..tapi hasilnya tak jadi pun..Walaubagaimanapun..Hanya Allah sahaja yang tahu. Yang penting sebagai manusia perlulah ingat..dunia ni tak keka lama..banyak-banyaklah ibadat. Pesanan ni untuk aku dan u all semua..

Dalam kita berasa takut dan pelik denga kejadian sejadah berdiri ni masih ada juga manusia yang berani membuat maksiat secara terangan. Dalam Harian Metro ada memaparkan kisah maksiat yang berlaku di Flat Hijau, Putrajaya. Memang aku tak nafi kejadian tu semua. Sebab aku sendiri dah banyak kali bertembung mereka-mereka ini yang berbangsa melayu tanpa segan silu bermanjaan di taman kanak-kanak.

Pernah sekali ..di hari aku berpindah ke rumah sewa di kawasan terbabit. Aku tersalah rumah masa tu, Aku terketuk rumah orang lain. Masa tu, pintu sudah terbuka.ku sangka aweks tu member kawan aku..rupanya tersalah rumah. Masa tu rumah dia perlukan teman..sempat aku tinjau dan ntah macam mana aku terpandang seorang lelaki di dapur..kusangka abangnya. Tetapi aweks tu tanpa segan silu menyatakan lelaki tersebut sewa bersamanya..terkejut aku..terus aku blah..sebab terkejut sangat-sangat. Mereka itu berbangsa melayu...yang ada adat dan agama. Tapi sayang mereka tidak ikutinya...Ntahlah pasangan tu bagaimana kini..semoga allah hidayahkan pada mereka ini...

Hidup di dunia ni kejap sangat-sangat. semoga aku jauh dari semua ini..Kejadian pelik cukup banyak kini..bagi aku kejadian pelik ni banyak sebab peringatan kepada kita yang lupa bahawa hidup ini hanya sementara sahaja..bila-bila masa sahaja kita akan dimatikan.

October 19, 2009

BERAKHIRLAH SUDAHNYA SYAWAL...

Salam buat semua teman-temanku...rini last syawal..besok dah masuk bulan baru dalam kalendar islam...sekejap jer rasanya...dua hari sebelum berakhirnya syawal..aku rasa macam nak tercabut isi perutku ini sebab memenuhi jemputan raya yang cukup banyak...

Sabtu dan Ahad jadual ku penuh dengan jemputan Rumah Terbuka...Hari sabtu 5 Rumah Terbuka..Ahad 3 Rumah Terbuka..kurang dua . Tuuuu yang aku pegi..kalau ikut jemputan berlambak...

Tapi banyak-banyak rumah terbuka...selama paling best..sebab per ek..makanan ker..hehe..tapi semalam Rumah terbuka Kak Laily tuan punya blog gdiz...sedap mkn kat rumah dia..n aku pergi rumah kak laily bersama kak tiny n kak kamar..tak disangka plan main-main tuuu lah yang menjadi..dari dulu aku nk jumpa sangat dengan mereka-mereka ini..tapi sebelum ni tak kesampaian ..akhirnya semlam baru bertemu...walaupun baru semalam bertemu tapi kecohnya macam dah kenal lama...kak tiny yang sememang nya peramah ada jer ceritanya...happy dapat jumpa u all...

Balik jer dari rumah kak laily malamnya pulak ke Sunway juga rumah terbuka sahabatku zaman sekolah-sekolah dulu...enjoy + happy...hehhee...

Tq buat kak tiny n family sudi ambik moi n kamar kat Tasik Selatan...i enjoy with u all..

October 13, 2009

SIAPA MAHU...............








CANTIK TAK GAMBAR-GAMBAR INI..INI SEBAHAGIAN DR PROJEK SAMPINGAN KU...SO SIAPA-SIAPA YANG BERKENAN BOLEHLAH HUBUNGI SAYA DI 0125013041 (AZNI)..HARGA BOLEH DIRUNDING...

October 5, 2009

KIAMAT MAKIN DEKAT...

Salam buat semua...lama tak update sebab sibuk dengan rumah terbuka..almaklumlah, puasa sebulan so raya pun sebulanlah..hehehe...Aku tak nak bercerita hal rumah terbuka, tapi tentang kejadian alam yang makin hari makin dahsat..lihatlah di Negara jiran kita Indonesia..Dalam kita gembira rai hari raya tetapi mereka bersedih kerana negara mereka ditimpa bencana alam yang amat dahsyat..apa lagi kalau bukan gempa bumi hinggakan kita di Malaysia juga turut merasai gegarannya..

Aku di Putrajaya turut rasai gegarannya..Takut sangat..aku duduk di rumah flat..tinggi pulak tu..bila bangunan bergoyang aku rasa bagai nak runtuh jer bangunan tu...Kejadian Allah...siapa sangka kita juga akan turut rasai gegaran tersebut...Bila ku ingat balik kejadian tersebut..kadang-kadang aku terpikir adakah ini tanda-tanda kiamat..andainya kiamat benar-benar berlaku dalam masa terdekat ini bagaimana keadaannya...hanya gegaran sedikit manusia sudah lintang pukang lari..bagaimana kiamat??dimana bumi ini terus hancur bagai debu..nauzubillah..ngeri rasanya dan insaf rasa hati ini..

September 29, 2009

RAYA DI PARIT BUNTAR...




pemandangan yang mendamaikan...........

bersantai di tengah panas..hehe

ni lah my big family...

MERIAHNYA RAYA....

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA TEMAN...TAHUN NI WALAUPUN RAYA KURANG MERIAH SANGAT BUT I'M STILL ENJOY....YEEEAAAHH...TAK TAU NAK TULIS PER..LAYAN LAH GAMBAR2 KENANGAN INI..





September 16, 2009

PULANG KE SUNGAI SIPUT......

Yahoooo....bestnyerrr hati ni. Best sangat-sangat sebab malam ni aku gerak balik ke Sungai Siput insyaallah kalau tiada apa-apa halangan. Tak sabar rasanya nak balik kampung jumpa mak n ayahku...Walaupun dalam bulan puasa ni dah 2 kali aku balik tapi bila time nak raya ni rasa semangat balik kampung tu lain macam sikit ler..hehehe..

Ikutkan plan awal aku balik naik bas hari jumaat. Tapi rezeki ada member baik aku ajak balik malam ni..so nak tak nak besok ambik cuti ler...Hope selamat sampai lah aku ke destinasi malam ini..Persiapan semua dah siap malam tadi..kuih-kuih aku beli saja..almaklumlerr nak buat tak pandai...Hadiah buat ayahanda dan bondaku dah pun beli sabtu lepas..just nak beli baju kurung lagi sepasang tuk aku pakai time raya nanti..hehhe..

So di hari last aku tulis blog ni sebelum cuti panjang aku nak minta ampun dan maaf buat semua teman-temanku yang sentiasa mengikuti blog ku. Andai ada terkasar ayat..janganlah simpan dihatiyer..maafkan daku insan yang lemah ini yer...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...

p/s : buat teman yang pulang ke kampung dengan kereta ambil sedikit masa untuk periksa kereta anda..nak kan tips jaga kereta blog http://selembutsutera.blogspot.com ada sediakan...pandu cermat jiwa selamat

September 11, 2009

AKU DAN PUASA...

Di penghujung Ramadhan ni rasa rindu sangat pada Ramadhan..yer lah..lepas ni nak diet payah sikit..time puasa lah boleh berdiet pun..hehehe...

Aku ingat lagi time bulan puasa masa zaman kanak-kanak ribena dulu...cukup happy n nakal sangat..Dekat-dekat nak raya ni aku n the geng sure akan buat panjut n gantung pada pokok-pokok n tiang rumah..orang pergi Teraweh tapi aku n the geng tak pergi pun..duduk di rumah n main aci kejar dengan basikal...u all pernah main tak..budak-budak sekarang sure tak tau punya. habis satu kampung kitorang kongker..syok sangat-sangat.almaklumlah..nak main waktu siang penat so mainlah waktu malam...

Pernah sekali aku n the geng main tangkap ayam..rumah aku n jiran aku dulu ada bela ayam..so ayam-ayam tu lah kami belasah. Pasang jerat lepas tu bila ayam tergantung kena jerat kami main pusing-pusing kepala ayam tu..nakal kan aku dulu...bila tengok ayam tu dah pening baru lepas..syok tengok ayam tu jalan terhuyung hayang...heeheh...Satu hari..tengah best2 main dengan ayam family aku n kawan aku balik...per lagi..lintang pukang balik sampai lupa nak lepas balik ayam yang kena dera tu. duduk kat rumah senyap-senyap...lepas tu aku dengar mak aku panggil aku keluar...garang bunyinya...adooooiiiii..sakit..malam tu juga aku n the geng kena rotan dengan mak masing-masing. Sebabnya kami dera ayam ...huhuhu...sakit wooo kena rotan..tapi sakit lagi aku rasa ayam tu kena seksa kan..heheheh...tu lah kenangan puasa yang aku tak kan lupa sampai bila-bila...

September 10, 2009

DAH TAK LAMA DAH...

Hari ni 20 Ramadhan...Kejap jer rasanya dah nak raya dah. Surau-surau dan masjid-masjid makin kurang jemaahnya sebab para ibu dan anak dara sibuk dengan kuih raya...Para ayah pula rambut makin gugur..tidur makin tak lena sebab nak kena buat bajet raya..almaklum jer lah kan..kaum hawa pandai menghias dan mengguna wang bajet dengan baik sekali maka kaum adam kenalah buat bajer yang terbaik sekali untuk raya..mujur jugalah tahun ni ada duit bantuan khas yang diberi kepada kakitangan kerajaan bertaraf kumpulan sokongan..walaupun hanya RM500 dan dibayar 2 kali pulak tu tapi ia tetap rezeki..Syukur alhamdulillah..

Minggu depan aku pun balik kampung...now dok menghitung hari...ermm..dah tak lama dah kan..hehehe..pejabat makin cantik dihias dengan dekorasi raya...lagu raya usah dikata tiap-tiap hari pasti kedengaran lagu raya...aku rasa macam besok lak nak raya dah..hahahhaa...tak sabarnya menanti minggu depan..nak balik kampung hias rumah pulak..buat ketupat n jumpa teman-teman lama dulu...aduh cukup seronok...hehehe...

September 7, 2009

HUJUNG MINGGU YANG CERIA.........

Salam buat semua...hari ni cuti Nuzul Quran bagi negeri-negeri yang terlibat..aku hari ni kerja sebab dalam Wilayah Persekutuan. Cuti 2 hari rasa macam tak cukup saja. Kunalak hari ni aku kurang sihat..gusi bengkak, ntahlah kenapa...mungkin badan terlalu panas kot, almaklumlah 2 hari tak duduk diam di rumah..heheh..

