CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 29, 2009

DUGAANNYA...

Kasihan aku pada abang ku yang yang tinggal di Teluk Intan...Raya Cina yang disangka akan mengembirakan hatinya kerana cuti yang lama telah bertukar kepada tragedi..

Mereka balik ke Parit Buntar nak tengok rumah mereka..Tapi keseronokan dah jadi kesedihan. Hari Ahad...anak dia yang comel terkapit jari di pintu rumah. Bukan terkapit biasa..tapi luar biasa.hehee...anak buahku itu memang nakal. Dulu kat rumah mak aku dia jugaklah yang patahkan meja milik mak aku..ni pulak hampir terputus jarinya.

Dia sangka benda bulat yang ada dalam pintu rosak itu boleh dibuat main pada jari. Tapi jari yang montel itu telah menyekatkan benda besi tu pada jari....Dia tak menangis sebab dia takut kena marah n dia tak rasa sakit...Dibiarkan saja benda itu pada jari hingga malam..bila nak tido barulah abang ku tersedar yang jari anaknya makin membiru..Malam itu juga dibawa ke Hospital Parit Buntar..Tapi hospital itu tak nak terima kerana agak parah. Akhirnya terpaksa bawa ke Hospital Taiping...Disana barulah jarinya dapat keluar dari besi tersebut...Dengan 11 jahitan ku harap ia akan beri pengajaran berguna buat anak sedara ku yang comel+nakal itu...kasihan dia kan...

Semalam pula barulah mereka sekeluarga pulang ke Teluk Intan. Dalam perjalanan pulang musibah lain pula menimpa mereka. Kereta yang dipandu oleh abangku telah dihentam teruk oleh sebuah kenderaan lain...Mungkin laki ini kaya..maka dia tidak mahu selesaikan masalah mereka ini dengan cara baik. Sudahlah kereta hancus...orang yang langgarnya pula seorang yang angkuh..Akhirnya abang ku terpaksalah keluarkan duit untuk repair keretanya...Apalah nasib abang kesayangan ku ini..Kasihan..Hope my big bro ni tabah hadapi ujian dari Allah SWT.

January 25, 2009

BALIK KAMPUNG...

YAHOOOOOOOO...!!! Bestnyaaaa balik kampung..hehehe..sejak jadi anak perantau ni best lak bila balik kampung sekali sekala.

Payah gak nak dapatkan tiket balik kampung masa perayaan ni..Tapi aku bersyukur sebab aku ada sahabat yang sudi tumpangkan aku pulang ke kampung..Tq my good freinds..ko memang kawan yang baik..Aku doakan kau bahagia dengan pilihan hati mu..

Balik kampung kesihatan masih agak kurang sihat lagi..Tapi dah jumpa mak tu tak sihat pun akan bertukar jadi sihat punya...yer lah kan..rindu pada mak terubat..hehehe...Tapi aku tetap pi klinik juga. sampai sana rupanya masih ramai lagi yang kena demam sendi nih...Aku masuk jer doktor dah tau masalah aku..last tuk cepat sembuh dia cucuk aku ngan jarum sebatang..ADOII...tapi dalam hati jer..hehhee...

Bila dah balik kampung ni seronok sangat bila dapat jumpa mak n ayah..makan nasi pun banyak gak aku sebab bila lagi nak rasai air tangan ibuku..kan..kan...Habis semua serai n bahan masakan lain yang ibuku tanam ku kebas nak bawa balik ke rumah ku. Yer lah..sana barang agak mahal juga..so nak jimat..serai..kunyit..lengkuas aku kebas kat rumah mak aku lah..hehehe..JIMATTTTTTTTT...


Lepas ni bila lagilah aku dapat pulang ke kampung lagi kan..yer lah..bukan dekat gak nak pulang selalu..Hope Allah akan sentiasa jaga kesihatan ibu bapa ku di kampung itu..aminnnn..

January 22, 2009

WARNA WARNI KEHIDUPAN...

Salam buat semua...semakin lama kita bekerja makin banyak kita akan temui ragam manusia...Ada yang kaki ampu..ada yang garang tak bertempat dan ada juga yang suka cari fasal (gaduh)..

