CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 16, 2009

KERJA OH KERJA..

Kerja..kerja..kerja..tak kerja tak ada duit..ermmm...so nak tak nak kenalah kerja. Ada yang buat kerja yang benar-benar halal dan baik..dan ada juga yang buat kerja jahat.

Aku heranlah kenapa manusia ni walaupun dah dapat kerja yang bagus tapi ada pula buat part time jual badan. Kenapa ya??adakah wang yang diperolehi masih tidak mencukupi????Waktu siang baik saja..pakai tudung litup dan berjalan bagai gadis melayu terakhir..tapi waktu malam...buka sana sini hanya untuk diniagakan dipasar gelap bagi mendapat wang lebih..dah tak ada ker kerja lain dari melacur diri...tak paham aku..

Ada pula setengah tu..dah dapat kerja bagus..jadi pegawai pula tu..tapi jadi pemalas pula..suka ponteng kerja. Tak sayang ke mereka yang ada penyakit M ini pada kerjaya mereka. Tidak terfikirkah mereka ini bahawa mereka telah susah payah untuk dapat kerjaya tersebut..Ramai lagi yang sampai nangis air mata darah untuk dapatkan kerja, terutama sekali kerja kerajaan..tapi bagi insan yang pemalas ini..dah dapat hendak dibuang pula kerja tersebut...

Apa yang dicari sebenarnya dalam kehidupan mereka-mereka ini..Semoga aku di jauhkan dari penyakit kerjaya seperti di atas..Jika ada yang teringin nak jadi seperti kunyatakan di atas tu..u all pikir-pikir dulu ya..

1 comments:

Mak Su said...

dorang tu tak menghargai rezeki gamaknyer