Sabtu aku pergi seminar dengan member ku di Menara TM. Asalnya just nak teman member aku yang minat business mencari peluang apa yang ada di sana..aleh-aleh aku sekali tersangkut. hahaha...Bukan business MLM tau..tapi satu peluang perniagaan yang cukup cun sangat-sangat terutama pada suri rumah n sesiapa yang nak buat part time. Business under KLTP ni adalah anjuran peniaga Melayu punya. Mereka mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi ajen Telco & Post kepada pihak Telekom dan Pejabat Poas. Jika dulu semua membayar bil di Pejabat Pos tetapi kini boleh di bayar di wakil ajen Telco & Post. Agent ni pulak tak perlu premis perniagaan yang terlalu besar..just buat di rumah saja boleh dapat komisyen yang tinggi..cukup menarik business ni...Dulu aku pernah lihat seorang Mamat tu buat business ni di rumahnya..orang-orang dekat rumah dia just bayar bil di rumah Mamat tu jer..tapi dulu tak tau..Sabtu haritu lah baru aku tau..now tengah dok pikir-pikir mencari modal dulu..hehee..

Balik jer dari Seminar KLTP balik rehat jap lepas tu keluar balik...Hari tu aku dan semua member rumah nak buka puasa di luar pula..asyik kat rumah saja..bosan juga kan..So lepas ambil sepupu member aku we all semua gerak gi Bangi..mak aiii..jalan jem..tension..Kul 7 baru sampai tempat lepak kitorang mana lagi kalau bukan Oasis Cafe Seksyen 7 milik bekas majikanku...hari tu pulak memang Full..nasib Tokey aku kenal so ada laaa lagi ruang untuk kitorang..hehe..Lain kali sapa-sapa nak buka puasa kat luar booking tempat dulu tau..takut nanti makan bersila lak..Menu memang best kat situ...aku nak upload pic tapi terbuang pula...so sorry yerrr...Makanan yang sedap-sedap disitu buat aku terlalu kenyang..hanya bayar seorang RM30 anda boleh makan sebanyak mana anda nak dan harga itu juga termasuklah Chiken Chop atau steak..memang berbaloi bagi yang kuat makanlah..

Ahad..aku keluar lagi dengan teman-teman rumahku..kali ni pergi beli barang-barang dapur..sambiltu rehat-rehat di Taman Tasek Putrajaya..saja nak hilangkan stress...kul 6 balik masak n menu kali ni simple saja..just buat murtabak mini dengan air tembikai jer...walaupun simple n tak ler sedap mana pun tapi dah makan ramai-ramai yang kurang best pun pasti akan jadi best...hehee..Tinggal minggu depan jer kita berpuasa lepas tu RAYA.....hope seminggu ni akan banyak kenangan manis tercatit dalam diari hidupku dengan teman-teman serumahku..

September 4, 2009

HEBAT SANGAT KER ORANG GOMEN??

Salam Ramadhan buat semua..semalam aku ada baca dalam Blog Adry tentang pentingke menantu kerja kerajaan...bagi aku lah kerja apa pun tak kesah lah janji kerjanya halal...n tahu tanggungjawab dia. Bukannya apa memang orang kerajaan ni nampak jer hebat tapi sebenarnya tak lah hebat mana pun...Pakcik-pakcik n Makcik-makcik jangan lah ingat orang Gomen ni kaya...tak kaya mana pun orang gomen ni..sebab kalau benar-benar orang gomen kaya n banyak duit tak der lah banyak elaun diberi...

Orang gomen ni apa yang aku nampak cukup hebat bab buat Loan (Pinjaman ). Yang tu memang tak ku nafikan..bank-bank pun kalau nak cari Client sure dari orang gomen untuk buat Loan. Rata-rata pasti akan ada yang buat Pinjaman...tak kiralah sama ada loan untuk beli kereta ker...komputer ke atau rumah. Sesetengah tu aku lihat sampai pencen hutang pinjaman masih banyak lagi..so hebat sangat ker orang Gomen ni.??

Walaupun aku sekarang adalah orang gomen tapi aku tak lah bangga sangat walaupun banyak yang memuji kata hebat..hahaha..kerja kerani cabuk pun sudah dikata hebat. Tu lah penangan orang gomen. Apa yang pasti sebenar-benarnya gaji orang kerja gomen lah palin sikit sekali. hanya yang nampak untung bila dah tua nanti sebab ada pencen..itu sajalah yang aku nampak lain dari swasta...so sapa-sapa yang nak cari menantu tu fikir-fikir lah balik yer...

August 28, 2009

SAYUR KELADI BUDAK BUJANG




Adakah anda kenal dengan menu di atas...kalau nak tau tu lah menu paling sedap dan paling aku suka. Nama sayur tu KELADI..kalau tak kena cara boleh gatal satu badan tau.

Selasa lepas ada Pasar Tani di Putrajaya. macam-macam ada...n bila terpandang sayur keladi rasa teringiiiiinnnn sangat. Member rumah aku yang sama-sama dari Utara ni pun gila Sayur keladi gak. Terliur sangat walaupun belum masak lagi...nak masak tak pandai..nak beli dah siap rasa tak best...pikir punya pikir lastly we all choose beli juga lah sayur keladi ni.

Semalam barulah kami mengerjakan sayur keladi yang telah dibeli tu. Call mak tanya cara masaknya..hahaha...tak pandai lah katakan. Lepas tau resepi n cara masak lebih kurang pa lagi..masuklah zon mencuba masak...Takut gatal keladi, kami rebus dulu keladi tersebut..asam bubuh dengan banyak jugalah..hampir siap..bau aroma sudah mengoncang iman kami...hehehe...tapi sabaaarrr...rupa dan aroma sama dengan mak masak di kampung...Masuk sahaja waktu berbuka...kami mulakan makan kurma lepas tu bedal nasi lah..senduk keladi tak hingat ni..tengah-tengah best makan rasa gatal perit sangat tekak ni...yang lain pun sama juga...memang terasa lagi gatal keladi tu..sayang sangat-sangat...aku tak tau lah kenapa yer masih lagi gatal keladi tu...ada sapa-sapa leh bagtitau tak...huhuu..sedih tau...

August 27, 2009

KISAH BALIK KAMPUNG...

Salam buat semua..Puasa ker tu??hope tak da yang tinggal puasa lagi yer.Aku baru semalam masuk kerja...seronok dikampung masih terbawa-bawa hingga saat ini. Tapi kerja perlu untuk terus hidup..

Last Week aku balik kampung. Seronok sangat-sangat. Pulang ke sana bersama dengan keluarga kakak ku. Bertolak jam 2 pagi dari Putrajaya. Plan baik punya nak bersahur bersama family dikampunglah katakan. Minyak kereta ok..tayar ok semua ok...Tapi apa yang kita rancang tak semestinya akan jadi. Ada kejadian buruk telah menimpa kami. Tayar depan kereta abang iparku pecah. Mansyaallah...rasa bermacam-macam dihati ini. Masa sedar tayar pecah kami berada di Tanjung Malim jam menunjukkan hampir pukul 4 pagi. nasib tempat tu ok..lapang dan tidak merbahaya terutama buat kanak-kanak. Nasib juga ada tayar spare..so pa lagi..kami mengerjakan tayar keretalah pulak. hampir setengah jam baru siap..masa tu aku terfikir..andailah dalam kereta yang aku naiki ini semua perempuan, apa yang harus dibuat yer??ermmm...syukur sangat-sangat. Dengan tayar spare tu kami tak dapat bergerak laju...hanya boleh bawa 90km/jam sebab tayar spare tu kecil.Bila lihat jam masa bergerak lebih pantas..memang tak dapat bersahur di kampung..lastly ambil keputusan bersahur di R&R Tapah. Terkilan memang ada tapi semua ini dah dugaannya.Sampai di kampung jam 7 pagi...satu perjalanan yang cukup panjang pertama aku rasai..hehehe.

Keesokannya aku teman abang iparku ke kedai tayar untuk tukar yang baru. Tokey yang juga member ayahku kata kami telah langgar satu lubang besar. Fikir punya fikir akhirnya baru ingat yang kami memang ada langgar satu lubang besar di Ciberjaya. Bayangkan tayar tu sudah pecah dari Ciberjaya dan hanya sedar di Tanjung Malim..jauh sungguh dan cukup merbahaya sebab sepanjang perjalanan tu abang iparku drive 120km/jam. Apa sahaja boleh berlaku pada kami. Tapi Allah itu pelindung hambanya. Alahamdulillah.....aku bersyukur sangat-sangat sebab kejadian yang lebih merbahaya tak berlaku pada kami...

Pesanan buat ku pada u all semua..lain kali kalau nak berjalan jauh kita kenalah peka sentiasa pada keadaan sekeliling terutama perubahan pada kenderaan yang kita naiki. Lepas tu pulak bergeraklah awal sedikit sebab jika ada apa-apa yang berlaku pada kita agak mudah untuk meminta bantuan...seperti apa yang kita selalu lihat PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...:)

August 18, 2009

MENGHITUNG HARI........

Salam buat semua teman-teman yang setia membaca coretan ku di blog ini. Maaflah ...aku dah lama tak update blog ini..banyak perkara berlaku dalam hidupku seminggu dua ini..ada yang manis dan ada yang pahit...Walaubagaimanapun hidup ini harus kutempuhi jua dengan senyuman.
Tak lama lagi kita yang beragama islam akan menyambut RAMADHAN ...bulan yang mulia buat umat Nabi Muhammad. Aku cukup gembira dan tak sabar menanti Ramadhan ini. Masa ini lah kita akan lebih mengingati pada Allah swt...
Beberapa hari saja lagi kan..Aku juga turut menghitung hari menanti bulan puasa ini sebabnya aku nak BALIK KAMPUNG...YAHOOOOOOOOO.....rindu pada ibuku dan ayahku di kampung. Jika sebelum ini akulah peneman ibuku berbuka puasa..ayahku seperti tahun-tahun sebelumnya pasti berbuka puasa di masjid. So balik kali ini aku dah plan cuti lama sedikit..nak temani ibuku yang tercinta berbuka puasa dan masak sama-sama dengannya juadah berbuka puasa. Lepas berbuka bersamanya juga pergi ke Masjid menunaikan solat Teraweh. sambil menunaikan ibadah dapat juga bertemu dengan teman-teman kampungku...indahnyaaaa puasa di kampung nanti....tak sabar rasanya nak balik..yahoooooooo...
semoga aku dapat jalani puasa dengan baik n diterima oleh Allah...aminnnn....Buat semua teman-temanku di Blog ini...semoga kalian semua dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna..

July 30, 2009

PEREMPUAN DAN SHOPPING..

Kalau sebut Perempuan paling dekat dengannya sure SHOPPING...kalau ada duit mesti pergi shopping...dalam dunia ni mana ada perempuan yang tak suka shopping...Aku pun suka shopping...Kalau shopping pasti tak ingat dunia...tapi kalau u all nak tau....shopping lah bagus untuk kesihatan. ia sebahagian senaman buat kita. Bila kita berjalan banyak ia melancarkan peredaran darah dalam badan..so buat kaum adam ..janganlah marah kalau isteri or aweks kuat shopping..hehee..tapi kalau shoppingpun wahai kaum hawa janganlah sampai habis semua duit..nanti udah garu kepala sorang-sorang....

