CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

January 29, 2009

DUGAANNYA...

Kasihan aku pada abang ku yang yang tinggal di Teluk Intan...Raya Cina yang disangka akan mengembirakan hatinya kerana cuti yang lama telah bertukar kepada tragedi..

Mereka balik ke Parit Buntar nak tengok rumah mereka..Tapi keseronokan dah jadi kesedihan. Hari Ahad...anak dia yang comel terkapit jari di pintu rumah. Bukan terkapit biasa..tapi luar biasa.hehee...anak buahku itu memang nakal. Dulu kat rumah mak aku dia jugaklah yang patahkan meja milik mak aku..ni pulak hampir terputus jarinya.

Dia sangka benda bulat yang ada dalam pintu rosak itu boleh dibuat main pada jari. Tapi jari yang montel itu telah menyekatkan benda besi tu pada jari....Dia tak menangis sebab dia takut kena marah n dia tak rasa sakit...Dibiarkan saja benda itu pada jari hingga malam..bila nak tido barulah abang ku tersedar yang jari anaknya makin membiru..Malam itu juga dibawa ke Hospital Parit Buntar..Tapi hospital itu tak nak terima kerana agak parah. Akhirnya terpaksa bawa ke Hospital Taiping...Disana barulah jarinya dapat keluar dari besi tersebut...Dengan 11 jahitan ku harap ia akan beri pengajaran berguna buat anak sedara ku yang comel+nakal itu...kasihan dia kan...

Semalam pula barulah mereka sekeluarga pulang ke Teluk Intan. Dalam perjalanan pulang musibah lain pula menimpa mereka. Kereta yang dipandu oleh abangku telah dihentam teruk oleh sebuah kenderaan lain...Mungkin laki ini kaya..maka dia tidak mahu selesaikan masalah mereka ini dengan cara baik. Sudahlah kereta hancus...orang yang langgarnya pula seorang yang angkuh..Akhirnya abang ku terpaksalah keluarkan duit untuk repair keretanya...Apalah nasib abang kesayangan ku ini..Kasihan..Hope my big bro ni tabah hadapi ujian dari Allah SWT.

10 comments:

Anonymous said...

aduh kesiannya.....

budak tu pun satu hal! bgi maza elok gak dia kena mcm tu, bagi pengajaran supaya jangan nakal sangat.. huhuhu

tetapi yg susah mak bapak gak...

lagipun budak hyperactive nie kita kena banyak bersabar...huhhhu

pasal keta tu, aderkk..maza ada pengalaman xcdnt .... trauma masih ada sampai skrg....huhuhu


http://mazaaida.blog.friendster.com/ 2008/09/kemalangan-dungun-terengganu/

Mak Su said...

alamak, berapa umur anak buah comel tu? gagah jugak dia ya, sanggup menahan.

Ungku Nor said...

patutnya abg awk report je.
manusia berlagak tu mesti kena denda sebab dia tak report.

AHMOI said...

maza: memang patut kena pun..nakai sangat.. :p

maksu: baru darjah 1..tapi badan dia tak serupa darjah 1 pun.heheh

Ungku: Akak..memang buat report. Tapi buat report buang karan saja.

ns said...

napa tak report polis je. Dah la dia yg langgar boleh buat bodo cmtu je ke. geram pulak dgr, heheh

nahmy said...

sabarle..besar dugaan, maka besar pula imbuhannya kelak insyaAllah. "tidaklah diuji hambaKu melainkan mengikut kemampuannya" al-baqarah 286.

Tie said...

Adoi....anak nakal kena banyak sabar...inilah ibu kepada sorang anak nakal..hampir2 pengsan dibuatnya...

Parents dia tak boleh cuai...senakal2 anak kak tie, tak pernah dapat musibah gitu...kak tie ni jadi hyperaktif gak...sampai sekarang mata dan telinga ni sentiasa bersedia ....susah ooii...

Tie said...

Ahmoi...nanti datang ambik award, ekk..

Eiba said...

Ya Allah...Tahan nya anak abg Moi tuuu...Kalau dah kena 11 jahitan??? Haduiiii...kalau kita pun kan??? Aderr ciri2 ultraman tuuu...caiyok..caiyokkk...hik..hik..

ross aka mrs razif said...

azni..mana jumpa blok kita??anyway salam kenal dan selamat kembali ke opis..