CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

July 10, 2009

TAMAT SUDAH KURSUS WAJIB........

Salam semua....baru hari ni baru boleh hadap Blog jap..tu pun sempat update blog jer lah..yang pasti blog-blog teman lain akan kulawati..bila??alam masa terdekat ni lah...sorryyyyyyyyyyyyy..

Kisah aku di BTN..ermmmmmmm..tak der apa yang menarik..biasa sahaja..jalani kehidupan selama seminggu seperti seorang tentera(sikit-sikit lah..)Kem yang menghadap laut cukup cantik ..tiap-tiap hari aku hanya boleh cuci mata tengok laut jer.,.tapi nak lepak dekat laut tak boleh sebab kami dalam kursus...

U all tau..aku tak pernah bangun 4 pagi untuk mandi solat subuh..tapi di Kem Sungai Sembilang, aku buatttttttttt...hehee..kami duduk dalam 1 rumah 16 orang. Ada 4 bilik..1 bilik 4 orang..sebelum 5.15a.m semua kena berada di Surau..tak ada di surau..siap...kenalah denda...Setiap hari kami belajar tentang KENEGARAAN..aku yang tak suka sejarah kena jugalah suka..

Masa 1st day sampai tu..cuak jugalah sebab sejarah bukan subjet yang aku suka..so setiap kali tayang cerita-cerita sejarah aku tido..nasb aku tak kantoi..hehehe...Tapi lama-lama baru aku sedar yang sejarah sebenarnya penting...kerana melalui sejarah barulah kita cintakan Negara. Sedih sangat aku tengok cerita 1957 HATI MALAYA...cerita betapa susahnya nak dapatkan kemerdekaan. Begitu juga Kejadian 13 Mei betapa pentingnya kita hidup bersatu padu...

Di sana aku banyak belajar..belajar erti kehidupan, perpaduan dan kasih sayang...sesuatu yang aku rasa aku tak kan dapat dari tempat lain...Bila di sana aku terfikir, remaja-remaja yang sesat tu apa yang mereka nak dan mereka fikir...andainya Malaysia ini di serang..ada ke lagi kekuatan dari muda mudi yang akan bangkit pertahankan Malaysia..fikir-fikirkan lah...

2 comments:

Mak Su said...

tak tahulah nak cakap ek, kita cuma boleh berdoa moga mereka insaf dan sedar.

Kaktiny said...

Pergi kursus BTN, ani akan rasa betapa pentingnya kita bersatu atas nama warga negara Malaysia tercinta...
Lepas ni andai ada rezeki pergi pulak Kursus ESQ 165... lagik tersentuh betapa perlu kita insaf diri sebagai HAMBA ALLAH..
(kaktiny tak suka kursus BTN.. nyampah.. heheheheh)