Aku suka sangat tengok gelagat orang bershopping ni..macam-macam. Sabtu lepas aku pergi Jalan TAR..sambil shopping sambil tengok ragam manusia..time kat JAKEL paling best...semua kaum hawa bagai lupa anak..sebab hanya ayah yang dukung anak n main-main dengan anak...si Ibu semua tengah busy belek kain dan berebut dengan manusia yang lain..Kain-kain tunggang langgang dibuatnya..hanya kerana harganya murah semua pakat borong..best sangat tengok gelagat manusia yang gila shopping ni...hehee...

Walaupun anda semua suka shopping..tapi ingatlah..berbelanja mengikut kemampuan.Jangan sampai BERHUTANG.

July 21, 2009

JEREBU OH JEREBU...

Pagi ni aku datang kerja seperti biasa...tapi bila tengok cuaca hari ni cukup sedih...kelam sahaja..jerebu yang menyelubungi makin teruk..sakit mata aku masa drive...dah hampir 3 minggu cuaca di Putrajaya ni teruk..dengan air yang agak kurang bersih dan cuaca yang terus diselubungi dengan Jerebu...Nak jogging waktu petang pun dah kurang best sebab pemandangan yang indah sukar nak dilihat.

Jerebu ni kalau u all nak tau merupakan satu fenomena yang berlaku apabila asap, debu dan zarah pencemaran lain berkumpul pada hari kering dan mengaburi kejelasan di langit..jika seseorang itu terdedah pada jerebu akan menyebabkan seseorang itu sukar bernafas...gatal pada badan dan sakit mata...so nak elaknya jagan rajin keluar rumah...banyakkan minum air kosong dan pakai topeng muka...info ni aku dapat dari wikipedia...

So bila pikir balik punca jerebu ni adalah dari sikap manusia juga yang tak pernah ambil berat tentang kebersihan. Bakar sampah secara terbuka dan menebang pokok secara sesuka hati tanpa fikirkan kesannya...Nasihat buat diriku dan teman-teman sekelian..jagalah kebersihan...cara paling mudah jaga kebersihan alam sekitar ni ialah jangan buang sampah merata tempat...Cintailah bumi ini...

July 20, 2009

SALAM PENUH KERINDUANNNNNNNN...........

Salam buat semua teman blog...salam takziah jua pada Tokma..hampir 2 minggu aku tak jenguk blog ku ini..hanya sekali sekala sahaja aku sempat melawat blog u all...kenapa yer ahmoi ni tak update blog??hehe...sebenarnya aku terlalu sibuk+menyibukkan diri....Habisja kursus BTN aku terlalu banyak kerja kena pulak sekarang ni internet pun dah tak boleh guna sangat..tempat kerja aku sekarang dah block semua facebook, friendster,youtube n macam-macam lagi..atas alasan tak nak staff buang masa...rasa-rasa semua tu boleh bantu ke masalah "buang masa" staff tu..ermmm...LU PIKIR LAH SENDIRI...

Last week aku balik kampung..member aku kahwin..pejam celik pejam celik dah ramai kawan aku yang kawen...tapi tak paaa..jodoh di tangan Allah s.w.t....balik hari isnin..saja nak rasa macam mana balik ke KL n terus masuk kerja..aku naik keretapi macam biasa...standart aku dah tu..keretapi sampai kul 1...layan mata di atas keretapi sepanjang perjalanan ..sampai KL Sentrel jam 5 pagi..ambil ERL terus balik Putrajaya...pagi ok lagi...masuk petang aku rasa ngantuk sangat...terlampau penat lastly aku tertidor dari jam 6.30 petang sampailah 6.30 pagi esoknyer...kawan-kawan rumah ku semua dah susah hati...nasib aku bangun pagi tu ..kalau takkkkkk..ntah lah...hehhee..

Balik jer aku sibuk pula dengan tarian...aku menari???tak percaya...percayalahhhh wahai teman-teman ku...heheh..aku pun tak sangka aku ada bakat menari..walaupun badan keras macam kayu...HAHAHHAA...Aku menari tarian Joget Pahang untuk satu Jamuan jabatan aku ni...baru 3 hari lepas majlistu berlalu...alhamdulillah aku dapat pujian..hehehehe...Tapi ada 1 benda yang kurang best sikit time jamuan tu..Baju glamor yang aku pakai sama pulak dengan kawan sekerja aku...adoi laaaa...malunyaaaa...bukan iras-iras tapi sebiji sama...itulah penangan bila shopping dekat Alamanda yang hanya ada 1 jerrrr di Putrajaya ni..tak pernah lagi kejadian macam ni aku alami sebelum ni...ini lah yang pertama aku terkena...makkkkkkkkkkkkk maluuuuuuuuuuuuu.....

Dua tiga hari ni pulak aku sibuk dengan mempromosi "KUIH RAYA"..tak lama lagi kan nak masuk bulan puasa n lepas tu pulak Raya..so awal-awal ni lah aku ambil peluang untuk promosi biskut raya pada teman-teman..sapa yang berminat boleh ctc aku...sedap-sedap tau kuih raya ni...ia buatan dari kenalan ku yang memang pakar bab masak..tak caya hubungi aku ..nanti aku bagi sampel tuk u all rasa....

Sibukkan aku..tapi sesibuk macam manapun aku tetap tak kan buang blog kesayangan ini...

July 10, 2009

TAMAT SUDAH KURSUS WAJIB........

Salam semua....baru hari ni baru boleh hadap Blog jap..tu pun sempat update blog jer lah..yang pasti blog-blog teman lain akan kulawati..bila??alam masa terdekat ni lah...sorryyyyyyyyyyyyy..

Kisah aku di BTN..ermmmmmmm..tak der apa yang menarik..biasa sahaja..jalani kehidupan selama seminggu seperti seorang tentera(sikit-sikit lah..)Kem yang menghadap laut cukup cantik ..tiap-tiap hari aku hanya boleh cuci mata tengok laut jer.,.tapi nak lepak dekat laut tak boleh sebab kami dalam kursus...

U all tau..aku tak pernah bangun 4 pagi untuk mandi solat subuh..tapi di Kem Sungai Sembilang, aku buatttttttttt...hehee..kami duduk dalam 1 rumah 16 orang. Ada 4 bilik..1 bilik 4 orang..sebelum 5.15a.m semua kena berada di Surau..tak ada di surau..siap...kenalah denda...Setiap hari kami belajar tentang KENEGARAAN..aku yang tak suka sejarah kena jugalah suka..

Masa 1st day sampai tu..cuak jugalah sebab sejarah bukan subjet yang aku suka..so setiap kali tayang cerita-cerita sejarah aku tido..nasb aku tak kantoi..hehehe...Tapi lama-lama baru aku sedar yang sejarah sebenarnya penting...kerana melalui sejarah barulah kita cintakan Negara. Sedih sangat aku tengok cerita 1957 HATI MALAYA...cerita betapa susahnya nak dapatkan kemerdekaan. Begitu juga Kejadian 13 Mei betapa pentingnya kita hidup bersatu padu...

Di sana aku banyak belajar..belajar erti kehidupan, perpaduan dan kasih sayang...sesuatu yang aku rasa aku tak kan dapat dari tempat lain...Bila di sana aku terfikir, remaja-remaja yang sesat tu apa yang mereka nak dan mereka fikir...andainya Malaysia ini di serang..ada ke lagi kekuatan dari muda mudi yang akan bangkit pertahankan Malaysia..fikir-fikirkan lah...

July 1, 2009

BTN...

Besok kursus lagi sekali...adoiii..baru jerrr habis kursus INDUKSI..tapi tu lah lumrah yang perlu kuhadapi bila jadi kakitangan awam...Mulai besok sampailah 6hb aku berkursus di Sungai Sembilang...SUNGAI SEMBILANG???ermmm..cerok mana lah pulak tempat kursusku ini..

Tanpa tahu jalan yang jelas..besok redahlah aku dengan rakan-rakan induksi mencari tempat kursus Sungai Sembilang.

Kursus kali ni member-member ku kata best..ermmm..tak tau lah sejauh mana bestnya..KURSUS BTN...yaaa...kursus yang digambarkan amat mencabar...so apa-apa pun akan kutempuhilah mulai besok...Doa aku happy time kursus BTN tu yer...

Pakaian untuk kursus dah settle..pinjam baju akak aku.nasibbb dia baru balik dari kursus BTN..kalau tak pening gak nak cari baju putih kain hitam ni..bukan apa..hari biasa bukannya pakai baju warna cam tu...barang lain..petang ni baru nak beli..lepas tu malam pulak baru paking...

so...aku akan tak berbloginglah sepanjang seminggu ni..byeeee...

June 29, 2009

OASIS CAFE

Semalam on the way balik ke Putrajaya dari Seremban aku sempat singgah makan di Cafe milik bekas Bos ku di Bangi Seksyen 7...sudah berapa kali mereka jemput aku makan di sana..baru semalam aku berkesempatan...

Cafe yang cukup indah dan mendamaikan..memang sesuai pada penggemar masakan barat, kerana di Cafe itu banyak menyediakan menu barat dan termasuklah makanan Itali...Aku mengorder Salmon Stick dan Rib Aye Stick...Air pula aku order chocklate Shake dan Fruit Punch..memang cukup mengenyangkan dan harganya juga cukup berpatutan..kiranya cafe ni bukanlah dibuka khusus untuk golongan elit sahaja.

Cafe yang dibuka setiap hari ni memang menyediakan hidangan yang memenuhi citarasa semua..kalau tak percaya cubalah try sekali. Selain suasana dan kebersihan yang dititikberatkan..setiap pelanggan pertama diberi kad keahlian..yang mana boleh dapat potongan 10% setiap kali datang...so apa lagi..sapa yang minat makan-makan seperti aku ..pergilah try...

Ni pic CAFE OASIS Tersebut...ni bahagian dalam..tempat ni ada hawa dingin..




Bahagian ni pula di luar...so sesiapa yang nak lihat suasana malam..ok sangat lah




Siap ada Surau lagi...



Menu menyelerakan........

June 22, 2009

TERIMA KASIH....


Kita selalu dengar ramai yang ucap SELAMAT HARI IBU..tapi Hari Bapa kurang sangat ucapan diberi buat mereka..Hadiah pun tak der pun nak diberi...Ada setengah anak tu HARI BAPA pun tak tau bila...cukup kasihan....Bagi ku bukan sahaja semalam hari bapa...tetapi sentiasa ada Hari Bapa..setiap kali aku pulang ke kampung pasti kucupan dan ucapan terima kasih kuberikan..

Bagi ku Jasa Seorang Ayah sama pentingnya dengan Ibu..Ibu penting sebab dia melahirkan kita..Ayah pula penting sebab dia pencari rezeki untuk beri kita makan dan pendidikan..Tanpa rezeki yang mereka cari itu kita tak kan pandai..kita tak kan hidup dan kita tak kan selesa. Seperti ayahku. dia bukan orang senang...dia dari sebuah keluarga yang cukup susah. Tapi dia tak pernah mahukan anak-anaknya rasai kesusahan yang dialaminya itu..Dia berusaha dengan gigih untuk memberi kesenangan buat kami sekeluarga. Dengan usaha gigih yang dicurah..kini alhamdulillah..dia kecapi kesenangan...kami juga alhamdulillah bahagia dan berjaya. TERIMA KASIH AYAH..JASA MU CUKUP TINGGI BUAT KAMI..DAN TAK KAN KULUPAINYA...