Kini dah 16 hari aku berkhidmat..walaupun masih baru tapi sudah banyak ragam manusia telah ku rakam dengan mataku ini..Bila baik dengan bos orang akan kata dia itu ampu bos sedangkan dia tak tau baik dengan bos adalah bagi mudahkan kerja...Kenalak kalau bos muda...dikatakan pula si gadis itu nak ngorat bos..hahah..macam-macam.

Tu baru masuk bab "AMPU"..belum masuk bab "GADUH"..tapi sini tak lah bergaduh tarik rambut..hanya tarik muka saja...Tapi yang tak best tu kalau gaduh dengan A lah katakan siap kita-kita sekali kena kalau kita ni baik dengan A lah. Tu belum pula jumpa dengan si mulut laser..waaaa...aku sendiri dah terkena. Hanya nak mengusik insan lain aku pula dilaser dan dikatanya mengada...ayoooo...sabar sajalah. Mulut Laser ni sebenarnya bahaya..silap haribulan takut orang tak nak kawan...Haloooo...kita ni kenalah berbudi bahasa...kalau marah pun biarlah ayat yang keluar tak buat orang terus menyampah.

Aku kesian dengan sahabat yang masuk kerja sama dengan ku. Dia tiada pengalaman kerja. Diajar pula oleh orang yang bermulut laser..So nak tak naka..hari-hari tadah telinga dengan sabar sajalah dengan kelaserannya..ada ker patut seorang yang berpengalaman hebat dan bagus boleh mengeluarkan perkataan "BODOH"..."BENGONG"..dan bermacam ayat lain lagi..Kalau lah sikap ini yang ditanam alamatnya tiadalah orang mahu hormati dia lepas ini...

Itulah secebis warna warni sikap manusia di dunia ini..Bila kita kerja dan banyak bergaul kita akan temui banyak lagi manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Ia juga membantu kita menjadi lebih matang dan menginsafkan kita.

January 19, 2009

CHIKUNGUNYA...

CHIKUNGUNYA....pe benda tu eh? ni adalah penyakit yang cukup famos kat Malaysia masa kini.Ia adalah penyakit yang di bawa oleh nyamuk Aedes. Penyakit ini masih lagi tiada ubat. Tanda-tanda seseorang terkena demam ini adalah bila dia demam dan sakit pada sendi-sendi.

Aku juga adalah magsa demam ini. Dulu aku pernah cerita yang aku terkena demam inikan??kini demam itu masih lagi ada pada aku. Semalam aku sakit sangat pada sendi-sendi ku. Cukup tak bermaya aku semalam. Aku minum air 100 plus tuk kembalikan tenaga..adalah dalam 5 botol.

Aku jumpa doktor. Doktor cakap demam ni memang mengambil masa untuk sembuh. Sebabnya tiada rawatan yang spesifik pada penyakit ini. Bilalah agaknya aku akan benar-benar sihat? doakan aku cepat sembuh ya..

Kalau aku sembuh cepat dapatlah aku turun training nett ball untuk jabatan ku dengan cepat. Harap aku dapat main kembali bola jaring.hehe...

January 16, 2009

KERJA OH KERJA..

Kerja..kerja..kerja..tak kerja tak ada duit..ermmm...so nak tak nak kenalah kerja. Ada yang buat kerja yang benar-benar halal dan baik..dan ada juga yang buat kerja jahat.

Aku heranlah kenapa manusia ni walaupun dah dapat kerja yang bagus tapi ada pula buat part time jual badan. Kenapa ya??adakah wang yang diperolehi masih tidak mencukupi????Waktu siang baik saja..pakai tudung litup dan berjalan bagai gadis melayu terakhir..tapi waktu malam...buka sana sini hanya untuk diniagakan dipasar gelap bagi mendapat wang lebih..dah tak ada ker kerja lain dari melacur diri...tak paham aku..

Ada pula setengah tu..dah dapat kerja bagus..jadi pegawai pula tu..tapi jadi pemalas pula..suka ponteng kerja. Tak sayang ke mereka yang ada penyakit M ini pada kerjaya mereka. Tidak terfikirkah mereka ini bahawa mereka telah susah payah untuk dapat kerjaya tersebut..Ramai lagi yang sampai nangis air mata darah untuk dapatkan kerja, terutama sekali kerja kerajaan..tapi bagi insan yang pemalas ini..dah dapat hendak dibuang pula kerja tersebut...

