CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 10, 2009

RINDUKAN KAMPUNG.........

Salam buat semua..lama dah aku tak balik ke kampung ku. Macam mana lerrr rupa kampung ku sekarang. Aku rindu nak jumpa mak ayah ku..nak ikut mereka pergi kebun lihat tanaman-tanaman di kebunku. Nak lihat pokok kacang buncis yang mak ku tanam di belakang rumah...pokok sawit dan nenas yang ayah aku tanam di kebun...dan nak makan laksa yang paling best kat sungai siput. heheeh

Last week aku sempat pergi ke Bangi pekena sup bawah pokok. Cukup glem gerai ni...apa taknya rata-rata pasti tahu gerai sup ni. Dia ada sediakan sup ayam...sup daging..sup kambing dan macam-macam lagilah. Bila makan kat situ..terpanggil-panggil aku tuk pulang ke kampung halaman ku...Sebabnya situasi gerai tu sama dengan di Kampungku. Bezanya hanyalah menu sahaja. Sebab menu di Kampung ku adalah laksa. Tapi di sini Sup. Sapa tak penah pekena lagi sup bawah pokok tu baik try..memang best...dengan pekatnya..fuh..memang terangkatlah..hehehhe...

Malam ni aku balik naik keretapi. Last aku naik masa aku study kat Peneng. Tu lah last aku naik. Cam ner ek..takut gak..tapi hentam sajalah..hehehe...Sure der tanya apsal tak naik bas...aku der 2 reason....1st sebab naik keretapi lebih ekonomi. Baru 12 RINGGIT..kalau naik bas RM17. Tu lak just sampai Ipoh jer. Tapi Keretapi RM12 sampai terus ke Sungai Siput. Kalau nak ikut cepat memang keretapi lambat. Tapi kalau aku pilih Bas satu masalah besar aku time nak sampai rumah lak. Sebab tak da sapa yang dapat ambil ku kat Ipoh tu...Aku tak mau lerrr jadi pengemis tido kat stesen lak..cukup-cukup lah zaman aku belajar dulu jer...

Aku harap aku selamat sampai ke rumah mak ayah yang ku rindui itu.

4 comments:

Unknown said...

ahmoi,

waduuu... ada kat kl yea.... cerita pasal makan sup ni... buat k zan jadi lapar. k zan suka sup gear box... aduiii... meleleh air liur ni.... (hihi tengah lapor)

suasana kg dan kelibat ibu bapa memang mendamaikan. mendoakan semoga mereka berdua sihat sejahtera.

Ungku Nor said...

akak lak, bila kat rumah..rindukan opis.
tapi bila kat opis..rindu plak kat rumah..

sian kan?

Eiba said...

Sup??? I love supp tooo... Lagi2 sup tulang...huiii...sedut dia punya sum..sum tuu...mak aikkk...mmg x hengat dunia... pas tuuu....mesti pening heeheheheheheh...darah rendah laaa....

Adry said...

Owh.. have a safe journey... nanti cerita la pasal kampung ek... hehehe

Adry @ http://www.adrysabry.com