Buat anak-anak...baca lirik lagu PONDOK KECIL ini..lepas tu cari di youtube tau...sedih sangat lagu ni...


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

June 18, 2009

SEMALAM YANG MENGUJI KESABARANKU...

Sabar moi...sabar...ini lah dugaan..inilah juga ragam manusia. Manusia yang tak tau hadap dan budi bahasa..jangan layannn..nanti kau juga sama dengan mereka yang tak bertamadun ini....

Sakit hatiku...bukan kerana kekasih dikebas orang tetapi marah dengan sikap manusia yang tak ada budi bahasa. Aku booking tiket 2 hari lepas. Almaklumlah nak balik kampung lah katakan...Balik naik keretapi...sure lah semangat kalau bab beli tiket. Semalam aku pergi Kajang nak ambil tiket yang aku booking. Sampai di kaunter aku berilah password yang aku dapat melalui telefone pada pegawai kaunter..manis dan sopan...gadis manis itu tolong aku check tiketku..tapi sayang tiket tu tak da dalam senarai booking..dua kali dia tolong checkkan...lastly dia minta aku call balik centrel sebab sana urus booking. Ok ..aku call..mak aiiii...pompuan yang jawab panggilan ku itu cukup lah "TERLEBIH BUDI BAHASA"...aku nak double check sahaja...tapi maki aku dapat..Memang nak kena pompuan ni.

Dia langsung tak minta maaf atas kesalahan yang telah dia buat..Marah dan herdikan diberi...sakit sangat..tapi aku sabarrrrr...aku tak nak jadi bodoh sama. Pompuan langsung tak akui kesalahannya...dia terus letak dengan garangnyaaa...eeee...gerammmm..kalaulah pompuan ni ada depan aku..memang aku lempang sekali lah...cara seorang yang cukup tak ada budi bahasa..Penat jer menteri buat kempen budi bahasa....

Nasiblah ada tiket lagi untuk kelas 2nd klas...terubat sakit dihati..kalau tak da tiket dah sure aku cari pompuan tu sampai lubang cacing....Buat semua bernama manusia..selagi kita didunia hormatilah sesama kita..tak ada yang rugipun...dapat pahala berlipat kali ganda adalah...

June 15, 2009

HARI MINGGU YANG PALING BEST...

Sabtu 13 Jun 2009 adalah hari paling best dalam hidupku..kenapa yer???hehhee...malu lak nak cakap..tapi nak bagitau gak..hari tu adalah Harijadiku yang ke....ermmm..berapa ek..alamak..ni yang kurang best ni...huwaaaa....dah masuk 26 tahun dah. Tapi 26 hanya angka jer..jiwaku masih lagi 20 tahun jerr..hehhee...

Masuk jer 13/6 jam 12 t/malam HP aku dok berbunyi jerrr...SMS dari teman-teman bertalu-talu masuk. sampaikan aku terpaksa buat mood silent. Tapi aku tetap mengucap ribuan terimakasih pada teman-teman yang sentiasa ingat birthday aku tu walaupun tuan punya badan sebenarnya tak ingat pun..heeheheee. Semua doakan aku terus berjaya, murah rezeki dan cepat temu jodoh..aminnn...tapi bab jodoh tu harap serunya lepas ni cepat sampai...

dah hari jadi sure ada hadiahkan...hadiah paling istimewa adalah apabila kaka kesanganku yang dah 2 tahun di Jepun pulang bercuti...kakak ku tuan blog aini dan keluarga pulang cuti selama sebulan. So lepak-lepak dengan kakak-kakak ku dan anak-anak mereka adalah yang manis sekali dalam hidupku. Bila kumpul 3 anak gadis PAK RAHMAN ni so macam-macamlah halnya...Hari Sabtu dari pagi sampailah kemalam berjalannnnn jer kerja kami. Pagi shopping di Jusco Seremban malam lak makan-makan celebrate birthday girl kat Restoran Chiness Food...THANK YOU kakak...time berjalan-jalan tak ingat langsung lenguh kaki...dah sampai rumah..haaaa...pengsan dibuatnya..Ahad layan mata...sedar-sedar dah kul 9 pagi baru bangun..hahahhaa...
Aktiviti ahad berehat dirumah jer...masak-masak dan makan-makan jer. Kakak ku Aini pandai memasak..dia cukup terer..order saja apa nak makan..pasti dia akan buatkan..akak ku yang lagi sorang Azwa bab-bab mengemas cukup rajin..so bila kak Aini dah siap masak dialah tukang kemas lak..Aku??hehhe..aku kompomlah tukang makan.hahha..dan akulah tukang order pada kak aini....

Bila lepak 3 orang adik beradik ni teringat aku pada satu kisah kami ni...dulu masa kakak-kakak ku belum kahwin, kami pernah duduk 3 beradik . Time tu mak ayah ku pergi kerjakan Haji. Mak ada tinggalkan duit belanja buat kami. Pesanan mak adalah jimat-jimat guna duit..guna sebaik mungkin..hehehe..So kami memang anak yang "cukup baik". Duit belanja yang patutnya ada baki aleh-aleh bila time mak aku pulang dan tanyakan baki..langsung tak ada baki..kami telah gunakan duit tu SEBAIK MUNGKIN.hahaha...u all nak tau mana pegi duit tu..duit tu diguna main masak-masak. Aku minta apa saja nak makan dapat jerr..time tu kak aini selalu buat pizza..kek coklate..spegathi n macam-macam lagi lah...tu fasal aku punya badan pun "SIHAT"hehee..

Lepas masak-masak pagi semalam, Petang pergi ambil anak kak aini yang baru cuti sekolah di Jepun. Flight mereka 500 ptg. Rindu pada anak-anak buahku Farah n Nabila terubat juga...Riuh rendah rumah kakak ku semalam...kalau balik Perak sure mak ayah ku akan pening kepala lah...hahahhahhaa...apa-apapun aku happy sangat semalam. Tq ku ucap pada family ku yang sentiasa sayangi ku...dan juga pada teman-teman yang sentiasa menghargaiku...

June 10, 2009

AKU PELUPA....

Baru-baru ni aku pergi renew lesen kereta ku..Cuba teka lesen aku mati dah berapa lama...sure u all terkejut punyalah..dan sure tak caya lah...lesen aku dah mati hampir setahun...tak cayakan..tapi tu lah kenyataannya....Syukur tak kena apa-apa denda...yang aku dapat renungan heran dari pegawai JPJ adalah...hehee...Sure tertanya cam na lak boleh teringat lesen..ceritanya cam ni...Masa tu aku tengah kursus induksi..Aku tengah bosan..bosan sangat-sangat. So ambik dompet lusuhku..membelek segala isi perutnya...sekali terpegang 1 kad yang cukup penting....Kejap ku renung jarak dekat..kejap dijauhkan dari ku..biar betullll...Masih tak percaya..tanya pada member yang dekat padaku...memberku angguk sambil jegil mata padaku tanda marah dan terkejut.. Lihat kembali...YA ALLAH..MEMANG KAD LESEN AKU LAAAAA...LESEN KU TAK RENEW HAMPIR SETAHUN....

Bagai tak percaya aku dibuatnya..tapiiiiiiii........tulah kenyataannya. Aku teringat pada teman blogku KUTAKSEMPURNA...dia pernah lupa renew beberapa bulan...TAPI aku ni lak SETAHUN TUUUUUUUU...

Sepatutnya aku kena hidupkan lesenku pada JULAI 2008..kini dah 2009 tu. betapa tak prihatinnya aku...TERUKNYA AKUUUU...sepanjang 2009 aku telah bawa kereta secara HARAMMM...dengan lesen dah mati. Nasib aku tak kena tahan dengan PAK POLISI. Kalau tak...tak tau lah nak kata. Aku bawa kereta kehulu kehilir...dari UTARA sampai SELATAN tanpa memerhati lesen sama ada dah renew o belum...betapa tak perihatinnya aku kan...aku tak tau lahh kenapa aku suka lupa pada benda penting ini..

SO MACAM MANA YER NAK INGAT TARIKH MATI LESEN KU INI???....

June 9, 2009

GAMBAR TIME INDUKSI...



INTITUT PERAKAUNAN NEGARA




SENJA MULA LABUHKAN TIRAI...



PERSEMBAHAN MAJLIS MAKAN MALAM




AKTIVITI RIADAH...SUKANEKA..BEST TAU TIME NI.

SIBUKNYA CUTI KU...

Maaf sesangat-sangat sebab janji nak letak pic kursus aku tu..tapi haaa...tak letak-letak pun lagi. Bukan apa, aku terlalu sibuk dengan kerja dan hal family (ayat cam aku dah kawen jer...hahahha)...habis jer kursus kerja bertimbun perlu siap dengan segera..Hari cuti pulak kena penuhi undangan majlis perkahwinan teman-temanku...Hari ni baru lerrr aku sempat nak update blog aku ni....Kalau bercakap hal kerja pencen nanti aku rasa baru boleh stop kot...heheh..so tak mau laaa aku story hal kerja kat sini...Aku nak story hal hari cutiku.

Hari sabtu..aku ada undangan perkahwinan bos aku kat Bangi..meriah betul kendurinyaaaa...kalau ikut hati, banyak lagi undangan yang aku terima..tapi kenduri ni jer lah yang aku sempat hadiri pun. Sebabnya aku dah janji dengan budak rumahku nak teman mereka shopping dekat Jalan TAR. Selesai kenduri balik ambik member aku p KLCC n Jalan TAR. Now rumah aku ada budak baru join so bawa dia jalan-jalan lah kiranya....KLCC biasa saja...nama pun MEGA SALE so pa lagiii berduyun manusia kat KLCC...Jalan TAR pun sama gak, aku sempat masuk Gedung kain Gulatis...kena lak time memang tengah lelong kain..pa lagik..tak tau aku nak pilih kain sebab aku nampak orang lagi banyak dari kain...adoiiii..sesak nafas aku dibuatnya...tapi sesak-sesak pun we all tetap enjoy..adatlah ..pompuan lah katakan...heehe

Ahad...kakak kesayangan aku yang duduk di Jepun balik...besttttt sangat cz rinnnnnduuuu sangat dekat dia. Yer lah kan, lama tak jumpa..dah 2 tahun tak jumpa. Dia balik sebulan nilah nak manja-manja dengan akak aku yang sorang tuuu..hehhee...Malam masa aku call, mak bagitau durian dah luruh. WOW...lagi buat aku meronta-ronta nak balikkkk...tak paaa..sabar jap....lagi seminggu aku akan balik punyaaaa..macam mana pun aku akan balik juga sebab aku nakkkk makan DURIAN..hehheee...Sibuk macam manapun aku tetap ingat blog n member blog ku ini...

June 1, 2009

KEMBALI BERBLOG....