Apa yang dicari sebenarnya dalam kehidupan mereka-mereka ini..Semoga aku di jauhkan dari penyakit kerjaya seperti di atas..Jika ada yang teringin nak jadi seperti kunyatakan di atas tu..u all pikir-pikir dulu ya..

January 14, 2009

DARI SUNGAI SIPUT KE KOTA BATU

Salam buat semua..lama dah aku tak update blog ku ini..bersawang teruk dah yer..hahahha...Aku dah pun masuk kerja baru pada 5 Jan 2009. Kini aku dah jadi orang KERAJAAN..hahaha...tak sangka..akhirnya kerja kerajaan menjadi pilihan ku. Dulu aku cukup tak mau kerja kerajaan..sebab bagi ku kerajaan ni kerja yang membosankan..tapi akhirnya aku juga yang join. Tapi hingga kini aku masih kata kerja Private lagi best.

Kini aku dah pun melangkah ke satu alaf baru. Dari Perak aku pindah pula ke Putrajaya. Bandar yang dahulu adalah ladang getah kini menjadi pusat kerajaan yang terhebat. Duduk di sini biasa sajalah...Ada yang baik dan ada yang tak baiknya. Janji kita kena bijak buat penilaian. So lepas ni agak terbatas sedikitlah untuk aku mengupdate blog ku ini...Nanti bila semua urusan perpindahan selesai baru aku berleluasa kembali menghidupkan blog ini. Rindu lah aku pada dunia blog ini..aku akan pastikan internet dapat aku setup dirumah baru ini dengan cepat...

Kini hidup bujang kembali..jauh dari keluarga..tapi aku bersyukur sebab aku sudah dilatih dari dulu untuk hidup berdikari. Hidup di sini aku belajar memasak bersama teman-teman..almaklumlah hidup di Putrajaya ini agak mahal jugalah..So kenalah berjimat cermat untuk teruskan kehidupan.

Doakan aku akan terus berjaya dengan segala apa yang aku hadapi dikemudian hari.

January 1, 2009

WELCOME 2009..

Yeaaaa...hari ni 1 JAN 2009...dah tahun baru. Kejap jer rasa. Aku punya azam tahun lepas masih banyak lagi yang belum direalisasikan. So nampak gayanya tahun ni aku bawa kedepan jo lah yer..hehe..

Dari semalam handphone aku dok tak diam jer lah...Asyik terima ucapan tahun baru n tanya azam baru aku...Aku ni sebenarnya bukanlah seorang yang kuat berazam sangat. Yang aku tau aku nak hidup dengan GUMBIRA dan BERJAYA..Tu jer aku tau. Tapi bila tengok orang dok pasang azam .aku pun nak gak lah..

So sempena tahun baru ini..aku harap aku akan jadi manusia yang lebih berjimat cermat dan maju ke hadapan. Selain aku impikan untuk menukar kereta baru..hahahha..Aku ni boros gak orangnya..dapat jer gaji habis aku kerjakan. Mak aku selalu cakap..aku ni kalau bagi sejuta pun sehari leh langsaikan..nama jer pelajar akaunting dan bekerja buat bajet company..tapi bajet sendiri pun asyik lari jer..hehe..

Di sebabkan tahun ni aku berangan nak pakai kereta besar cikit..so aku nak ikat sikit lah sikap boros ku itu...

Mak aku lak dia wish agar aku kahwin tahun ni..Tapi azam yang ni aku rasa dalam setahun dua ni memang aku tak mampu nak realisasikan lagi..ADEH..Payah tul lah jadi pompuan kan..huhuhu...Cam na lah aku nak kahwin...Pakwe pun aku tak der lagi...so aku memang tak leh realisasi lagi lah tahun ni nampak gayanya...Aku akui memang aku memilih..bukan per..aku nak kebahagiaan yang hakiki..bukan sementara sahaja..So tak salahkan aku memilih....

Bukan tak da yang minati aku..tapi seperti ku katakan tadi..aku perlu berhati-hati dalam memilih pasangan. Mungkin ada yang kata memilih sangat akhirnya akan kecewa. Tapi kalau aku main tangkap muat jer aku takut apa yang telah ku alami dulu kembali semula..kiranya aku tak nak pisang berbuah dua kali...tu jer.

Semoga 2009 membawa sinar baru dalam hidupku. Aminnnnnnn..........