CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

June 22, 2009

TERIMA KASIH....


Kita selalu dengar ramai yang ucap SELAMAT HARI IBU..tapi Hari Bapa kurang sangat ucapan diberi buat mereka..Hadiah pun tak der pun nak diberi...Ada setengah anak tu HARI BAPA pun tak tau bila...cukup kasihan....Bagi ku bukan sahaja semalam hari bapa...tetapi sentiasa ada Hari Bapa..setiap kali aku pulang ke kampung pasti kucupan dan ucapan terima kasih kuberikan..

Bagi ku Jasa Seorang Ayah sama pentingnya dengan Ibu..Ibu penting sebab dia melahirkan kita..Ayah pula penting sebab dia pencari rezeki untuk beri kita makan dan pendidikan..Tanpa rezeki yang mereka cari itu kita tak kan pandai..kita tak kan hidup dan kita tak kan selesa. Seperti ayahku. dia bukan orang senang...dia dari sebuah keluarga yang cukup susah. Tapi dia tak pernah mahukan anak-anaknya rasai kesusahan yang dialaminya itu..Dia berusaha dengan gigih untuk memberi kesenangan buat kami sekeluarga. Dengan usaha gigih yang dicurah..kini alhamdulillah..dia kecapi kesenangan...kami juga alhamdulillah bahagia dan berjaya. TERIMA KASIH AYAH..JASA MU CUKUP TINGGI BUAT KAMI..DAN TAK KAN KULUPAINYA...

Buat anak-anak...baca lirik lagu PONDOK KECIL ini..lepas tu cari di youtube tau...sedih sangat lagu ni...


dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana
ayah ku sayang ayah ku cinta ayah 2x

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

4 comments:

imahgiro said...

HUHU..SEJAK KEJA GOMEN NI PANDAI BETUL BERPUISI YEK...

Adry said...

alahai... terkenang lak ngan arwah ayah saya... huhu

adry @ http://www.adrysabry.com

Mak Su said...

jasa ayah tak kurang hebatnya

Anonymous said...

Betul la sedari lgu ni memang sedey kalo dengar betul².

Semoga hidup kita lebih bermkna & diberkati setelah menghayati lgu Pondok Kecil ini.

Dan Selamat Hari Bapa buat smua pembaca yg bergelar Ayah/Bapa.

Sekian.

:)
Hamba Allah.