Salam buat semua...hari ni aku kembali bekerja setelah hampir sebulan aku dikurung di IPN, Sabak Bernam mendengar ceramah..hehehe..tapi kan bila masuk balik kerja..YA ALLAH..bertimbun beb...adoiiii...ngan nak jawap soalan audit yang bertimbun n semak akaun lah..buat surat itu ini lah..buat aku fening saja... Sebulan induksi memang macam-macam aku rasa..ada yang manis cam gula..pahit cam hempedu pun ada...u all tau...1st time sampai IPN..aku rasa macam orang terbuang saja..yer lah..tempat kursus aku tu jauh nuuuunnnnn di ceruk Sabak Bernam..Tiada kampung yang berhampiran..yang ada hanyalah laut, hutan dan Politeknik Sultan Idris..tu pun 1KM dari IPN...Tapi walaupun di ceruk kemanisan tetap ada setelah dua tiga hari duduk di sana... Nama lagi kursus kan..so tak kan lekanglaaa dengan aktiviti ceramah...dari pagi sampai malam hari-hari dengar ceramah dan LDK (Latihan dalam kumpulan)..time LDK group aku lah paling gelong n glemor..hehehe...Time induksi ni setiap peserta WAJIB buat Pengucapan Awam...masa ni lah semua tak leh tido malam n tak lalu makan..tapi aku tetap setia dengan makan..hehehe. Semua peserta hebat masa pengucapan awam tu..kecut perut aku dibuatnya...almaklumlah...aku ni kan PEMALU...hahhaa....pening mencari tajuk dan topik nak dibentang..akhirnya lagi 2 hari nak pengucapan awam aku dapat tajuk agak best..dan atas sokongan yang diberi oleh teman-temanku, aku berjaya lakukan yang terbaik masa tu... Time kursus..tido cukup kurang...sebab we all juga ada Majlis Makan malam pada 22hb...Majlis tu cukup bermakna buat kitorang..Aku yang tak pernah berlakon aleh-aleh kena berlakon...adoiii maluuunya...tapi buat tak malu jap lah..hehe..Alhamdulillah..majlis makan malam tu berjalan lancar dan dapat pujian dari Pengarah...bayangkan dalam masa tak sampai 2 minggu kami perlu buat yang terbaik tuk majlis tu. Aku adalah orang yang bertanggungjawab mengurus kelancaran persembahan pentas. Syukur sangat-sangat sebab semua peserta kursus cukup sporting n bagi komitmen yang baik...i love u all... Time riadah...aku ngan member banyak habiskan masa dekat Pantai mencari kulit kerang. Tenang rasanya bila hadap pemandangan laut nih. Dekat IPN ada disediakan basikal..so dengan basikallah aku ngan member yang lain merayau...dari pantai sampailah jalan-jalan lihat kampung orang sabak bernam. Kampungnya cukup cantik ngan penduduknya cukup ramah n baik. Lagi 4 hari nak balik Putrajaya, aku dapat minum air kelapa cukup puas. Sabak Bernam yang kaya dengan Pokok Kelapa memang best. Aku ada berkenalan dengan sorang makcik ni. Dia jamu air kelapa sampai tak terminum dibuatnya. Memang puaslah aku layan air kelapa masa di sana.. Kini bila kembali ke Putrajaya..semua tu adalah kenangan terindah yang tak mungkin aku lupai. Cukup indah dan tenang berada di sana...dan aku pasti akan kembali ke sana dalam beberapa tahun lagi....I LOVE IPN... gambar aku kat sana besok-besok aku letak yer...

May 10, 2009

AKU SEMPAT...

halloooo...semekom semua....hahahhaa..hari ni aku curi-curi guna komputer kat lab. Aku kan budak yang baik..so sempat lah aku curi-curi jap..ni pun fasal meneman member aku print kertas kerja...

Aku sekarang ni kursus Induksi dekat IPN(Institut Perakaunan Negara) Sabak Bernam.duduk lah aku berkursus setiap hari sampailah 28hb Mei ni. Jauh dari segala benda yang memeningkan kepala aku. First sampai sini aku rasa cukup terseksa..bayanglah ...IPN ni jauh dari segala kemajuan. Kiri kanan hutan...ada lah laut sikit...pendek cerita kalau keluar malam jumpa babi hutan lah jawapnya. Tapi lama-lama cam best lak duduk sini...

Semalam hari cuti wesak. So masa ni lah aku ambil masa riadah. Aku n member yang lain kayuh basikal keliling kawasan IPN...lepak-lepak tepi pantai sambil cari kulit kerang...best gilaa...n paling best bila dapat lihat macam mana orang kampung sini cari kerang. Aku tak sempat lagi nak upload pic sebab masih dalam berkursus.

Lusa aku kena membuat pengucapan awam..adoiii...senak perut aku. hehehe..gabra laaa pulak kena buat pengucapan awam ni.Tapi apa-apa pun aku tetap kena buat juga.
Buat semua teman yang bergelar ibu..SELAMAT HARI IBU AKU ucapkan...byeee...

April 30, 2009

TUTUP DUNIA BLOG SEBULAN...

Yahoooo....besok 1 Mei. So apa lagi kalau bukan hari pekerja kan...aku sebenarnya no story nak share ngan u all..tu yang nyepi jer tu.hhee..tapi aku tetap layari blog2 u all semua...Ok lah...aku nak ucapkan SELAMAT BERCUTI buat u all yang bekerja. Apa sahaja kerja hargailah ia. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja...Ada setengah teman-temanku yang agak memilih kerja...mereka anggap bila dah ada diploma o degree kerja taraf SPM tak boleh apply dah..halloooo....kalau korangnyer result tak power jangan lerrr berangan nak kerja yang power gak. Kerja jer apa pun janji halal. Kalau rasa susah sangat nak kerja taraf kecil sikit ni baik buat business..sure masyuk kalau menjadilah..

Masa awal-awal aku masuk ke jawatan ni..ada sorang tu tetiba tak nak lak. Sebab dia kata kerja kerani no class...ewah-ewah..dia ingat jadi penganggur tu bagus sangat ker. Hingga sekarang ni dia still lagi dok tanam anggur yang tak berbuah tu...ermmm...manusia..manusia.

Kerja lah dan cari lah rezeki yang halal. start dari besok blog ini akan sunyi tanpa sebarang story. Dan juga aku tidak akan lawati blog u all sebulan. sebulan jer..sebab aku kena pergi kursus induksi. hehehe..adatlah kan kalau nama staf gomen n baru masuk ni kan...so salam rindu n sayang buat semua..MUUUAAAHHH..

April 21, 2009

AKU DAN KUIH GELANG.....

Kuih gelang??kuih per tu....kalau u all nak tau kuih gelang tuuu ialah kuih keria...alaaaa yang buat dari ubi tuuuu n di salut dengan gula tuuuu....tapi tempat aku panggil kuih gelang..Sedap tau..hingga menjilat jari..hahahhaa...

Semalam aku teringiiiinnnn sangat nak makan kuih gelang. Nasib masa aku balik haritu ada sikit ubi keledek aku bawa balik sama. So pe lagi lepas magrib tu aku n member aku start lerrr operasi buat kuih gelang niiii...Kalau korang nak tau..aku ni langsung tak pernah buat kuih ni...just tengok mak aku buat n makan ada lah...hehehe...

Malam semalam buat lah aku dengan bersungguhnya. seperti yang mak aku ajarlah...best juga buat kuih ni sambil main-main tepung ngan member rumah aku. Uli punya uli last-last jadilah rupa kuih gelang tuuu..tapi kuih lerrr baru ada rupa. Sedapppp...ok lah kiranya..hehehepuji diri jap.

Bila dah buat kuih nya sure kena pula buat gulanya. Alamak..yang niiii lah aku fail. hahahahhaa....Sebabnya gula aku tu tak jadi cantik. Jadi ketul-ketul..kenapa ek???boleh tolong bagitau sebab tak kat aku. Memang tak sama lah ngan mak aku buat. Tak gebu macam kuih mak aku...hehehhe.....nak publish pun tak jadi...sebab malu weh...memang tak jadi...kuih pun half nak hancor cz aku dok kacau dia...heheheh....so nasihat aku..buat teman-teman yang macam aku ni lain kali bila mak kata turun dapur tuuu so rajin-rajin lah turun dapur yerrr...hehehe....

April 14, 2009

KEMBALI BEKERJA

Hari ni dah kena masuk kerja balik...adoi laaaa...lemahnyerrr rasa nak masuk kerja balik. Almaklumlah dah bercuti kat kampung lama sikit..hehehe...Sure u all nak tau kan cam na cuti ku...YAHOOOOO...Best weh...rasa macam malas dah nak balik Putrajaya ni.hehehhe...Tapi nak buat cam na..kerja tu perlu..kalau tak kerja no money laaaa..kan..kan..

Ok ...sambung balik fasal bab cuti ku. Jumaat, lepas kerja terus cabut pergi KL Sentral. Sampai jer situ aku blur..blur jap. bukan per..aku kan tak pernah naik keretapi so poning gak lah aku mencari tempat naik keretapi..Last2 aku p tanya pakwe hensem yang kerja kat kaunter pertanyaan. Korang tau. rupanye punyalah ramai manusia yang naik keretapi. Sampai bersila diorang tunggu beb. Naik keretapi ni aku cakaplah walaupun keretapi tuuuu bergerak lambat tapi servicenya cukup bagus. Bila kretapi tu delays..akan diinformkan. kiranya kita ni tak lah tercangak bangak sangatkan..Aku sampai jam 1 pagi..sepatutnya kalau tak delay 12.30 tengahmalam dah sampai dah. Mujur ayahku setia menantiku..tq ayah...

Sabtu..aku ke Ipoh. Ada kerja sikit di sana. Sambil tu sempat gak aku jumpa member di Ipoh. Lepak-lepak pekena Len Chikang special yang just ada kat Ipoh jer. Tempat lain tak special di Ipoh sebab gerai tu LenChikangnyer ada Telor burung puyuh. Best tau..hehee..Petang pulak seperti biasa..perjumpaan geng old school aku.macam biasa..perjumpaan diadakan di Gerai laksa bawah pokok. Sejak aku tak da ni..perjumpaan hanya dibuat bila aku balik jo lah. Bukan buat per pun..just makan2 sambil borak2 anyam ketupat..hehhee..

Ahad aku ikut mak ayah aku pergi kebun. Lama tak p kebun sakit pinggang aku dibuatnya.Tapiiii..syok weh p kebun..Habis cili-cili padi@cabai burung aku kutip...ubi keledek yang mak aku tanam pun sempat aku cabut..Best sangat-sangat..terasa nyaman dan tenang jiwaku bila di kampung...Sebelum balik...sempat aku buat "Tempoyak masak" buat bekalan ku balik ke Putrajaya.

