CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

July 21, 2009

JEREBU OH JEREBU...

Pagi ni aku datang kerja seperti biasa...tapi bila tengok cuaca hari ni cukup sedih...kelam sahaja..jerebu yang menyelubungi makin teruk..sakit mata aku masa drive...dah hampir 3 minggu cuaca di Putrajaya ni teruk..dengan air yang agak kurang bersih dan cuaca yang terus diselubungi dengan Jerebu...Nak jogging waktu petang pun dah kurang best sebab pemandangan yang indah sukar nak dilihat.

Jerebu ni kalau u all nak tau merupakan satu fenomena yang berlaku apabila asap, debu dan zarah pencemaran lain berkumpul pada hari kering dan mengaburi kejelasan di langit..jika seseorang itu terdedah pada jerebu akan menyebabkan seseorang itu sukar bernafas...gatal pada badan dan sakit mata...so nak elaknya jagan rajin keluar rumah...banyakkan minum air kosong dan pakai topeng muka...info ni aku dapat dari wikipedia...

So bila pikir balik punca jerebu ni adalah dari sikap manusia juga yang tak pernah ambil berat tentang kebersihan. Bakar sampah secara terbuka dan menebang pokok secara sesuka hati tanpa fikirkan kesannya...Nasihat buat diriku dan teman-teman sekelian..jagalah kebersihan...cara paling mudah jaga kebersihan alam sekitar ni ialah jangan buang sampah merata tempat...Cintailah bumi ini...

1 comments:

KTS said...

pagi tadi dah hujan... hilang sikit jerebu... klu tak mata ni rasa berkarut je...