CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

March 16, 2009

KEJAMNYA MANUSIA....



Hai salam...cuba lihat gambar di atas ini betul-betul...aku ambil pic ni dari surat khabar Berita Minggu...sedihnya hati bila melihat cebisan janin di atas jalan...Aduhhhh..kejamnya manusia..Sanggup buang anak yang tak berdosa itu. Apakah perasaan si ibu itu masa membuang janin yang dah cukup sifat itu???...

Setau aku lah..bukan senang nak lahirkan anak..tapi manusia zaman moden sekarang ni mudahnya buang anak sesuka hati. Dah macam zaman Jahiliah pulak aku lihat.Kalau zaman Jahiliah dulu buang anak sebab tiada agama yang dipegang..tapi kini sudah ada agama yang diikuti..tapi....tak kisahlah agama apa yang diikuti, tapi apa-apa agama pun setahu aku memang tak benarkan buang anak. Betultak??...

Tapi ntahlah..manusia..tak pernah ingat adanya dosa dan pahala. Time buat maksiat langsung tak tau malu..tapi bila dah boyot mulalah pikir buang anak tu..Anak yang tak berdosa jadi mangsa...

Aku ingat pada seorang temanku..Dia punya kawan yang telah mengandung anak luar nikah. Cukup ku letak S pada perempuan itu. S masa tu dah memikirkan untuk gugurkan kandungannya...tapi syukur sahabatku itu cepat halangnya. Tapi S tetap tidak mahu anak itu..sebabnya adalah malu..Sekali lagi sahabatku selamatkan dengan setuju menerima anaknya.S langsung tidak pernah ambil tahu akan anaknya itu...sampailah anak itu berusia setahun..S kembali menuntut anak itu..dia hadir bersama keluarga. Tapi disebabkan dia dah tandatangan setuju beri terus anak itu pada sahabatku, akhirnya dia sudah tak perolehi kembali anak itu. Alasan yang diberi masa tuntut anak itu hanya kerana ibu bapanya dah tahu akan kewujudan anaknya.Hanya kerana itu saja dia nak ambil anak itu..bukan kerana sayang atau kasih pada sikecil yang comel itu. Tapi kerana keluarganya.. manusia apa kah ini???Sedih sangat..aku rasa sedih sangat-sangat pada anak tak berdosa itu. Buat remaja yang bercita-cita nak gugurkan anak atau buang anak...sebelum buang tu lihat dulu anak comel itu...lepas tu fikir pula kesakitan masa u all mengandung dahulu. Dan ingatlah akan dosa dan pahala..

9 comments:

MARIA said...

Memang sedih melihat kejadian janin dalam gambar tuh. Tak dapat nak disimpulkan siapa yang bersalah.. samada emakayah atau remaja itu sendiri. Orang educated pun ramai yang melakukan perkara2 terlarang, apalagilah yang kurang pendidikan.

Syaitan dan iblis sentiasa akan cuba menyesatkan umat2 Islam. Manusia kalau sudah berpadu dengan syaitan..inilah akibatnya. Subhanallah...!!!!

kamar hati said...

ish ish ish....msa buat ingat seronok ajer....bila dah jadi macam ni, senang2 jer diorang buang...apa nak jadi la manusia zaman sekarang ni....tak ingat dosa pahala dah agaknya.....semua main hantam jer.....hmmmmmm

AHMOI said...

tok ma: ntahlah tokma..binatang pun tau sayang anaknya..inikan pula manusia yang berakal..tapi sayangnya manusia lebih kejam dari binatang

kamar hati: tulah manusia bila hati dikuasai syaitan...

KTS said...

mesti sedih je org yg susah nak dpt anak...
aduhai.... murah nya harga diri manusia skrg ni

Tijah said...

isk! zalim dan bodohnyer!!!! org lain nak dpt anak punya la susah dia sesenang jer buang2 gitu...

Anonymous said...

camne leh tergamak buat camtu..time buat tak pikir.

Adry said...

Astagfirullah al azim... sampainya hati... ish ish ish .... dunia dunia...

Mak Su said...

enthlah, tak tahu di mana letak hati dan perasaannya

Eiba said...

Mudahan kita dijauhi dari melakukan perkara2 yang zalim sebegini. Semoga Allah saja yang membalasnya..

Anie..lain kali yg nampak kaki baby tu..sensor skit laaa...sedey sgt tgk..tak sampai hati...huhuhuhuhuhu...