Isnin Petang barulah aku pulang. Banyak juga hasil kampung mak aku kirimkan buat teman-teman rumahku..tak larat aku nak heret...tq mak tq ayah sebab beri ole-ole kampung..hehee...aku sampai Pudu jam 6.30 petang...bas aku naik tuuu lembap sangat-sangat. Banyak tempat dia singgah ambil penumpang..Lepas niii aku dah bagi COP MOHOR tak mau lagi naik bas tu dah...Mak aku susah hati..yo lah sebab masa tuu kan ada kemalangan melibatkan bas. Syukur bas yang aku naik tuuuu selamat. Tapi tetap aku tak mau dah dengan bas tuuu sebab terlebih lembap. sepatutnya 3 jam perjalanan sampai..ni sampai 5jam perjalanan baru sampai PUDU.

Memang aku rasa nak pengsan sangat-sangat dah...Dalam penat der satu kejadian berlaku padaku. Aku terjatuh weh dekat dengan rumahku...adoiiii..malunyerrr..tapi nasib budak-budak lepak tak pandang aku. Sebab aku pandai berlakon..hehhe..time aku jatuh tuuuu aku buat2lah macam tengah angkat beg aku yang berat tu...almaklumlah jatuh terduduklah katakan..hehehe...tapi aku happy sangat bila balik ke kampungku...rinduku kini terubat buat ibu ku...tu lah ceritaku...cerita balik kampungku buat tatapan u all...

April 10, 2009

RINDUKAN KAMPUNG.........

Salam buat semua..lama dah aku tak balik ke kampung ku. Macam mana lerrr rupa kampung ku sekarang. Aku rindu nak jumpa mak ayah ku..nak ikut mereka pergi kebun lihat tanaman-tanaman di kebunku. Nak lihat pokok kacang buncis yang mak ku tanam di belakang rumah...pokok sawit dan nenas yang ayah aku tanam di kebun...dan nak makan laksa yang paling best kat sungai siput. heheeh

Last week aku sempat pergi ke Bangi pekena sup bawah pokok. Cukup glem gerai ni...apa taknya rata-rata pasti tahu gerai sup ni. Dia ada sediakan sup ayam...sup daging..sup kambing dan macam-macam lagilah. Bila makan kat situ..terpanggil-panggil aku tuk pulang ke kampung halaman ku...Sebabnya situasi gerai tu sama dengan di Kampungku. Bezanya hanyalah menu sahaja. Sebab menu di Kampung ku adalah laksa. Tapi di sini Sup. Sapa tak penah pekena lagi sup bawah pokok tu baik try..memang best...dengan pekatnya..fuh..memang terangkatlah..hehehhe...

Malam ni aku balik naik keretapi. Last aku naik masa aku study kat Peneng. Tu lah last aku naik. Cam ner ek..takut gak..tapi hentam sajalah..hehehe...Sure der tanya apsal tak naik bas...aku der 2 reason....1st sebab naik keretapi lebih ekonomi. Baru 12 RINGGIT..kalau naik bas RM17. Tu lak just sampai Ipoh jer. Tapi Keretapi RM12 sampai terus ke Sungai Siput. Kalau nak ikut cepat memang keretapi lambat. Tapi kalau aku pilih Bas satu masalah besar aku time nak sampai rumah lak. Sebab tak da sapa yang dapat ambil ku kat Ipoh tu...Aku tak mau lerrr jadi pengemis tido kat stesen lak..cukup-cukup lah zaman aku belajar dulu jer...

Aku harap aku selamat sampai ke rumah mak ayah yang ku rindui itu.

April 6, 2009

OPERATION IBU DAN KISAH SABTU...

Salam buat semua...maaflah sebab tak tunai janji. Dah berminggu baru nak update..aku agak busy sikit dengan kerja(saja2 buat sibuk sebenarnya...hehehe).Aku pernah janji tuk story fasal operatoin mak aku. Alhamdulillah...mak aku selamat operate tapi bukan mata lagi..sebaliknya saluran ke mata di hidung. Mak aku sebenarnya ada masalah pada saluran hidung itu, dekat 3 jam nak buat saluran yang tertutup tersebut. kasihan ibuku..dah tua-tua kena operate laser lak. Tapi alhamdulillah..semuanya selesai. Tapi tu baru part hidung..mata belum lagi. Lagi 2 minggu mak aku operate mata lak.Harap semuanya berjalanlancar.

Cuti minggu lepas aku keluar ke KL. Ada cerita bes berlaku. Time keluar tu aku just dengan Amal. Berdua saja..Dila member rumah lagi sorang bawa adiknya jalan-jalan.Lagipun dia kata nak balik rumah abang dia kat Damansara..So tak bajet langsung pun yang dia balik rumah. Petang bila aku sampai rumah..terkojut den..rmh tak berkunci...menung jap aku ngan amal kat luar rumah...seingat aku kunci rumah ni..ermmm..pelik...nak masuk rumah punyalah ketaq kitorang ni...tapi alhamdulillah...rupa-rupanya dila balik rumah bawa adik dia lepak rumah kitorang....dah masuk rumah baru aku tengok sms dila bagi...adoi laaaaa.....

March 30, 2009

EaRTH HOUR...




Earth Hour...pertama kali di buat di Malaysia..Hampir semua tempat di seluruh dunia ini bergelap selama sejam untuk dari 8.30 mlm sampai lah 9.30 mlm..so u all sapa ada sahut kempen ini??...aku..yaaaa..aku pun turut serta bergelap masa tu..anak sedara aku lah yang cukup bersemangatnya.Belum 8.30 mlm lagi dia dah ready nak tutup semua lampu di rumah...Cukup bersemangat budak ni...hehehe....

Cukup 8.30mlm..yaaaa....lampu dirumahku tutup. Tapi bila diluar rumah..aduh..sedihnyaaaa...tak ramai yang sahut seruan ini...adalah beberapa rumah yang turut serta...So u all rasa kempen ni berjaya ker???

Aku rasa....kurang berjaya lah kempen ni. ramai yang tidak tahu apa pentingnya kempen ini. Kalau yang menyahut tu pun setengah nya hanya suka-suka saja. Macam nak sambut tahun baru pun ada juga...langsung tak tau apa maknanya kempen tersebut.
Ada yang tutup lampu...tapi kipas dan television tak tutuplak...so still lagi lah tidak menyahut seruan kempen bagi aku...betul tak??so hope tahun depan kempen sebegini diteruskan dan diberi informasi dari awal apa itu Earth Hour ini..Dan aku harap juga agar banyak lagi badan-badan swasta yang turut serta lagi. bukan sekadar kempen tetapi turut bergelap selama sejam........

psst...apa u all buat hari minggu..aku berkumpul satu keluarga. Mak aku ada operation sabtu lepas..operation apa??besok aku story ek..byeeee...

March 24, 2009

SI LURUS...

Bercermin mata tebal...mata terkebil-kebil..rambut gaya budak baik dan berjalan penuh mesra...sentiasa menyapa sesiapa sahaja yang dia bertemu. Baik sangat dia ni..tapi kasihannya sidia ini seorang yang lurus.

Tak tahu menipu atau kelentong..asyik dia saja yang kena kelentong. Asyik dia sahaja yang terkena dengan teman-teman sekerja. Bukan dia tak bijak tapi dia ni jenis yang blur. Kalau berborak dengan dia pun kena sembang baik..tidak boleh merapu. Kasihan aku lihat akan sahabat aku yang sorang ni....

Semalam dia terkena dengan kawan baik dia. Si A ni memang kaki mengusik. Dia bagitau pada mamat ni yang bos nak jumpa. Mamat ni pun dengan kelam kabutnya terus ke bilik bos. Sampai di bilik bos..bos bagitau yang dia tak der nak jumpa Mamat ni pun. Malu dia...jalan tunduk sahaja keluar dari bilik bos.

Bila aku tengok mamat ni...tertanya aku, kenapa mereka ni terlalu lurus. Kenapa orang lurus ini tak tau bezakan yang mana tipu dan betul. Nak kata pendidikan kurang...rasanya kebanyakan mereka berpendidikan. Kurang pergaulan..aku rasa mereka ni pun ramai kawan juga...tapi mereka ini memang baik...

Ada tak teman-teman blog ku yang lurus...bagi pandangan sikit tentang orang bersikap lurus ni..baik tak sikap ni bila berterusan...

March 16, 2009

KEJAMNYA MANUSIA....



Hai salam...cuba lihat gambar di atas ini betul-betul...aku ambil pic ni dari surat khabar Berita Minggu...sedihnya hati bila melihat cebisan janin di atas jalan...Aduhhhh..kejamnya manusia..Sanggup buang anak yang tak berdosa itu. Apakah perasaan si ibu itu masa membuang janin yang dah cukup sifat itu???...

Setau aku lah..bukan senang nak lahirkan anak..tapi manusia zaman moden sekarang ni mudahnya buang anak sesuka hati. Dah macam zaman Jahiliah pulak aku lihat.Kalau zaman Jahiliah dulu buang anak sebab tiada agama yang dipegang..tapi kini sudah ada agama yang diikuti..tapi....tak kisahlah agama apa yang diikuti, tapi apa-apa agama pun setahu aku memang tak benarkan buang anak. Betultak??...

Tapi ntahlah..manusia..tak pernah ingat adanya dosa dan pahala. Time buat maksiat langsung tak tau malu..tapi bila dah boyot mulalah pikir buang anak tu..Anak yang tak berdosa jadi mangsa...

Aku ingat pada seorang temanku..Dia punya kawan yang telah mengandung anak luar nikah. Cukup ku letak S pada perempuan itu. S masa tu dah memikirkan untuk gugurkan kandungannya...tapi syukur sahabatku itu cepat halangnya. Tapi S tetap tidak mahu anak itu..sebabnya adalah malu..Sekali lagi sahabatku selamatkan dengan setuju menerima anaknya.S langsung tidak pernah ambil tahu akan anaknya itu...sampailah anak itu berusia setahun..S kembali menuntut anak itu..dia hadir bersama keluarga. Tapi disebabkan dia dah tandatangan setuju beri terus anak itu pada sahabatku, akhirnya dia sudah tak perolehi kembali anak itu. Alasan yang diberi masa tuntut anak itu hanya kerana ibu bapanya dah tahu akan kewujudan anaknya.Hanya kerana itu saja dia nak ambil anak itu..bukan kerana sayang atau kasih pada sikecil yang comel itu. Tapi kerana keluarganya.. manusia apa kah ini???Sedih sangat..aku rasa sedih sangat-sangat pada anak tak berdosa itu. Buat remaja yang bercita-cita nak gugurkan anak atau buang anak...sebelum buang tu lihat dulu anak comel itu...lepas tu fikir pula kesakitan masa u all mengandung dahulu. Dan ingatlah akan dosa dan pahala..

March 11, 2009

BALIK KAMPUNG....

Salam buat semua...dan selamat menyambut Maulidurrasul.Lama dah aku tak up-date blog ni...Bersawang dan bermacam benda dah ada..hehehe...Aku agak busy sikit dengan kerja di pejabat..baru hari ni aku agak kelapangan.

Sempena Maulidurrasul, Aku ambil kesempatan balik kampung...Yahooooo..best tau. First plan aku nak balik hari jumaat..Tak sabar punya fasal..tapi bila kenang balik time sampai ipoh jam 12 tengah malam so aku tukar fikiran balik keesokan harinya..Ambik bas kul 7.30 pagi tuuuu..hehehehe...

