CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 16, 2008

RAGAM SAHABAT..

Sahabat..nama yang cukup senang didengar..bila ada yang kata kita adalah sahabat..kita pasti rasa diri ini special sangat kan. Tapi dalam bersahabat ni ada macam-macam ragam...Aku dah 25 tahun punya banyak kenalan yang menganggap diri mereka ini adalah sahabat buatku..Tapi dalam banyak-banyak ini, ada yang menghappykan aku dan ada juga yang menyedihkan aku...

Bila kenang balik..ragam berkawan ni macam-macam...

* Ada sahabat kata aku kan sentiasa di sisimu susah atau senang..tapi aleh-aleh bila kita susah haram muka dia wujud..macam chips more pun der..yer lah..time kita susah dia hilang..lepas tu bila kita senang muncul lak dia dari celah mana aku pun tak pasti..

* Ada pula sahabat yang jenis talam 2,3 muka..depan kita punnnnyaaaaaaalah baik..tapi bila kat belakang kita nii...nauzubillah..dia punya kutuk kita tak hingat dunia..tapi jenis ni aku selalunya buat bodo jaaa..bila tau aku akan jarak-jarak kan persahabatan itu.

* Sahabat selalu di anggap orang yang tahu simpan rahsia kita..kira boleh harap lah..tapi ada pula yang bila kita cerita masalah pada dia..aleh-aleh dia hebahkan pula pada orang lain..silap hari bulan pada musuh kita pun dia akan story beb..Aku penah juga jumpa jenis ni..u all tau per alasan dia bagi dekat aku..dia kata " laaaa..tak tau lak yang tu tak leh cerita kat orang" kalau u all dalam situasi ku itu..apa akan u all lakukan???

* Ada juga sahabat yang aku jumpa dia ni jenis ambil kesempatan. Pantang kita kata nak belanja o bawa jenjalan..lajuuuuuuuuuuu ja dia on..tapi kalau kita kata jom gi shopping but tumpang keta ko..conferm dia akan bagi alasan sejuta kat u all..Tapi kalau insan begini aku jumpa..aku masih boleh maafkan dia dan aku boleh buat tak kesah lagi..

* Sahabat ni ada juga yang perangainya dalam diam tikam kita dari belakang..Yang ni paling aku rasa sakit sangat-sangat...kalau ada pisau dah lama aku tikam-tikam n cincang-cincang dia..bukan apa..kita anggap dia adalah sahabat yang baik..tapi kalau perangai macam ni baik tak yah jadi sahabat..betul tak??

* Ada pula sahabat ku jumpa yang mana dia ni baik gak..tapiiiiiiii..suka buat harta aku seperti hartanya..kiranya harta ku harta mu jua..aku ingat lagi..ada sorang sahabat ku ini pinjam baju yang baru sekali aku pakai..u all tau lepas dia pinjam terus dia buat macam harta mak bapa dia jaaa.dah tak reti-reti nak pulangkan balik dah..tapi aku dah halalkan dah pun..

* Walaupun banyak aku temui adalah yang menyakitkan. Aku masih ada juga sahabat yang benar-benar bernama sahabat. Dialah insan yang sentiasa berada di sisi ku tika susah dan senang..dia jugalah pemberi dorongan buatku untuk hadapi setiap ujian dan selesa lalui kehidupan bersama dan boleh terima baik dan burukku..inilah yang aku fahami insan bernama sahabat..


Walaupun aku temui beribu-ribu mahupun berjuta-juta insan bernama kawan atau sahabat...Walaupun dia tak memberi kebahagiaan padaku..tapi aku tetap hargai mereka ini..Aku yakin dalam keburukan pasti ada kebaikan..Mungkin golongan yang tak tau hargai erti sahabat ini punya masalah sosialnya sendiri..Buat teman blog..u all pun aku kira sebagai sahabat..sentiasa berada di sisi walaupun tak mengenali...

4 comments:

Ungku Nor said...

err..rasanya kebanyakan tu takleh nak masuk kategori sahabat ler moi..
tu suma sekadar kengkawan dan teman-teman di sekeliling kita jer.

sahabat tu sangat istimewa dan hanya manusia yang istimewa je yang layak kita gelar sahabat.

Mak Su said...

maksu byk jumpa sahabat mcm tu, tu sebab ler skrg maksu lebih suka berdiam diri, biar kurang bersahabat yang sebegitu, asalkan tak makan hati. talam ada di mana-mana

Anonymous said...

Sahabat dan kawan...semuanya bererti buat kita. Kerana mereka mengajar kita erti tabah, sabar, suka dan duka.

Masing2 memainkan peranan buat kita. Dan persahabatan mendewasakan kita...

Anonymous said...

Hmmm btui..betui..betui..

aku stuju sama Amoi..sahabat mmg ada berbagai jenis sahabat..

yang baik..yang buat reter sendri..sombong pun ada..tp sebagai kawan kite anggap sumer tu spt asam keping..opss!! asam garam dlm kehidupan seharian..

All da best ye in whatever u do Amoi...cya.

daaaa

^_^

ebit.