CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 31, 2008

SEMINGGU AKU MENYEPI..

I'M BACK...tapi buat sementara sahaja..rindu sangat-sangat pada u all semua..hehe..Seminggu aku menyepi dari blog semua tahu aku dapat offer kerja di "GOMEN" @ Kerajaan..tapi lapor diri tu di tangguh ke 5 JAN lak..Lupakan sebentar kes tangguh yang menyakit hati itu..NYAMPAH rasanya..sekali fikir macam malas lak nak masuk kerja kerajaan ni..tapi besok tahun baru aku nak berfikiran POSITIF...yeaaaa...

Pada 25hb..hari aku pergi ke KL..maaf kak ungku n kak tiny..hati nak jumpa u all..tapi tak dapet ler pulak sebab teman diserang demam kuat..Malam 25hb tu aku jadi seperti lumpuh..hanya Allah sahaja yang tahu rasa sakit itu..sakit sangat-sangat..aku memang tak mampu berjalan langsung..kena papah. Masa tu aku rasa macam aku ni dah lumpuh saja..Pagi 25hb ayah dan mak bawa aku ke Hospital...masa tu cuti Khrismas..so hospital hanya ada sorang doktor ja...Ya Allah..tension sangat masa tu. Nama ja aku pergi di bahagian Kecemasan tapi suasananya macam aku ke Hospital bahagian pesakit luar yang sakit biasa sahaja. Sepanjang menunggu tu ramai rupanya yang kena demam sepertiku. Ada sorang makcik tu dia perlu di papah oleh suaminya..U all tau..si Nurse Hospital tu boleh tengok jer...eeeeeeeeeee...sakit hati aku tengok Nurse yang BENGAP TU..sekurang-kurangnya bagilah kerusi roda untuk makcik tu. Ini tak hanya TENGOK jer. ini kah sikap pihak hospital. Fuh..sabar jer lah. Bila turn aku lak..ok lah..aku muda masih boleh gagahkan diri ini lagi..Nurse hanya ambil bacaan darah lepas tu minta aku nunggu lagi. Aku habiskan masa ku hampir 3 jam di Hospital lembap tu. Waktu yang sepatutnya aku dah bertolak ke KL. tapi demi kesihatan ku sabarkan saja. Doktor cakap aku disyaki denggi. Tapi nak tahan aku masalahnya demam denggi ku tak comferm sahih lagi. kena datang sehari lagi baru tau sebab hari ke-2 baru boleh buat ujian darah. Aku ada banyak urusan lain, so aku balik dengan ubat yang dibekalkan.

Sakit badan masih terasa perit lagi..sian Ayah ku. dia lah yang kena bawa kereta ke KL. Aku, mak dan ayah WAJIB ke sana sebab nak jumpa abang ipar ku yang duduk di Jepun. Dia balik sekejap sebab beberapa urusan. Kalau nak tau sebab dia balik u all baca kat blog anizakri. Di sana ada diterangkan. Sepanjang perjalanan aku tidor sajalah...tu jer yang mampu aku buat. Sampai rumah abang ku dah petang. Rupanya aku ada geng demam..hehe..anak buah ku Nadia demam juga. so lawan tidor dengan dia lah..hehe..Hingga kini sengal badan masih belum hilang lagi..tapi agak kurang ler dah cikit.

Happy sangat mak aku bila menantu kesayangan pulang. Aku pun happy gak tapi aku rindu pada kakak ku. Dia tak dapat pulang..tak perlah kak..bulan 6 nanti kita jumpa yer..hehe..Macam-macam hadiah dapat dari Jepun..tq so much akak...kain akak bagi cun..nanti I buat baju kurung..

Fasal kerja lak..aku bengang sangat. Last minute dibatalkan. Tapi salah aku juga sebab aku tak buka internet langsung tuk buat follow up. So hari sepatutnya tu aku telah pergi dengan sia-sia jer lah. SABAR-SABAR....tapi aku redha jer lah.

Apa saja yang telah berlaku...aku anggap ia sebagai ujian mematangkan aku. So aku harap lepas ni kesihatan aku bertambah sihat dan aku akan jalani perjalanan hidup baru ku dengan penuh kegembiranaan...

Besok tahun 2009..kejap jer kan. 12 tengah malam ni tutuplah tahun 2008. Segala pahit 2008 aku ingin lupakan. aku nak bukan buku baru dan azam baru. Aku harap aku lebih berjaya di tahun 2009. Begitu juga dengan u all semua. Semoga u all akan terus berjaya...Yeaaaaaaaa....

2 comments:

Unknown said...

Ahmoiiiiii...widunya....

makan obat selalauuuu.... biar cepat baik.

tahniah dapat keja gomen... semoga tirai 1 muharram membawa banyak kejayaan hingga seterusnya.

AHMOI said...

kak izan: time kasih..tocei..hehehe...moi dh makin sihat..