Keesokannya..hari sabtu jam 6 pagi lagi aku dah keluar rumah. Tapi bas tak ada. Nasib baik lah rumah aku dengan PutraERL dekat je so aku ambik keputusan jalan kaki sajalah...Nasib baiklah pagi..kalau tengah hari sure aku tangguh perjalananku ini..6.30 pagi aku naik ERL ke Bandar Tasik Selatan. Tapi kan....agak malang sikit buat ku, Aku terlajak terussssss ke KL Sentrel. Adoi laaaaa.....tu lah fasal..sapa suruh tido dalam ERL tuuu..kan dah terlajak...

Nak naik train lain aku rasa lagi lambat..so ambik keputusan naik train yang sama juga lah. Aku bersyukur sebab masa sampai di Bandar Tasik Selatan jam masih awal lagi dan LRT ke Stesen bas PUDU pun sampai awal. So alhamdulillah..maraton ku tidak sia-sia sebab aku sempat kejar bas balik Perak. Syukur sangat-sangat sebab bas belum gerak lagi...

Lama dah tak naik bas..so agak penat jugalah. Aku kena naik sampai 3 buah bas baru lah sampai ke KAMPUNGKU SNAIL RIVER a.k.a SUNGAI SIPUT....apa-apa sajalah janji aku dapat bertemu dengan ibu bapa ku...

Ahad...aku tak da aktiviti sangat..duduk di rumah jer. Petang baru aku keluar jumpa kawan-kawanku. Ada sorang kawan ku bela ikan talapia merah. So petang tu lepak kat kolam dia lah. Best sangat lepak situ..angin sempoi dan dapat ikan freeeee...hahaha...aku sauk sendiri ikan tau..best lah kiranya..

Bila balik kampung benda wajib aku cari ialah LAKSA..yaaa..laksa gerai bawah pokok tu lah aku cari. Isnin petang aku dengan geng old school lepak gerai laksa tu. Sedappppp sangant-sangat dan lepas rindu ku ini...rasa time tu macam tak mau jerr balik Putrajaya. tapi kerja tetap kerja. aku terpaksa akur pulang ke Putrajaya. Selasa aku pun balik dan hari ni aku mula kerja balik....apa-apa lah...aku harus kerjaaaa....

February 25, 2009

MANUSIA DAN HUTANG...

"Kain ni murah jerr...rm200 boleh bayar 2 kali"...kata sipenjual
Kata pembeli.."Alaaaa...aku nak tapikan ..ermmm...tak mampu laaa..."
Penjual..."Ok..ok...ko aku bagi 3 kali bayar..amacam??"
Pembeli.."ok gak tu.."
(Ha..kan dah berhutang)

Tu lah manusia..kalau tak berhutang memang tak sah..Aku pun sama gak..hutang kereta..hutang belajar...ermmm...tu aku.Tapi alhamdulillah...setakat ni masih mampu lagi bernyawa dan berbelanja lagi..

Tapi ada juga setengah tu seumur hidupnya hutang jerrr...sampailah tak termampu nak bayar..lepas tu pinjam duit lak pada ALONG..bertambah-tambah lagi hutang ada laaaa...
Manusia berhutang yang aku nampak sebab habit..dan kebanyakan yang suka berhutang ni kakitangan kerajaan..bukan aku nak ngutuk teman sekerja tapi tu lah kenyataannya...Pantang ada teman-teman yang jual barang macam Kasut, Baju, perabotlah & macam-macam lagi lah..tak pernah nak tolak walaupun duit dah pokai..pasti nak juga belinya...Tulah yang aku lihat di kalangan kakitangan gomen ni..Akhirnya bila sampai gaji tolak hutang saja lah..tu lah yang berlaku...
Kalau mengomel pun pasti fasal hutang saja..tiada yang lain.

Aku masih muda lagi..tapi aku akan cuba pegang nasihat ibuku...katanya"kalau tak terdesak jangan nak biasakan diri berhutang..hutang hanya akan makan diri saja"..

February 23, 2009

KERANA AWEK...




Semalam dalam akhbar telah terpampang kisah kematian seorang remaja yang telah dibelasah 24 orang remaja lain hanya kerana rebut seorang awek...

Fuh..dahsyat sungguh..hanya kerana cinta monyet bin kera sanggup bunuh membunuh tanpa fikirkan masa depan sendiri...Apa nak jadi lah dengan remaja sekarang ni..Buat remaja sekelian..u all tak fikir ker yang cinta zaman sekolah ni tak kemana pun..Memang lah ada yang kahwin lepas sekolah ..kawan-kawan aku pun ada juga ikut jejak tu tapi sebelum tu mereka masih fikirkan masa depan dulu.

Awek@ makwe zaman sekarang ni tak pandang cinta jer semata-semata...baik yang dok sekolah menengah sampailah dah tua ni pun rata-ratanya pandang duit juga..sebabnya tanpa duit tanpalah kebahagiaan...

Sepatutnya masa sekolah ni tak payahlah bergaduh kerana perempuan..buat malu jer..Tengok macam kes yang masuk paper tu...aleh-aleh diri sendiri juga yang susah..dah kena tahan polis dan masa depan pun gelap..Kasihan sungguh aku dengan remaja-remaja sekarang ni..

Dulu aku ingat bila dah masuk zaman serba serbi canggih ni insyaallah remaja banyak yang baik tapi sayang lagi bertambah buruk pula perangai anak remaja kini...Yang paling aku kesali ialah yang sesat barat ni kebanyakan adalah remaja melayu..Buat anak remaja jadilah dunia remaja mu ini indah..jangan hancurkan dunia remaja mu..memang dunia remaja sekali aja..so disebabkan sekali itulah kita kena hargainya..jangan lukiskan masa depan kita dengan kesedihan sahaja....

February 18, 2009

AWARD




Ni award dari akak tomei ku kak ieba..tq so much akak tomei yg kebelakangan ni tak brapa nak sihat....so aku pun nk panjang gak award ni pada member blog yang lain..so kalau singgah, jang malu..jangan segan..ambil yerrr..

February 16, 2009

KURSUS KAHWIN...

Wow tajuk....ish..biar betul..hehehe...

(Bualan aku dengan mak aku melalui telefon jumaat lepas)
Mak : "Minggu ni ko pergi mana...merayo lah tu..."
Aku : "Tak...minggu ni nak gi kursus kahwin."
Mak : "Ha..!!kursus kahwin..ko nak kahwin ker??ish..ko kawan dengan sapa nih..
Aku : saja jerrr......

Tu mak aku nyer kejut bada...kakak aku pun sama jugak..yerlah aku ni pakwe tak der tetibalak nak gi kursus kahwin..tak ke haru..hehe

Tapi tu lah kenyataannya...Sekarang ni kan ke wajib. dan sijil kahwin tu pulak laku hingga akhir nyawa kita..aku ni boleh pergi pun sebab temani kawan aku yang nak kahwin tak lama lagi. So dah alang-alang neman tu per lagi ambil lah sekali...

Kursus dua hari tu memang bagus sekali. Bagi yang nak berkahwin ia banyak membantu dalam menguruskan rumahtangga...untuk pastikan kebahagiaan buat selamanya..bagi yang belum bertunang atau ada sesiapa lagi macam aku nih...status bujang maa..kursus tu dapat bantu dalam pilih pasangan..

Bila aku di sana aku baru sedar betapa pentingnya perkahwinan dan ciri-ciri lelaki yang boleh dibuat suami..Satu infomation yang aku dapat di sana yang amat penting sekali ialah dalam hidup ini nakkan kebahagiaan perlulah patuhi arahan Allah..dan cintailah Allah dahulu sebelum cintai manusia...

Lagi satu ialah..pegangan tangan..sebab kenapa diharamkan pegang tangan. U all rasa apa ek? sebab memang haram..Ustazah di sana bagitau aku kalau pegang tangan sebelum kahwin auranya bila sudah berkahwin akan berkurangan. Kita tidak akan rasai fell kahwin yang sebenar..tu kata penceramah kursus tu lah...

Tambahan lagi satu tuk kebahagiaan ialah SOLAT..solat tu cukup penting. Baik nak berkahwin atau masih bujang solat kena jaga (tapikan aku pun kekadang terbabas gak...)solat tulah yang akan beri kebahagiaan dalam kehidupan kita. Jika marah pun solat juga yang dianjur..maknanya betapa banyaknya nikmat solat tu kan...

So aku rasa..sapa-sapa yang belum hadiri kursus kahwin tu baik pergi..banyak ilmu kita akan perolehi tuk diri sendiri dan kehidupan kita...

February 13, 2009

AKU DAN DR. GIGI..

Hari ni jumaat..yeaayyy..esok cuti.hehehe...boleh layan mata...jazzz...

Last week cuti taipusam..so aku cuti 4 hari. ish..ish..dah masuk kejer banyak hari baru nak story bab cuti lepas..hehe..baca sajalah yerrr..bukan perrr cik moi terlalu sibuk kebelakangan ni...malam-malam tak online so time rehat cam ni jer lah aku nak update blog ni pun...

Ok..sambung balik...last week walaupun cuti tapi aku kurang happy cikit. Sebab aku sakit gigi..HUWAAAAAAAAAAA....tapikan dalam dok sakit gigi tu sempat lagi aku berjalan.hehehe..dari putrajaya ke Seremban. Dari Seremban lak ke Teluk Intan..hehehe...tapi jalan time sakit-sakit ni nikmatnya kureng sikit..Aku pergi Teluk Intan pun sebab nak jumpa abang ku dan mak ayah ku..tu saja..sempatgak lah jalan-jalan tengok menara condong tu..tapi gambar nanti-nanti lah aku upload kan yerrr..faham-faham sajalah keadaan ku di sini yerrr..hehe..

Aku ke Seremban hari sabtu..time tu gigi aku dah kurang sakit sikit..Ahad pun kurang jugak lah tapi bila dah balik dari berjalan sakan ku itu..ADEHHHHHHHH....aku tak leh tido malam...huhuu..gigi aku sakit sangat..last-last isnin aku pergi jugalah cabut. Aku ni memang penakut dengan dr.gigi..ntahlah kenapa..masa aku sekolah rendah lagi aku selalu lari dari jumpa doktor gigi. Pernah sekali masa sekolah rendah dulu aku perlu cabut gigi geraham..tapikan aku lari..ewah..ingat tak kena dah..aleh-aleh masa aku sekolah menengah aku kena juga..lagi malu sebab dalam rekod tertera aku lari dari pemeriksaan doktor..hehehe...

Hari isnin hari tu dengan hati tak syoknyer pergi gak lah...selamat sudah gigi aku ni di cabut. Tapikan sampai laaa ni belum baik lagi..adehhh..apa nasib lerr aku nih..

February 5, 2009

KUASA KAWAN....

Hidup ni perlu ada kawan..tiada kawan sunyi sepilah hidup ini umpama kera di hutan..Kawan ini seperti magnet..dia boleh tarik kita sama ada nak jadi baik atau jahat...

