Salam buat semua teman-temanku yg aku sayang sangat2...maaf kerana tak update lama..rasa nyer u all pun dah tau kan kenapa...
Hari ni adalah hari yang cukup bahagia buat diriku ini...Tak ku sangka aku dah 1 tahun menjadi kakitangan kerajaan...kejap jer rasanya...masih banyak lagi benda yang perlu kupelajari sebab walaupun setahun pengalaman masih tidak mencukupi...
Selain dah cukup setahun bekerja aku happy sebab aku sudah lulus exam jabatan. Exam ni cukup penting untuk mengesahkan jawatan ku sebagai kakitangan kerajaan. Kalau tak lulus..aduh...payaaaahhhh..now semua dah selesai so just tunggu surat sah jawatan sahaja lagi. Bila dah sah jawatan ni banyak perkara aku boleh buat.
1 - aku boleh apply jawatan yang lebih tinggi lagi..org kata kalau dah sah jawatan lagi senang..entahlah...aku pun tak tau..
2 - aku plan nak sambung kembali pengajian ku. Nak ambil Degree yang sudah lama ku angan - angan tu. Sebelum ni bukann tak nak tapi disebabkan aku takut tak lulus exam jabatan. Kalau dah sah jawatan boleh lah aku mohon cuti belajar. Sekurang-kurang nya aku tak nak tercicir benda aku nak..seperti orang lama2 kata lah..jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Biar lambat janji selamat..
Now aku nak balik..rehat n nak share benda happy ni dgn mak saya di kampung...
January 21, 2010
HAPPY NYER AKU ...
Posted by AHMOI at 4:33 PM 2 comments
January 5, 2010
SALAM 2010....
Salam buat semua teman-teman Blog...Kini dah masuk Tahun 2010..kejap sangat rasanya 2009 tup..tap..tup..tap dah 2010...semoga diari 2010 penuh dengan banyak kenangan manis buat ku..Tapi....aku telah memulai buku 2010 dengan satu kenangan yang amat pahit sekali. Aku telah lukai perasaan keluarga ku dengan sikap aku yang degil ini..Family aku frust sangat dengan diri ini..semuanya gara-gara percaturan salah yang aku buat. Aku sangka aku akan menyenangkan keluarga ku dengan apa yang aku buat..konon nak bagi suprise buat family aku dengan tiba-tiba aku dapat beri mereka wang yang banyak..tapi aku silap...kejutan tetap menjadi tetapi tidak mengembirakan...hanya dipenuhi dengan kesedihan..aku insaf..insaf dengan apa yang aku buat.
Semua ini bermula bila aku terjebak suatu masa dulu dengan MLM.Sangkanya bila aku tak berjaya buat aku akan dapat balik sebahagian wang pelaburan ku tetapi semua itu khabar indah semasa diawal pembabitan ku..tetapi lama-lama aku langsung tak dapat apa-apa pun..Wang yang disimpan makin kurang..sedih sangat..Family aku perasan perubahan hidupku...muram dan suka termenung..aku tidak dapat sembunyikan lagi..yang boleh aku buat hanyalah menceritakan perkara sebenar pada keluargaku...Mak aku terkejut..semua family aku terkejut badak dengan apa yang aku telah buat. Aku bingung..sedih dan mati akal..Aku rasa aku ni anak yang cukup tak pernah bersyukur..tidak pernah hargai apa yang aku ada...Kerana kebodohan ku ini akhirnya aku terpaksa tanggung hutang yang banyak..Sampai bila aku nak berharap pada keluargaku terutama ibu bapa ku..Untuk langsaikan hutangku yang banyak itu aku terpaksa melepaskan harta yang aku ada..aku sayang sangat pada harta yang satu ini..tetapi aku terpaksa lakukannya..aku perlu redhai dengan ujian Allah ini..aku tahu ..ini adalah balasan pada kesalahan ku dahulu..tiada pilihan..aku hanya perlu meredhainya sahaja...
Buat semua teman..aku berharap sangat jangan sesekali anda terjebak dalam MLM ini..bukan menyenangkan..tapi menyusahkan..
Posted by AHMOI at 1:56 PM 3 comments
December 22, 2009
tambahan blog..
Salam buat semua..aku nak hebah di sini tambahan BLOG ku...so sapa2 yang nak kawen tuu n tengah mencari photographer tuk wedding u all..aku ada sediakan. Harga menarik dan boleh runding lagi...Mak Andam pun aku ada juga..so layarilah blog ku yang satu ini
http://daracome.blogspot.com
Posted by AHMOI at 1:00 PM 0 comments
December 3, 2009
BEREHAT BERSAMA KELUARGA...
