CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 22, 2009

WARNA WARNI KEHIDUPAN...

Salam buat semua...semakin lama kita bekerja makin banyak kita akan temui ragam manusia...Ada yang kaki ampu..ada yang garang tak bertempat dan ada juga yang suka cari fasal (gaduh)..

Kini dah 16 hari aku berkhidmat..walaupun masih baru tapi sudah banyak ragam manusia telah ku rakam dengan mataku ini..Bila baik dengan bos orang akan kata dia itu ampu bos sedangkan dia tak tau baik dengan bos adalah bagi mudahkan kerja...Kenalak kalau bos muda...dikatakan pula si gadis itu nak ngorat bos..hahah..macam-macam.

Tu baru masuk bab "AMPU"..belum masuk bab "GADUH"..tapi sini tak lah bergaduh tarik rambut..hanya tarik muka saja...Tapi yang tak best tu kalau gaduh dengan A lah katakan siap kita-kita sekali kena kalau kita ni baik dengan A lah. Tu belum pula jumpa dengan si mulut laser..waaaa...aku sendiri dah terkena. Hanya nak mengusik insan lain aku pula dilaser dan dikatanya mengada...ayoooo...sabar sajalah. Mulut Laser ni sebenarnya bahaya..silap haribulan takut orang tak nak kawan...Haloooo...kita ni kenalah berbudi bahasa...kalau marah pun biarlah ayat yang keluar tak buat orang terus menyampah.

Aku kesian dengan sahabat yang masuk kerja sama dengan ku. Dia tiada pengalaman kerja. Diajar pula oleh orang yang bermulut laser..So nak tak naka..hari-hari tadah telinga dengan sabar sajalah dengan kelaserannya..ada ker patut seorang yang berpengalaman hebat dan bagus boleh mengeluarkan perkataan "BODOH"..."BENGONG"..dan bermacam ayat lain lagi..Kalau lah sikap ini yang ditanam alamatnya tiadalah orang mahu hormati dia lepas ini...

Itulah secebis warna warni sikap manusia di dunia ini..Bila kita kerja dan banyak bergaul kita akan temui banyak lagi manusia yang pelbagai rupa dan gaya. Ia juga membantu kita menjadi lebih matang dan menginsafkan kita.

5 comments:

kamar hati said...

biasa la tu moi....banyak ragamnyer bila dah bercampur ramai2 ni...yang penting kita bukan macam mereka2 tu...

rambut sama hitam, tapi hati tak sama.... (",)

Mak Su said...

Ya Allah...... kesiannyer. moga dia cepat pandai, dan bila dah pandai kelak, dia menjauhi sikap tinggi diri macam orng iteww

Ungku Nor said...

takyah tunggu tengok dunia opis.
tengok dunia blogger ni pun dah macam-macam rupa..hehehe

AHMOI said...

kak ungku : betul..betul..betul..tapi agak krg sakitnya dari tgk rupa org yg sakit hati..hehe

Maksu: memang kesian org macam tu...

kamar hati: biarkan saja kan.

Kaktiny said...

adatlah tu sayang oii..
banyak lagi yg ani bakal saksikan dan rasai sendiri... BANYAK OOOOO... hihihi

tapi.. itulah hakikat KEHIDUPAN... kan kan kan...

and just remember one things..

THINGS HAPPEN FOR REASON... dan redha.. yakin Allah sentiasa bersama..

ok.. smile always ya...

semoga ani sentiasa bahagia...