CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 18, 2008

ILMU HITAM...

Ilmu hitam suatu yang menakutkan. Tadi aku sempat serch kat google makna ilmu hitam nih. Ia adalah suatu ilmu ghaib yang digunakan untuk menjatuhkan orang lain bagi kepentingan diri sendiri.

Dulu aku tak percaya langsung perkara ni semua...bagi aku zaman moden macam ni mana ada lagi orang yang mengamalkan ilmu sebegini...Tapi aku salah, makin moden kita ini..makin banyak yang mengamal ilmu hitam ini..Terbukti bila ada ahli keluargaku turut terkena penangan ilmu hitam ini..

Aku tak sangka sangat-sangat bila di arus kemodenan ini masih ada yang berminat mengamalnya..kenapa yer..tak tahukah mereka perbutan itu salah dari sisi agama dan cukup dilaknati oleh ALLAH..Hanya kerana dengki sanggup lakukan dosa yang cukup besar ini...NAUZUBILLAH ...

Penyakit dengki ni aku lihat cukup dekat dengan orang melayu. Bukan aku nak kutuk bangsaku sendiri..bukan..tapi cuba lihat sekeliling..Kalau lihat bangsa asing mereka berdengki juga tapi cara mereka adalah cara baik dan sihat..tidak seperti bangsa kita..Tak boleh ada orang lebih sikit pasti macam-macam yang akan dia buat untuk penuhi keinginan...

Aku ingat lagi..masa tahun 2006, Kuala Kangsar digemparkan dengan ilmu santau..ia sebahagian dari ilmu hitam yang diguna oleh manusia berhati iblis..Kecoh masa tu..tapi masa tu aku kurang percaya akan kewujudan ilmu ini sebab tak berlaku depan mata..tapi tak percayapun aku masih mengambil jalan berjaga-jaga..Masa tu banyak kedai makan tutup sebab pelanggan tak ramai..puncanya takut terkena SANTAU ANGIN yang dikatakan boleh membawa maut..Kasihan kulihat peniaga kedai makan..terpaksa tanggung kerugian yang besar. Apa pulalah untung yang pengamal ilmu hitam ini perolehi..

Aku harap aku dilindungi dari perkara terkutuk ini..Buat saudaraku tabahkan hati hadapi ujian ini...Allah menyayangi hambanya yang ditindas dan disakiti....

8 comments:

Tie said...

Ye laa... Dulu pun kak tie ingat ilmu itam ni dah pupus.

Tapi sejak baca kat ternet ni, ada ramai kenalan di alam maya ni terkena dengan buatan orang tu... Ish!! teruk betul kan. Macam mana boleh jadi gitu, Tie pun tak faham laa...

anyss said...

Assalamualaikum, tuan rumah. Tajuk yang menarik. Apa kata cari pendapat bomoh pulak. Bukan orang yang amalkan ilmu hitam ni yang syirik, ramai bomoh-bomoh yang berbakti nak pulihkan orang terkena ilmu hitam ni pun terlibat dengan syirik juga. Lagi satu, orang yang nak dapatkan rawatan tu juga turut terlibat sama. Kankah dan jadi empat pihak Syirik kepada Allah. Nauzubillah!

Bila keadaan terdesak, ada manusia sanggup lafazkan "Syirik tak apa, asal sihat,". Mudah saja ayatnya, tapi...telah mengubah akidah. Sangat bahaya tu...

Ungku Nor said...

amalkan Ayat Kursi dan 3 Qul.
insyaAllah kita akan sentiasa dalam perlindunganNya.

jangan sesekali mintak perlindungan dari yang tak sepatutnya..kan?

AHMOI said...

ungku nor : betul tu kak..minta pada allah..bukan pada yg sepatutnya.

anyss: bomoh yang dok jampi terkumat kamit tu jgnlah jumpa..kalau terkena ilmu hitam ni baik jumpa ustaz..perubatan islam dapat atasinya...jgn sampai syirik dan bida'ah.

kak tie: Itulah manusia..dalam kemodenan masih ada yg percaya pada perkara tahyul ni.

Mak Su said...

semoga saudara Ahmoi dilindungi Allah swt dan semua kita-kita juga... aminnn

KTS said...

jgn risau, ilmuku ilmu putih... belum hitam lagi :D

Unknown said...

ahmoi,

setiap kali k zan naik kedah (utk kerumah adik ipar/mak mentua kak ipar) sejak 15 tahun dulu selalu diingatkan kalau nak mkn diperjalanan tunggu sehingga smpi di bkt seguntang atau klu dari sana pula tunggu sehingga kaw. selangor.

memang susah nak percaya.... tapi sekadar berhati-hati. ini semua sbb sikap manusia itu sendiri. apa pun semoga saudara ahmoi tu sihat kembali insyaallah.

Eiba said...

mINTAK2 kita dijauhkan dari sebarang kutukan dan ilmu hitam yang ntah hape2 kan...uikkss..ngeri..akak pernah terkena, tapi dulu laaa...masa muda2..memang org yg terkena tak perasan..mujurlah ader yang peratikan kita dan perasan perubahan kita..bila dibawa berubat...Nauzubillah..memang menakutkan...Tapi Allah lebih berkuasa..anggap saja ujian dari Nya..Berdoa dan tawakal banyak2 yaaa..

Mizz u dekk..