CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

October 22, 2009

MANUSIA MUDAH LUPA..

Salam buat semua...sihat ker teman-teman sekelian...Hari ni just nak share jer apa berita terbaru n hangat diperkatakan..Dah dekat seminggu di Surat khabar memperkatakan tentang sejadah berdiri.. betul ke ada manusia yang cuba memesongkan agama kita ini..almaklumlah ...dalam masa dua hari ni jer ada 3 tempat mempunyai kejadian seperti ini..bagaimana yer dia buat bagi sejadah tu berdiri..aku try gak buat semalam dengan member rumah..just nak buat eksperimen jer..tapi hasilnya tak jadi pun..Walaubagaimanapun..Hanya Allah sahaja yang tahu. Yang penting sebagai manusia perlulah ingat..dunia ni tak keka lama..banyak-banyaklah ibadat. Pesanan ni untuk aku dan u all semua..

Dalam kita berasa takut dan pelik denga kejadian sejadah berdiri ni masih ada juga manusia yang berani membuat maksiat secara terangan. Dalam Harian Metro ada memaparkan kisah maksiat yang berlaku di Flat Hijau, Putrajaya. Memang aku tak nafi kejadian tu semua. Sebab aku sendiri dah banyak kali bertembung mereka-mereka ini yang berbangsa melayu tanpa segan silu bermanjaan di taman kanak-kanak.

Pernah sekali ..di hari aku berpindah ke rumah sewa di kawasan terbabit. Aku tersalah rumah masa tu, Aku terketuk rumah orang lain. Masa tu, pintu sudah terbuka.ku sangka aweks tu member kawan aku..rupanya tersalah rumah. Masa tu rumah dia perlukan teman..sempat aku tinjau dan ntah macam mana aku terpandang seorang lelaki di dapur..kusangka abangnya. Tetapi aweks tu tanpa segan silu menyatakan lelaki tersebut sewa bersamanya..terkejut aku..terus aku blah..sebab terkejut sangat-sangat. Mereka itu berbangsa melayu...yang ada adat dan agama. Tapi sayang mereka tidak ikutinya...Ntahlah pasangan tu bagaimana kini..semoga allah hidayahkan pada mereka ini...

Hidup di dunia ni kejap sangat-sangat. semoga aku jauh dari semua ini..Kejadian pelik cukup banyak kini..bagi aku kejadian pelik ni banyak sebab peringatan kepada kita yang lupa bahawa hidup ini hanya sementara sahaja..bila-bila masa sahaja kita akan dimatikan.

3 comments:

AkuBukanLelaki said...

kompius aku ngan sejadah tu...

Mak Su said...

tak tahu ler nak cakap cemana :(

KTS said...

macam2 skrg ni...
klu tak tahan godaan... iman rapuh... ni lah jadinya...

nauzubillah..
minta dijauhkan dr keluarga dan umat islam