Ada setengah orang kata...kawanlah dengan siapa sahaja..tapi jangan ikut. Tapi....kita manusia. Baik macam mana kita ni kalau jumpa kawan yang hampeh kita pun pasti jadi macam dia juga..Yang pasti iman didada yang tak kuat sebenarnya...

Aku percaya benda ini..sebab sahabatku dan aku sendiri pernah alaminya.Dulu aku pernah jumpa kawan yang perangainya nakal...dan aku akui yang aku juga turut terpengaruh..Walaupun tak seteruk mereka..tapi sikit-sikit ada juga sikap nakal ituuuuuuuu....Aku mudah terpengaruh mungkin kerana sikap diriku yang agak memberontak dan masih mencari sesuatu...

Tapi kini..bila usiaku makin "muda"...aku baru sedar akan silapku..Mungkin juga kerana aku jumpa sahabat-sahabat yang berperangai baik pula di kota batu ini...Ibu ku juga terkejut bila sepanjang cuti 4 hari aku hanya duduk di rumah bersama teman-teman rumahku...Kawan-kawan aku juga berasa heran...Yerlah..selalunya kalau cuti akulah manusia yang tak pernah duduk di rumah..pasti aku akan merayau ikut teman-teman dan pulang lewat malam...

Kini semua aku tinggalkan..kalau keluarpun hanya sesekali sahaja...itupun keluar shopping atau jumpa teman pergi minum di kedai-kedai sahaja. Banyak masaku kini habiskan bersama teman di rumah atau rumah kakak dan abangku andai aku tak pulang ke Perak. Bila di rumah..aku sudah ada hobi baru..iaitu memasak..hehhe..walaupun tak pandai sangat memasak..tapi aku suka buat..nasib baiklah teman-teman rumahku pula suka makan..so tak sedap sangat pun mereka tetap makan habis punya..hehehe...lagi satu yang aku suka buat adalah hias bilikku dan kemas rumah...mungkin ini adalah rumah ku tinggal so aku sure nak yang cun lah..hehhe

Aku berazam...bila berada di Putrajaya ini aku nak bekerja bersungguh-sungguh...aku nak capai satu jawatan sebelum usiaku jangkau 35 tahun..aku tahu..Putrajaya walaupun sebuah bandar yang agak bosan tapi ada sesuatu di sini yang akan aku perolehi...Pasti ku perolehi dengan berusaha...

Kawan sebolehnya kita carilah yang terbaik...jangan sesekali cuba dekati kawan-kawan yang perangai kurang baik..kerana sekali terjebak kita pasti akan sesat bersama mereka..

February 3, 2009

SUDAH KETENTUANNYA...

Aku baca satu novel..dalam novel ada sebut "cinta tak semestinya berakhir dengan perkahwinan" Yap..aku akui ayat itu..Aku juga telah laluinya...Aku pernah cintai dan dicintai..tapi ianya hanya separuh jalan saja...mungkin itu bukan jodohku.

Tapi dalam banyak kegagalan aku bercinta..Paling ku rasai adalah bila aku cintai "A". Dia adalah cinta pertamaku..Dari kecik aku sudah minati dia. Ntahlah kenapa??nak kata baik sangat..aku rasa tak pun. Nak kata hensem pun tidaklah sangat...Tapi aku cukup selesa bila bersama dengannya.

Setiap detik bila bersama aku rasa cukup bahagia. Banyak perkara dapat dibualkan dan dikongsi. Aku cukup sayang pada dia. Tapi Sayang sahaja belum cukup andai ia tak terluah dari bibir masing-masing. Cinta yang selama ini hanya berada dalam hati akhirnya terkubur disitu jua..Kerana masing-masing malu meluahkan akhirnya ia terbiar begitu sahaja....

Ada yang minta ku akui apa dalam hati ini pada dia..Tapi aku bukanlah manusia yang akan musnahkan kebahagiaan insan lain..Biarlah ia berada dalam hati ku sahaja..Aku hanya mampu doa agar dia bahagia dengan pilihannya itu. Aku yakin gadis pilihannya itu mampu menjadikan dia sebagai manusia lebih berguna lagi kelak..

Aku yakin apa sahaja yang dicipta oleh Allah itu adalah yang terbaik...Aku redha dengan semua ketentuan ilahi ini...

January 29, 2009

DUGAANNYA...

Kasihan aku pada abang ku yang yang tinggal di Teluk Intan...Raya Cina yang disangka akan mengembirakan hatinya kerana cuti yang lama telah bertukar kepada tragedi..

Mereka balik ke Parit Buntar nak tengok rumah mereka..Tapi keseronokan dah jadi kesedihan. Hari Ahad...anak dia yang comel terkapit jari di pintu rumah. Bukan terkapit biasa..tapi luar biasa.hehee...anak buahku itu memang nakal. Dulu kat rumah mak aku dia jugaklah yang patahkan meja milik mak aku..ni pulak hampir terputus jarinya.

Dia sangka benda bulat yang ada dalam pintu rosak itu boleh dibuat main pada jari. Tapi jari yang montel itu telah menyekatkan benda besi tu pada jari....Dia tak menangis sebab dia takut kena marah n dia tak rasa sakit...Dibiarkan saja benda itu pada jari hingga malam..bila nak tido barulah abang ku tersedar yang jari anaknya makin membiru..Malam itu juga dibawa ke Hospital Parit Buntar..Tapi hospital itu tak nak terima kerana agak parah. Akhirnya terpaksa bawa ke Hospital Taiping...Disana barulah jarinya dapat keluar dari besi tersebut...Dengan 11 jahitan ku harap ia akan beri pengajaran berguna buat anak sedara ku yang comel+nakal itu...kasihan dia kan...

Semalam pula barulah mereka sekeluarga pulang ke Teluk Intan. Dalam perjalanan pulang musibah lain pula menimpa mereka. Kereta yang dipandu oleh abangku telah dihentam teruk oleh sebuah kenderaan lain...Mungkin laki ini kaya..maka dia tidak mahu selesaikan masalah mereka ini dengan cara baik. Sudahlah kereta hancus...orang yang langgarnya pula seorang yang angkuh..Akhirnya abang ku terpaksalah keluarkan duit untuk repair keretanya...Apalah nasib abang kesayangan ku ini..Kasihan..Hope my big bro ni tabah hadapi ujian dari Allah SWT.

January 25, 2009

BALIK KAMPUNG...

YAHOOOOOOOO...!!! Bestnyaaaa balik kampung..hehehe..sejak jadi anak perantau ni best lak bila balik kampung sekali sekala.

Payah gak nak dapatkan tiket balik kampung masa perayaan ni..Tapi aku bersyukur sebab aku ada sahabat yang sudi tumpangkan aku pulang ke kampung..Tq my good freinds..ko memang kawan yang baik..Aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati mu..

Balik kampung kesihatan masih agak kurang sihat lagi..Tapi dah jumpa mak tu tak sihat pun akan bertukar jadi sihat punya...yer lah kan..rindu pada mak terubat..hehehe...Tapi aku tetap pi klinik juga. sampai sana rupanya masih ramai lagi yang kena demam sendi nih...Aku masuk jer doktor dah tau masalah aku..last tuk cepat sembuh dia cucuk aku ngan jarum sebatang..ADOII...tapi dalam hati jer..hehhee...

Bila dah balik kampung ni seronok sangat bila dapat jumpa mak n ayah..makan nasi pun banyak gak aku sebab bila lagi nak rasai air tangan ibuku..kan..kan...Habis semua serai n bahan masakan lain yang ibuku tanam ku kebas nak bawa balik ke rumah ku. Yer lah..sana barang agak mahal juga..so nak jimat..serai..kunyit..lengkuas aku kebas kat rumah mak aku lah..hehehe..JIMATTTTTTTTT...


Lepas ni bila lagilah aku dapat pulang ke kampung lagi kan..yer lah..bukan dekat gak nak pulang selalu..Hope Allah akan sentiasa jaga kesihatan ibu bapa ku di kampung itu..aminnnn..

January 22, 2009

WARNA WARNI KEHIDUPAN...

Salam buat semua...semakin lama kita bekerja makin banyak kita akan temui ragam manusia...Ada yang kaki ampu..ada yang garang tak bertempat dan ada juga yang suka cari fasal (gaduh)..

Kini dah 16 hari aku berkhidmat..walaupun masih baru tapi sudah banyak ragam manusia telah ku rakam dengan mataku ini..Bila baik dengan bos orang akan kata dia itu ampu bos sedangkan dia tak tau baik dengan bos adalah bagi mudahkan kerja...Kenalak kalau bos muda...dikatakan pula si gadis itu nak ngorat bos..hahah..macam-macam.

Tu baru masuk bab "AMPU"..belum masuk bab "GADUH"..tapi sini tak lah bergaduh tarik rambut..hanya tarik muka saja...Tapi yang tak best tu kalau gaduh dengan A lah katakan siap kita-kita sekali kena kalau kita ni baik dengan A lah. Tu belum pula jumpa dengan si mulut laser..waaaa...aku sendiri dah terkena. Hanya nak mengusik insan lain aku pula dilaser dan dikatanya mengada...ayoooo...sabar sajalah. Mulut Laser ni sebenarnya bahaya..silap haribulan takut orang tak nak kawan...Haloooo...kita ni kenalah berbudi bahasa...kalau marah pun biarlah ayat yang keluar tak buat orang terus menyampah.

Aku kesian dengan sahabat yang masuk kerja sama dengan ku. Dia tiada pengalaman kerja. Diajar pula oleh orang yang bermulut laser..So nak tak naka..hari-hari tadah telinga dengan sabar sajalah dengan kelaserannya..ada ker patut seorang yang berpengalaman hebat dan bagus boleh mengeluarkan perkataan "BODOH"..."BENGONG"..dan bermacam ayat lain lagi..Kalau lah sikap ini yang ditanam alamatnya tiadalah orang mahu hormati dia lepas ini...

Itulah secebis warna warni sikap manusia di dunia ini..Bila kita kerja dan banyak bergaul kita akan temui banyak lagi manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Ia juga membantu kita menjadi lebih matang dan menginsafkan kita.

January 19, 2009

CHIKUNGUNYA...

CHIKUNGUNYA....pe benda tu eh? ni adalah penyakit yang cukup famos kat Malaysia masa kini.Ia adalah penyakit yang di bawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini masih lagi tiada ubat. Tanda-tanda seseorang terkena demam ini adalah bila dia demam dan sakit pada sendi-sendi.

Aku juga adalah magsa demam ini. Dulu aku pernah cerita yang aku terkena demam inikan??kini demam itu masih lagi ada pada aku. Semalam aku sakit sangat pada sendi-sendi ku. Cukup tak bermaya aku semalam. Aku minum air 100 plus tuk kembalikan tenaga..adalah dalam 5 botol.

Aku jumpa doktor. Doktor cakap demam ni memang mengambil masa untuk sembuh. Sebabnya tiada rawatan yang spesifik pada penyakit ini. Bilalah agaknya aku akan benar-benar sihat? doakan aku cepat sembuh ya..

Kalau aku sembuh cepat dapatlah aku turun training nett ball untuk jabatan ku dengan cepat. Harap aku dapat main kembali bola jaring.hehe...