Salam buat semua...tiada apa isu yang nak ku kongsi bersama teman-teman sekelian. hanya ingin bercerita tentang cuti raya haji ku baru-baru ini. Sudah lama tidak membawa ibuku berjalan...so aku dan kakak ku buatlah plan pergi Bukit Merah. Mak and Ayah ku dalam Malaysia ni jarang sekali berjalan. Bukit Merah yang dekat pun belum lagi dia sampai..sebabnya anak-anak dia tak bawa...hehehe..so kali ni aku rasa adalah hari yang terbaik untuk bawa family aku berjalan. Sabtu (29/11/09)pagi kami gerak ke Bukit Merah. Plan nak tido sana tapi atas sebab-sebab tertentu..terpaksa dibatalkan. Satu hari di Bukit Merah Laketown kitorang bawa mak n ayah pusing sampai mak kata PENATTTTT..hehehhe...Mak n Ayah aku beruntung sebab mereka pernah juga melancong keluar negara..so mereka boleh bandingkan apa yang best di sini dan apa yang best di sana. Mak aku nasib baik lah pada hari itu kaki dia tak sakit sangat...kalau tak aku rasa sure dia tobat nak ikut anak-anak dia berjalan...hehehe...Apa-apa pun aku happy sangat pergi ke Bikit Merah Laketown...
Korang layan je lah pic kat bawah ni...
Posted by AHMOI at 4:31 PM 3 comments
November 25, 2009
HARI INI BALIK KAMPUNG..YAHOOOOOO..
Salam buat semua teman..n SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat semua teman beragama islam yang menyambutnya pada hari Jumaat ini...harap dalam kita bergumbira menyambut raya janganlah kita lupa akan sejarah terjadinya Hari RAYA Korban ini.
So untuk sambut hari raya ni aku tak sangguplaaa nak raya kat KL ni...tambahan lak bujang surelah aku nak balik kampung gak..walaumacam mana sekali pun..hehhehee..Malam ni aku gerak balik naik keretapi..Ramai yang tanya kenapa keretapi ..jawapan ringkasnya..SENANG..senang sebab aku turun teruussss dekat Sungai Siput. Kalau turun Ipoh aku perlu nyusahkan ramai orang so baik pilih Keretapi...Denagr-dengar tahun depan keretapi dah naik taraf dari dari slow ke keretapi laju...ambil masa 1jam setengah jer untuk sampai perak...harap ianya benar-benar terjadi...
Cepatlah pukul 5 petang sebab tak sabar nak balik dah ni..hehehehe...so SELAMAT HARI RAYA...
Posted by AHMOI at 8:35 AM 1 comments
November 20, 2009
CAKAP-CAKAP BELAKANG
Salam buat semua..hari ni aku sebenarnya nak luahkan rasa sikit..hehehe..entahlah kenapa manusia niii kalau tak puas hati sure suka cakap-cakap kat belakang..Kenapa tak nak cakap depan-depan ..kan ke senang. Ini tak, bila di depan baik sangat-sangat...mesraaa jer..tapi bila di belakang kita, kutuk tak hingat dunia..
Aku nii bukanlah SEMPURNA juga...tapi aku manusia yang suka terus terang. Sebab bagi aku bila berterus terang baru dapat selesaikan masalah. Tapi adat melayu...bila terlalu berterus terang nampak bagai seorang yang kurang ajar..tidak hormati orang lain..oleh itu..budaya cakap belakang berterusan....Sedih rasanya hati ini....
errrrmmmmm....ntahlah....
Posted by AHMOI at 8:34 AM 4 comments
November 10, 2009
UJIAN DARI ALLAH...
Salam buat semua...sudah lama kau tidak melayari blog dan mengupdate blog aku sendiri. Bukan aku sudah melupai blog tapi tak ada idea...
4hb November 2009 adalah hari yang cukup menguji aku. di saat itu aku hanya mampu bersabar jer lah. sikap rakus manusia dan sikap kealpaan aku menyebabkan aku hilang wang simpanan di bank...
Kecanggihan yang memudahkan segala urusan telah disalah gunakan oleh insan yang tak bertanggungjawab...Pasti kalian tertanya-tanya apa yang telah berlakukan..ceritanya begini..pada 4/11/2009 aku membuka internet banking aku untuk cek akaun aku..bercadang nak beli camera baru..masa tu aku tak leh buka internet banking..dua kali mencuba aku biarkan saja..tidak bercadang untuk bertanya kenapa...sambil lihat e-mai ada satu spam masuk dalam e-mail aku. e-mail spam tu nyatakan akaun aku kena block..untuk membukanya kembali ikut link yang disediakan..aku terlalu cuai..ikut sahaja arahan yang diberi tanpa berfikir akan kesan sebaliknya..akhirnya duit aku hilang. frust sangat..tapi itulah yang berlaku...walaunpun duit yang hilang itu tak bernilai jutaan ringgit tapi ia tetap hasil titik peluhku..sampai hati betul pada insan yang telah cerobohi akaun ku itu dan mengambil duit aku itu juga...Walaupun sedih + geram..tetapi aku meredhainya...seperti pesanan ibuku..andai wang itu adalah hak kau..ia akan kembali..tapi andai ia hanya singgahan semata-mata biarkan sahaja...anggap sebagai ujian allah...
Buat semua teman..berhati-hatilah pada jenayah kolar putih ini..ia ada di mana-mana sahaja..
Posted by AHMOI at 11:50 AM 7 comments
