CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

March 24, 2009

SI LURUS...

Bercermin mata tebal...mata terkebil-kebil..rambut gaya budak baik dan berjalan penuh mesra...sentiasa menyapa sesiapa sahaja yang dia bertemu. Baik sangat dia ni..tapi kasihannya sidia ini seorang yang lurus.

Tak tahu menipu atau kelentong..asyik dia saja yang kena kelentong. Asyik dia sahaja yang terkena dengan teman-teman sekerja. Bukan dia tak bijak tapi dia ni jenis yang blur. Kalau berborak dengan dia pun kena sembang baik..tidak boleh merapu. Kasihan aku lihat akan sahabat aku yang sorang ni....

Semalam dia terkena dengan kawan baik dia. Si A ni memang kaki mengusik. Dia bagitau pada mamat ni yang bos nak jumpa. Mamat ni pun dengan kelam kabutnya terus ke bilik bos. Sampai di bilik bos..bos bagitau yang dia tak der nak jumpa Mamat ni pun. Malu dia...jalan tunduk sahaja keluar dari bilik bos.

Bila aku tengok mamat ni...tertanya aku, kenapa mereka ni terlalu lurus. Kenapa orang lurus ini tak tau bezakan yang mana tipu dan betul. Nak kata pendidikan kurang...rasanya kebanyakan mereka berpendidikan. Kurang pergaulan..aku rasa mereka ni pun ramai kawan juga...tapi mereka ini memang baik...

Ada tak teman-teman blog ku yang lurus...bagi pandangan sikit tentang orang bersikap lurus ni..baik tak sikap ni bila berterusan...

5 comments:

Mak Su said...

lurus itu natural, tak leh nak buat apa dah.

tapi, saya lurus tak ahmoi?

Anonymous said...

kdg2 rasa cam dorang ni sengaja buat camtu pdhl bkn tak leh lawan pun..manusia ni bertindak scara rasional kan?

Tie said...

Orang lurus tentunya hatinya baik. Tapi orang suka ambil kesempatan. Nak buat macam mana.....kesian gak.. Tapi esok2 dialah yang bahagia...sebab tidak berperasangka buruk, dan sebab berhati mulia...

AHMOI said...

maksu: maksu tak lurus n tak bengkok...hehee

Luna: ntah lah..tak tau nk kata

Kak tie: mungkin juga tu lah manusia yg paling bahagia...dn pasangannya juga mungkin turut bahagia sbb dpt suami tak pandai menipu..

Unknown said...

ahmoi,

setuju dengan k tie, tapi bila dia dah mula pandai menyimpang jika tidak ditegur pasti kecundang.

apa yang berlaku seperti angin lalu aje buat dirinya. selagi ia tak mendatangkan kemudaratan.